Bersama Berjuang

Wednesday, December 14, 2011

Air Liur Penduduk India Di Kg Seri Aman Buat Khalid Jadi Mengong!!!


MEMANG Menteri Besar yang satu ini membuktikan dirinya tidak boleh dibawa ke dalam majlis.  Sambutan ulang tahun keputeraan DYMM Sultan Selangor yang ke-66 semalam sepatutnya tempat untuk mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan baginda, bukannya melepaskan geram dengan bercakap soal politik.

Ucapan Khalid yang menyentuh tentang ‘kelemahan’ kerajaan BN yang terdahulu sedikit menimbulkan tanda tanya, apa kaitan dengan majlis yang diadakan?  Termasuk menyebut tentang bangsa dan agama yang konon dijadikan modal pihak tertentu untuk mendapatkan kelebihan politik.

Apa yang Khalid tak faham?  Itukan majlis hari jadi Sultan dimana bangsa dan agama menjadi faktor penting malah faktor penentu juga.  Kalau bukan melayu dan beragama Islam, jangan harap nak jadi Sultan.  Itu baru menyebut yang asas, belum lagi soal keturunan.  Jadi apa motif Khalid membangkitkan perkara tersebut?  Nak perli atau nak sindir?

Begitu juga halnya dengan hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan.  Baru beberapa bulan lepas Khalid dengan bangga membangkitkan soal simpanan Kerajaan Negeri berjumlah RM 1.1 billion (data mengesahkannya tidak ditunjuk), sedangkan hutang Selangor dengan kerajaan persekutuan kalau penulis congak ikut angka yang diberikan Khalid semalam, ada berbaki RM 627 juta.

Baca seterusnya DISINI.

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...