Bersama Berjuang

Wednesday, July 13, 2011

GEMPAR!!! Ng Sue Lim Masuk Islam Dan Digelar "Ustaz" Oleh Pesuruhjaya PAS Selangor???

Kenyataan Media GAPS

Tahniah kepada ADUN Sekinchan yang kini bergelar "Ustaz".

GAPS ingin mengucapkan tahniah kepada ADUN Dap Sekinchan Ng Swee Lin yang kini di "anugerahkan" gelaran "Ustaz" oleh DUN Selangor. Kejayaan Ust Ng yang mengungguli debat hadis semalam di DUN adalah amat mengujakan rakyat.

Walaupun tanpa matan atau nas sah, nampaknya Speaker Dap DUN Selangor Datuk Teng Chang Khim terlalu bodoh sehingga tergeliru dengan gelecek Ust Ng yang menggunakan kaedah hentam keromo dalam penghujahan di sidang DUN walapun ia berkaitan dengan sensitiviti  Agama Islam.

Hasilnya ADUN Seri Serdang Datuk Satim Diman pula yang "di kenakan kad merah" dan ditunjukkan pintu keluar oleh Speaker yang menggunakan budi bicara yang bengkang bengkok dalam memberikan markah kepada Ust Ng yang beroleh "disctinction" dalam ilmu hadis dalam DUN Selangor.

Kemaluan yang amat besar wajar diberikan kepada Exco Hal Ehwal Islam Datuk Dr Hassan Ali yang terkelu lidah dengan hujahan hadis yang di lontarkan oleh Ust Ng. Namun begitu semua orang tahu Ust Ng sudah menuntut dengan ADUN Meru Rani Osman yang juga Pesuruhjaya Pas Selangor yang baru, yang sebenarnya tidak sabar-sabar mahu mengambil tempat Hassan Ali sebagai Exco.

Kini Ust Ng mengikuti rapat jejak Ust Ngeh ADUN Perak yang beroleh pangkat "Ust" kerana kehebatan membahas ayat Al Quran di Markas Tarbiyyah Pas, Gombak, beberapa tahun yang lalu. Ust Ng layak dipertimbangkan sebagai Exco Hal Ehwal Islam yang baru oleh MB Selangor Khalid Ibrahim menggantikan Hassan Ali yang kini semakin tidak berfungsi.

Selamatkah Selangor dengan Ust Ng yang bakal terus melacurkan hadis dan Al Quran untuk kepentingan politik Dap di Negeri Selangor ? Masa telah menentukan betapa kesucian dan ketertinggian Islam semakin dipesongkan, dirobekkan dan dibontotkan oleh Pas dalan kepimpinan kerajaan Negeri Selangor.


Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

13 Julai 2011.

3 comments:

  1. bukan masuk islam la. masuk agama pas. agama pas menyerupai agama Islam. hati-hati nanti tertipu kerana hampir menyerupai. agama pas membenarkan semua kafir menggunakan hadis dan quran dengan tujuan memburukkan umno.

    ReplyDelete
  2. ada sapa-sapa boleh tanya pendapat Ustaz Dato Harun Din tentang issue ini tak?

    ReplyDelete
  3. hemat saya, biarlah sesiapa juga yg bukan Islam membaca alquran dan hadis2 nabi. Jika kita beriman kpd alquran yg menyebut 'wahai manusia', maka semua manusia ada hak membaca dan mengamalkan alquran atau ajaran Islam. soal mereka hendak memeluk Islam atau tidak itu hak dan keputusan peribadi mereka sendiri. jangan lupa bahawa mantan PM British juga diakui telah dan sedang membaca alquran sedangkan beliau seorang katholik. Apa sikap kita terhadap Blair? Membenci atau bersyukur dgn moga2 dia faham Islam.
    Malu saya dgn sikap membenci manusia membaca tek kebenaran. Dalam pemerhatian saya, yg mengaku Islam pun hanya membaca quran utk dapat pahala di akhirat, bukan mencari jalan utk mengamalkan ajaran quran di dunia ini lagi.
    Saya tahu tuan menulis kerana sentimen politik. Bolehkah pemikiran yg benar memgatasi sentimen politik?

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...