Bersama Berjuang

Tuesday, November 1, 2011

Kursus Bahasa 6 Bulan Untuk Pembantu Rumah, Orang Kita Pun Ramai Yang Tak Fasih!!!


Bahasa jiwa bangsa.

Cadangan Menteri Sumber Manusia untuk melaksana kursus 6 bulan kepada pembantu rumah asing adalah tindakan yang bijak dan tepat dalam memastikan berlakunya proses komunikasi 2 hala antara majikan dan pembantu rumah.

Di samping, ia dapat membina pemahaman budaya dan norma kehidupan serta cara hidup masyarakat di Malaysia.  Dengan itu, ia akan melancarkan proses perlaksanaan kerja.

Namun begitu, pemerhatian melalui persekitaran dan media massa, membuktikan bahawa terdapat segelintir rakyat Malaysia yang belum fasih dengan bahasa Malaysia.  Ini amat mendukacitakan kerana mereka bukan sahaja dihidangkan dengan peluang untuk belajar, malah mereka itu lahir di Malaysia!!!


Perselisihan pendapat, atau salah faham kadang-kadang terjadi apabila tiada kefahaman yang mendalam terhadap bahasa kebangsaan.  Perlu diingatkan bahawa Malaysia adalah unik, dengan komposisi kaum yang rumit, berbilang bangsa.  Perbezaan ini menjadikan ia satu halangan kepada kerajaan bagi mewujudkan satu bangsa, iaitu bangsa Malaysia.

Halangan-halangan itu bertambah apabila sistem sekolah di Malaysia terdiri dari aliran-aliran yang berbeza, dengan proses asimilasi kaum serta penguasaan bahasa tidak dapat diaturkan secara standard dan konsisten.  Tiap-tiap aliran mempunyai silibus masing-masing, dengan penekanan kepada keperluan atau visi aliran terbabit.

3 comments:

  1. kekawan aku jadi polis trafik atau di balai kata ramai rakyat meleysia tak tau bahasa malayasia...sukar nak bezakan meka dari china atau org malaysia...kerajaan masih lelap..ikut telunjuk pakatan...

    ReplyDelete
  2. Polis trafik@ lalulintas????
    Meleysia ke Malaysia???
    Malayasia ke Malaysia???
    Nampak sangat ko tu indon

    ReplyDelete
  3. Polis trafik@ lalulintas????
    Meleysia ke Malaysia???
    Malayasia ke Malaysia???
    Nampak sangat ko tu indon

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...