Bersama Berjuang

Sunday, January 29, 2012

PANASSS.. Pusat Seks Antarabangsa Di Kawasan Pesuruhjaya PAS Selangor!!! TAKE BEER...



KLANG – Sebuah bangunan kilang industri kecil dan sederhana (IKS) di sekitar Meru dipercayai menjadi tempat menyediakan perkhidmatan seks sejak tiga tahun lalu.

Dengan bayaran serendah RM50, perkhidmatan itu disediakan khusus untuk warga asing. Difahamkan, lelaki tempatan tidak dibenarkan memasuki premis itu kerana pengusaha khuatir rahsia mereka diketahui.

Bagaimanapun, kegiatan tersebut mula terbongkar selepas penduduk berhampiran mendapati premis itu semakin kerap dikunjungi warga asing akhir-akhir ini.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 40, berkata, apa yang dibimbangi ialah aktiviti tidak bermoral itu akan mempengaruhi generasi muda di kawasan sekitar.

“Kita tidak mahu kawasan ini dijadikan pusat pelacuran. Kegiatan tidak bermoral itu sekarang semakin mengundang ketidakselesaan penduduk,” ujarnya.

Kata Ahmad, pelanggan tempat tersebut terdiri daripada warga Nepal, Bangladesh, Myanmar dan Vietnam.

“Saya difahamkan pengusaha premis terbabit menggunakan wanita warga Indonesia sebagai pelayan khidmat seks dan ia amat laris pada hujung minggu,” katanya.

Jelasnya lagi, pusat tersebut beroperasi 24 jam sehari. Semua pelanggan perlu menggunakan pintu belakang bagi memasuki tempat itu.

“Sekali pandang bahagian hadapan bangunan tidak ubah seperti penempatan setinggan warga Bangladesh,” beritahu beliau.

Ahmad berkata, beliau pernah cuba memasuki tempat tersebut namun telah dihalang pengusaha terbabit yang mengetahui beliau orang tempatan.

Kosmo

GERAKAN TIMUR:
Sangat mengejutkan pendedahan oleh Kosmo ini.  Setahu GT, Pekan Meru bukanlah kawasan yang luas, waima terbahagi kepada kawasan lot kedai dan kawasan perindustrian.  Rasanya, jarak dari Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Meru ke kawasan perindustrian ini sekitar 2 km sahaja.  

Lebih memilukan, mengikut laporan Kosmo, ianya sudah beroperasi selama 3 tahun.  Dan angka 3 tahun itu bermakna kerajaan tempatan bukan lagi dikawaltadbir oleh BN.  

ADUN Meru sebenarnya tidaklah sesibuk mana jika diambil kira dari kedudukannya sebelum ini.  Beliau bukanlah seorang exco, waima Pesuruhjaya PAS Selangor.  Hanya sekadar YDP PAS Kapar, satu jawatan rutin kepada setiap ADUN PAS Selangor.  

Apa yang menjadi persoalan ialah selama 3 tahun itu, apakah ADUN Meru tidak melawat kawasan, atau tidak cuba menyelidiki apa yang berlaku di kawasannya.  Atau, apakah ADUN Meru terlalu sibuk dengan "tugas-tugasnya" di luar negara?  

Atau ADUN Meru sudah merasakan "complacent", atas kemenangan yang besar pada 2008, lantas tidak memandang kawasan walau dengan sebelah mata?

Sebagai contoh, satu ketika, penjualan DVD cetak rompak sangat berleluasa di Meru, dan GT difahamkan sehinggalah sekarang.  Mudah untuk mendapat DVD ini, kerana boleh didapati di pasar malam di sekitar Meru.  

Siakap senohong gelama ikan duri.  Begitulah bidalan orang dahulu yang membawa maksud sehingga ke hari ini.  Akibat dari membiarkan sekecil-kecil gejala berlarutan, akhirnya membawa kepada gejala pelacuran.  

Di mana dia unit amal,  unit amal makruf nahi mungkar, JKKK dan segala unit yang diwar-warkan kepada rakyat, mahupun melalui banner-banner mereka?  Apakah segala unit ini sekadar RETORIK?

Seandainya tidak mampu berbuat apa sekalipun, seharusnya sebagai kerajaan negeri yang memerintah harus bekerjasama yang badan penguatkuasaan untuk memastikan gejala ini tidak berlaku. 

Jangan asyik menyalahkan orang lain, jangan asyik mencantas orang lain, jangan asyik berpolitik 24 jam.  Rakyat mahukan perlindungan, rakyat mahukan ketenteraman awam, rakyat mahukan kawasan yang menepati apa yang PAS janjikan sebagai Baldatun Toiyibatun Wa Robbur Ghofur. 

Meru, Syurga Patpong terbaru di Selangor...  TAKE BEEERRR...!!!

3 comments:

  1. hmmmm PAS busy konvensyen tak sudah sudah..........

    ReplyDelete
  2. dah tentu Pesuruhjaya Pas tu tengah sibuk kutip derma dari pati2 yg melanggan pelacur kat meru tu. Nk buat dana PRU 13. Pastu daftar pelanggan tu smua sbg PENGUNDI HANTU..

    ReplyDelete
  3. Tak mengujakan.Kalau sarang pelacuran homoseks tu memanglah amat mengujakan.

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...