Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada Selasa bersetuju untuk menubuhkan satu geran tidak lebih RM1 juta bagi membiayai usaha menfailkan bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap senarai daftar pengundi baru yang mencurigakan.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, geran itu ditubuhkan kerana kerajaan negeri memandang serius aduan mengenai kepincangan pada daftar pengundi sedia ada dan pengundi baru.
"Aduan dan tuduhan termasuk rakyat negera jiran yang mendapat taraf pemastautin tetap dan disenarai sebagai pengundi amat merungsingkan dan perlu diatasi dengan segera.
"Kami berpendapat bahawa rakyat berhak menuntut satu daftar pemilih yang bersih untuk membuka laluan kepada sistem pilihan raya yang bersih dan adil," - mstar
GERAKAN TIMUR:
Apa yang sebenarnya sedang dilakukan oleh Khalid adalah kesinambungan strategi untuk memberi gambaran bahawasanya BeerShit 2.0 adalah relevan.
Dan wang rakyat Selangor pula digunakan untuk tujuan politik mereka. Blogger pro kerajaan sudah membuktikan bahawa isu yang dimainkan oleh Malaysiakini berhubung isu Mismah adalah pembohongan semata-mata.
Namun, ianya disambut pula dengan keputusan yang cukup bangang ini. Tidak mustahil, isu itu digunakan sebagai dasar menghalalkan penggunaan wang rakyat.
Persoalannya, kepada siapa wang rakyat itu akan disalurkan? GT mengagak ianya akan menjadi milik jentera-jentera mereka seperti bloggers, portal, malah mungkin akan digunakan untuk membayar saman fitnah nanti!
Selangor menangis... wang rakyat terus dilahap dengan rakus!!!
No comments:
Post a Comment
Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!