Bersama Berjuang

Monday, October 31, 2011

Tony PuaKA Kecewa TLDM Patahkan Kegiatan Lanun??? Padan Muka.. Muahahahaha..


KUALA LUMPUR 30 Okt. - Cubaan sekumpulan lanun melarikan diri dengan memasuki perairan Indonesia sewaktu dikejar pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kelmarin tidak berhasil apabila armada laut itu tetap mengekori sehingga mereka terpaksa melepaskan kapal yang dirampas sebelum itu.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar (gambar) berkata, persefahaman antara Malaysia dan Indonesia pada waktu-waktu krisis membolehkan angkatan laut kedua-dua pihak memasuki perairan negara jiran dengan syarat mendapat kebenaran pihak berkuasa terbabit terlebih dahulu.

"Kumpulan 10 lanun tersebut cuba memperlekeh TLDM sewaktu melarikan diri dengan mengatakan 'kami kini memasuki perairan Indonesia', tetapi mereka tidak sedar TLDM tiada masalah masuk ke kawasan negara jiran itu kerana persefahaman dan persahabatan yang erat.

"Begitu juga Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut (TNI AL), mereka boleh memasuki perairan kita dengan syarat mendapat kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) terlebih dahulu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Kelmarin, TLDM bersama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya mematahkan cubaan sekumpulan lanun melarikan sebuah kapal tangki, MT Nautica Johor Bahru dengan muatan minyak serta gas bernilai RM12 juta.

Kapal yang dalam pelayaran dari Melaka ke Sibu, Sarawak itu dirampas di perairan Selat Singapura pada pukul 5.30 pagi Khamis lalu sebelum dibawa ke utara perairan negara, namun akhirnya dibebaskan oleh lanun tersebut di Pulau Jemaja, Indonesia pada pukul 9.10 malam kelmarin.

Ketika kejadian, MT Nautica Johor Bahru membawa 19 anak kapal dan tindakan pantas Maritim Malaysia serta tiga kapal TLDM mengekori kapal tangki itu akhirnya membawa kepada pembebasannya.

Abdul Aziz menegaskan pihaknya sentiasa bersiap siaga untuk mematahkan cubaan lanun dari mana-mana negara dan di mana jua perairan, hasil kerjasama negara-negara jiran.

Sementara itu Panglima Armada TLDM, Laksamana Madya Datuk Jamil Osman memberitahu, kejayaan TLDM dan Maritim Malaysia mematahkan cubaan lanun itu membuktikan MKN berjaya menyelaras kedua-dua agensi itu dengan baik.

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Badan Koordinasi dan Keamanan Laut Indonesia kerana memberi kebenaran awal kepada dua kapal frigat TLDM memasuki perairan mereka bagi mengejar lanun tersebut dan ini membuktikan kesepakatan kerajaan kedua-dua negara sentiasa terjalin erat," tegasnya.

Sumber:  Utusan Malaysia

GERAKAN TIMUR:
Ini adalah kejayaan buat Malaysia.  Ia sangat bermakna, kerana melibatkan soal keselamatan negara.  

Ingat lagi si Tony PuaKA asyik mempertikaikan pembelian teknologi oleh TLDM, yang akhirnya diketahui helahnya.

Andai lanun itu terlepas, anda pasti tahu siapa yang bertepuk girang.  Lebih daripada itu, pastinya juak-juak pembangkang akan menuduh bahawa TLDM tidak berkemampuan untuk mengawal keselamatan perairan negara. 

Tipikal pembangkang, 100% sure mereka akan menyalahkan kerajaan BN.  

Mujur Tentera Laut Diraja Malaysia memang berkeupayaan, apatah lagi dengan teknologi terkini yang dimiliki.

Sial tak DAPigs ni?

1 comment:

  1. saya nak bagi tau ini tony pukimak sekor ni mesti dapat info dari dalam tentera...mesti ada angota tentera yg leaking information...kalau dapat tangkap...akta angkatan tentera boleh dikenakan pada yg terlibat.....

    parti pembangkang nak cari salah org aje...kalau terror sangat suruh dia pakai uniform join sekali operasi baru anak jantan....tapi masalahnya bekas Panglima Tentera Laut pun jadi pengkhianat K'jaan..dah pencen msk pembangkang..

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...