Bersama Berjuang

Thursday, November 10, 2011

PANASSS.. Psywar Fuckatan Terkantoi Lagi!!! AWAS.. Perhatikan Kawasan Anda!!!


Borang ini sedang hebat bertebaran di kawasan Parlimen Kapar, Klang dan Kuala Selangor. 

Menggunakan nama Kelab 1 Malaysia, individu yang menyebarkan borang ini mendakwa, akan ada habuan kepada mereka yang menyertai kelab ini.

Modus operandi mereka:
  1. Rakyat diminta mengisi borang keahlian.
  2. Setiap ahli dalam kategori belia dan pemuda dijanjikan akan menerima RM 200.00
  3. Setiap ahli dalam kategori usia emas / warga emas dijanjikan akan menerima RM 500.00

Siasatan menunjukkan terdapat unsur-unsur penipuan yang cuba dijalankan.  Nombor telefon pejabat yang tercatat pada borang berkenaan adalah palsu.  

"Nombor yang anda dail, tiada dalam perkhidmatan kami" kata seorang awek.  

Satu laporan polis telah dibuat oleh Setiausaha Biro Penerangan UMNO Bahagian Kapar terhadap perkara ini.  Seorang lelaki berbangsa india, dikenali sebagai Marimuthu adalah suspek penyebaran borang berkenaan. 

GT percaya ini adalah perang saraf dari pembangkang, yang cuba memburuk-burukkan kerajaan dengan menggunakan nama Kelab 1 Malaysia.  

Seperti yang kita maklum, slogan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan adalah aspirasi Perdana Menteri kepada seluruh rakyat Malaysia.  

Rakyat cuba diperdaya kerana borang yang diisi, tidak akan dibayar sepertimana yang didakwa kerana kelab itu tidak pernah wujud!   Akhirnya, ia akan mencetuskan kemarahan rakyat, bukan kepada individu yang bakal lesap kemudian hari, tetapi kepada penjenamaan 1 Malaysia tersebut.  

Sekaligus mencipta imej yang buruk kepada Gagasan 1 Malaysia, dan secara tidak langsung, memberi imej negatif kepada Perdana Menteri nanti.  

Kepada rakyat, laporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat perkara yang sama di tempat anda!!!  

Psywar mereka digagalkan lagi!!!  Tahniah kepada yang prihatin!!!

2 comments:

  1. pembangkang semakin terdesak sekarang ini..bermacam-macam penipuan dilakukan oleh mendapat sokongan..
    tahniah kerana pihak tuan dapat mengesan taktik paling celaka pembangkang ini..

    ReplyDelete
  2. sekarang memasing dah ada hp. telefon terus nombor yang tertera untuk kepastian. bila tak ada jawapan, lapur terus kepada polis!

    Bravo GT!

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...