Bersama Berjuang

Wednesday, August 31, 2011

Mampukah Kita Mewariskan Kemerdekaan Kepada Generasi Seterusnya?


Salam Kemerdekaan Yang Ke 54 kepada semua rakyat Malaysia.  

Negara kita masih baru, andai dibandingkan dengan beberapa buah negara, terutamanya negara maju, yang menjadi kiblat sesetengah pihak sebagai benchmark yang wajar untuk Malaysia capai.  

Mereka lebih suka kononnya berstandardkan Amerika, internasional katanya.  Maka wujudlah pertubuhan yang mengambil bulat-bulat cara Amerika untuk diaplikasikan, terutamanya apabila menyentuh politik.  

Atas nama kebebasan, mereka mendesak agar Malaysia patuh, dan mengenepikan keunikan negara ini, samada dalam kepelbagaian kaum mahupun asas pembinaan negara bangsa.  

Mengakui mereka sebagai rakyat Malaysia, tetapi politik mereka sebenarnya menghancurkan negara ini.  Kuasa asing dijemput hadir campurtangan, satu bukti akan sifat tidak pernah belajar dari sejarah bangsanya sendiri.  Harbi laknatullah dijulang sebagai pemimpin demonstrasi, tanda mereka tidak pernah belajar dari sejarah agamanya sendiri.  

Dan mereka cuba mengubah sejarah, bahawa "keunikan" yang ada pada negara ini adalah anugerah, yang diberikan atas "pengorbanan".  Apatah lagi, keunikan tersebut tidak pula dihormati, atau disyukuri.  Dasar harbi yang didorong oleh zionisme, selagi negara ini tidak dikuasai, selagi itu mereka tidak berpuas hati.  Dan pastinya duit bukanlah masalah bagi mereka, kerana funder-funder yang "dihalalkan" kononnya mempromosi kebebasan, demokrasi dsb.  

Dan kita adalah benteng terakhir, untuk memastikan kemerdekaan yang bermaksud merdeka; bebas dan mampu membuat keputusan sendiri. Merdeka dari segi pemikiran, merdeka dari segi perlaksanaan, dengan aturcara negara kita tanggungjawab kita.  Dan asas bina negara jangan pernah dilupa.  

Perhatikan sensasi politik terbaru, apabila ada orang Melayu yang sanggup menafikan perjuangan polis bukit kepong, dan mengangkat komunis sebagai idolanya!  

Fahaman ini telah menyerap ke dalam pemikiran orang Melayu yang beragama Islam, dan suatu hari nanti, sejarah akan diubah, dan merdeka hanya tinggal ucapan semata-mata!  

Jangan kita menyesal nanti, kerana tidak mampu mewariskan erti kemerdekaan sebenar kepada anak cucu kita.  

MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!!


1 comment:

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...