PEMBELI RUMAH KOS RENDAH
YANG TELAH DITIPU OLEH PEMIMPIN PKR
PENDAHULUAN
Kami seramai 686 orang pembeli rumah kos rendah di Negeri Selangor telah ditemui oleh seorang pemimpin parti PKR yang bertugas sebagai pegawai tugas-tugas khas parti politik PKR Selangor yang bernama Tn Hj Yatim B Dato’ Abu Bakar yang telah menjanjikan kepada kami rumah kos rendah untuk dibeli atas kouta politik.
Tn Hj Yatim B Dato’ Abu Bakar memaklumkan bahawa beliau adalah salah seorang pegawai khas Menteri Besar Selangor yang juga salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS).
SKIM PERUMAHAN KOS RENDAH
Rumah tersebut merupakan sebuah program kerajaan negeri selangor untuk membantu golongan berpendapatan rendah. Rumah tersebut boleh dibeli pada harga rm42,000.00 dan dibayar secara bayaran bulanan sebanyak rm297.00 sebulan tanpa faedah.
Bahawasa nya kami telah membuat pembayaran 5% (rm2100) dari harga rumah sebagai pembayaran deposit rumah yang dijanjikan.
SURAT TAWARAN DARI LPHS
Bahawasanya kami telah menerima surat tawaran pembelian rumah tersebut dari LPHS. Dalam surat tawaran itu dinyatakan nombor pintu rumah, tingkat, blok, dan kawasan yang ditawarkan.
SURAT SERAHAN KUNCI RUMAH
Bahawasanya kami telah menerima surat serahan kunci rumah dari Lembaga Perumahan Hartanah Selangor.
Tapi malang nya tarikh serah kunci itu telah ditangguhkan beberapa kali sehingga lah ke hari ini. Kini ia telah ditangguhkan lebih 15 bulan.
PERNAH MENGADU KE PEJABAT MENTERI BESAR
Kami telah pernah mengadukan masalah ini kepada Cik Faekah Husin Setiausaha Politik Menteri Besar namun ianya tidak mendapat layanan dan jawapan yang memuaskan.
KAMI TELAH DIPERMAINKAN DAN DI ANIAYA
Kami amat kecewa kerana nasib kami golongan berpendapatan rendah, OKU dan Ibu Tunggal untuk memiliki rumah kos rendah telah dipermainkan oleh mereka yang bertugas dengan Pejabat Menteri Besar.
Oleh yang demikian -
Kami mendesak kerajaan negeri agar lebih peka kepada permasalahan rumah yang dihadapi oleh golongan-golongan berpendapatan rendah, OKU dan Ibu Tunggal.
Kami mendesak agar penyelewengan yang dilakukan oleh pegawai Khas Menteri Besar Selangor ini dibawa ke jawatankuasa pendegaran SELCAT Dewan Undangan Negeri Selangor.
Kami mendesak agar kesemua 686 pembeli rumah ini ditunaikan hak kami untuk membeli rumah murah yang telah ditawarkan oleh Lembaga Perumahan Hartanah Selangor mengikut skim yang dijanjikan kepada kami.
Sebagai pilihan terakhir jikalau LPHS gagal untuk menunaikan rumah yang ditawarkan, kerajaan negeri wajib bertanggiungjawab dengan memulangkan wang deposit yang telah kami bayar.
Mewakili pembeli-pembeli teraniaya
Mohamed Durrany b Izam
Pengerusi, Jawatankuasa Bertindak
Pembeli-Pembeli Rumah Kos Rendah
Taman Botanik Klang
Taman Selayang Mulia
Taman Harmoni Balakong
Taman Intan Cheras
HP - 017-3348825
Email - Mohamed_durrany@yahoo.com
Published with Blogger-droid v2.0
No comments:
Post a Comment
Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!