Bersama Berjuang

Monday, November 14, 2011

PANASSS: Noh Omar Dakwa Yaakob Sapari Otak Lembu???


NFC TIADA KAITAN DENGAN KERAJAAN

National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) adalah sebuah syarikat swasta yang tidak ada kena mengena dengan kerajaan, dengan peme­gangan saham oleh Agroscience Sdn Bhd.
 
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, syarikat ini diberikan pinjaman oleh kerajaan un­tuk melaksanakan projek Pusat Fidlot Nasi­o­nal selepas berjaya memenangi tender ter­buka.
 
Bagaimanapun katanya, pinjaman RM250 juta itu tidak dibayar terus kepada NFC sebaliknya melalui akaun pinjaman khas (special loan account) yang dibuka menggunakan akaun Maybank  yang dikawal oleh Kementerian Kewangan.
 
Katanya, masih ada baki RM69 juta di dalam dalam akaun  itu selepas bayaran RM181 juta berdasarkan tuntutan dibuat oleh NFC.
 
"Tuntutan dibuat NFC berkaitan urusan ladang semata-mata, tidak ada langsung mengenai pembelian kondominium.
 
"Jika ada (pembelian kondominium) sudah tentu tuntutan itu tidak akan dibayar kerana  pengeluaran memerlukan pengesahan daripada jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan Pengarah Jabatan Veterinar dan Kementerian Kewangan," katanya.
 
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Agong Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SJKT Parlimen Tanjong Karang di Dewan Kampung Raja Musa, semalam.
 
Noh berkata, kerajaan hanya boleh mengawal pengeluaran wang di dalam akaun pinjaman khas tersebut sahaja.
 
"Jika wang tersebut dibayar kepada NFC selepas memenuhi syarat ditetapkan, kerajaan tidak boleh mengawal apa yang hendak dilakukan oleh NFC termasuklah membeli kondominium tersebut kerana itu adalah wang syarikat," katanya.
 
Noh berkata, kerajaan  memantau unjuran NFC menghasilkan 8,000 ekor lembu dalam tempoh tiga tahun dan syarikat itu berjaya walaupun jumlah lembu disembelih hanya 5,000 ekor.
 
Justeru Noh menegaskan bahawa NFC membeli kondominium itu dengan wang syarikat, bukan menggunakan wang daripada akaun pinjaman khas.
 
"Saifudin Nasution (Setiausaha Agung PKR) sendiri tidak faham dan tidak tahu membezakan antara akaun syarikat dan akaun pinjaman khas,  tetapi cuba menge­lirukan rakyat, dengan mem­po­litik­kan isu ini," katanya.
 
Mengulas kenyataan Exco Selangor, Dr Yaakob Sapari  untuk menguruskan ladang satelit dan keseluruhan NFC, Noh berkata:
 
“Yaacob sendiri tidak faham tetapi mahu tunjuk pandai.  NFC adalah sebuah syarikat swasta, mana­kala ladang satelit terletak di bawah Jabatan Veterinar yang juga agensi di bawah saya. Lembu diternak di ladang satelit manakala NFC bertindak memasarkannya.
 
“Lebih baik Yaacob menguruskan projek ternakan lembu dan ayam oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS)  yang dilaporkan mengalami masalah dan kerugian.” katanya.
 
Bagi GT, apa kata selepas ini, Yaakob Sapari aka. Superkob kembali dengan kain pelekatnya untuk mencari bukti kata-katanya itu.  

Kalau lori hantu aka lori pasir pun boleh dicekup dengan kain pelekat, setakat nak geledah NFC apa la sangat!!!

Betul tak, Superkob???

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...