Bersama Berjuang

Tuesday, January 10, 2012

Hasan Ali Dipecat, Tapak Sekolah Agama Pula Dijadikan Pusat Perabot... TAKE BEERRRR!!!


Pada asalnya pemaju meyediakan tapak pembinaan sekolah agama di Jalan Setia Prima, Setia Alam.

Disebabkan nisbah bilangan penduduk yang tidak mencukupi, tapak itu disewa kepada peniaga perabot oleh Majlis Bandaraya Shah Alam.

Kini, penduduk bandar Setia Alam mendesak sekolah agama dibina untuk keperluan mereka.

Aduan Rakyat mengupas butirannya melalui wartawan Loo Tung Seang.

Menurut pengadu, mesyuarat perwakilan penduduk Mei lalu mendedahkan tapak yang dikenal pasti untuk sekolah agama itu disewa kepada peniaga.

Ini dimaklumkan pegawai Unit Perancang Bandar, Majlis Bandaraya Shah Alam, MBSA.

Tapak seluas 3 ekar itu disewakan kepada pengusaha perabot sementara waktu dengan izin Jabatan Agama Islam Selangor, JAIS.

Penduduk bantah dengan keputusan itu dan musykil tindakan JAIS.

Tinjauan Aduan Rakyat di lokasi tapak sekolah agama tersebut mendapati bangunan batu berstruktur kekal yang meliputi 10 pintu kedai sudah siap didirikan.

Menurut penduduk, kerja meratakan tanah mula sebulan lalu selepas keputusan dimaklum Unit Perancang Bandar, MBSA kepada penduduk.
 
Mohd Noah Maideen, Penduduk: "Kalau tempat ini dah diambil, tempat lain juga boleh diambil. Tanah masjid juga boleh diambil. Ini adalah merupakan satu pencerobohan, sedikit demi sedikit ke atas tanah-tanah orang islam di malaysia sendiri."

Azmi Ahmad, Penduduk: "Masa kita beli rumah itu, kita ikut plan pemaju kita tengok ada sekolah agama, masjid, ada sekolah, so kita beli memang untuk sesuai untuk kehidupan berkeluarga dan ada macam-macam fasilitis. Kita mengharapkan sekolah ini disiapkan oleh pihak yang berkenaan, eventually dia jadi pusat perabot."

Adun sementa, Datuk Abd. Rahman Palil yang ditemui berpendapat tindakan menyewakan tapak sekolah agama untuk tujuan komersial perlu diteliti.

Datuk Abd. Rahman Palil, Adun Selangor Kawasan Sementa: "Besok dia buat niaga yang tak sesuai dengan hukum, hukum syarak… enakmen, masalah juga.  Kita pun nak tanya juga bila diluluskan ini collectionnya kepada siapa? Sewanya kepada siapa?"

Loo Tung Seang, Wartawan: "Kewajaran meluluskan penyewaan pusat perabot di cadangan tapak sekolah agama perlu diteliti. Ini kerana tindakan tersebut boleh menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan masyarakat setempat yang beragama islam. Penjelasan jabatan agama islam selangor - jais dan majlis bandaraya shah alam - mbsa akan cuba diperolehi dalam masa terdekat. Loo Tung Seang, Aduan Rakyat, TV3 ambil berat."

GERAKAN TIMUR:
Setia Alam dibawah Parlimen Shah Alam.  MPnya bernama Khalid Samad.  

Setia Alam bersebelahan dan betul-betul bersempadan dengan Meru.  ADUNnya bernama Dr. Rani Osman.  

Mereka kata perjuangkan Islam.  Nah.. tapak sekolah agama telahpun "diliwat".  Apakah mereka akan turun membantu, atau sunyi menyepi kerana takutkan DAP?

Keluhan akar umbi, Gerakan Timur ambil peduli...

1 comment:

  1. mana penganut2 hamPAS lain? Mcm mna nak laksanakan Hudud klu tapak SEKOLAH AGAMA kena rembat pun tak tau nak handle?

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...