Bersama Berjuang

Monday, August 22, 2011

Tindakan Melampau DUMC Tidak Mewakili Semua Penganut Kristian... Mengapa Yang Lain Melatah?


Kenyataan Media

Siasat dan dakwa DUMC dibawah S 298A Kanun Keseksaan

Gerakan Cegah Murtad (GCM) sekali lagi ingin mengulangi keyakinan bahawa masjid, surau, tokong, kovil dan gereja tidak mempunyai masalah dalam masyarakat majmuk yang berbilang bangsa dan agama dinegara ini.

Yang cuba untuk membawa masalah dalam keharmonian yang dikecapi ini adalah Damansara Utama Methodist Church, (DUMC) Damansara Utama, Petaling Jaya melalui program yang dilaksanakan pada 3 Ogos 2011.

Namun program 'Thanks Giving Dinner' yang berlangsung di DUMC itu merupakan event yang sepatutnya tidak merosakkan keharmonian dan keamanan yang rakyat kecapi selama ini.

Umum berpendapat program tersebut telah menimbulkan salah faham yang extreme, kekeliruan dan keresahan serta prejudis dikalangan Umat Islam di negara ini.

Nyanyian lagu Alhamdullilah dan Allahhuakbar serta kuiz Islam dalam program tersebut adalah menghina dan mempermainkan Akidah Islam dan ini boleh menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan umat Islam.

Dalam tempoh seminggu ini GCM telah menggerakkan massa NGO dan telah membuat 45 lapuran Polis mengenai program ini diseluruh Ibu Pejabat Polis Daerah di Negeri Selangor.

Program itu adalah bercanggah dengan beberapa peruntukan Perlembagaan dan Undang-undang yang sedia ada termasuk Perkara 3, 11(4) Perlembagaan Persekutuan, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995, Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan bukan Islam ) Negeri Selangor 1988 serta Kanun Keseksaan.

GCM menggesa penganjur program tersebut disiasat dan didakwa dibawah seksyen 298, 298A Kanun Keseksaan.

DUMC telah melakukan perbuatan yang telah mengguris hati orang Islam serta boleh mencetuskan suasana tidak harmoni, perpecahan dikalangan rakyat Malaysia.

Seksyen 298A Kanun Keseksaan memperuntukkan melakukan perbuatan yang boleh menyebabkan perpecahan harmoni dan perpaduan, rasa tak puas hati, prejudis berdasarkan agama boleh disabitkan dengan hukuman penjara di antara dua hingga lima tahun.

S 298A ini melarang perkataan-perkataan yang boleh menyebabkan perselisihan, perpecahan atau perasaan permusuhan, kebencian, kecurigaan atau prejudis dalam usaha untuk memelihara perpaduan dan keharmonian, atas dasar agama di antara warga negara atau sekumpulan warga negara.

GCM ingin mendesak pihak berwajib menangani isu ini dengan CERMAT tetapi TEGAS agar kerharmonian, perpaduan dan keamanan dinegara ini dapat terus terpelihara.

Jangan lah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

 Hamidzun Khairuddin
Jurucakap
Gerakan Cegah Murtad (GCM)

20 Ogos 2011

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...