Isu UDA semakin panas apabila Pengarah Urusannya, Dato' Jaafar meletakkan jawatan serta merta. Ia dilihat kononnya sebagai protes terhadap isu penjualan tanah Pudu kepada syarikat dari negara China. Sekaligus, ia diwar-warkan sebagai terjemahan rasa tidak puas hati terhadap Dato' Nur Jazlan.
Secara tidak langsung, tindakan ini disifatkan sebagai "hero" oleh sesetengah pihak. Dato' Nur Jazlan mula dihujani "peluru" oleh pejuang-pejuang "Melayu", yang kononnya membela kepentingan Melayu di dalam UDA. Apakah benar?
Tanpa disedari, perletakkan jawatan ini sebenarnya membuka "pekung" dan "rahsia" yang selama ini tersimpan. Bermulalah adegan telanjang menelanjangkan...
Berita perletakan jawatan Dato Jaafar sebagai Pengarah Urusan cukup menggemparkan, kerana berlaku di saat konflik sedang melanda. Dan lebih mengelirukan, Dato' Jaafar sebenarnya "meminta" sesuatu untuk perletakkan jawatannya. Apa ke jadah perkara seumpama ini boleh berlaku?
Rupanya Dato' Jaafar disuruh meletakkan jawatan. Difahamkan, ada "rahsia" yang menyebabkan dia diminta berbuat demikian. Dato' Jaafar tiada pilihan, kerana tembelangnya dikatakan sudah pecah. Dan dibawah ini adalah "permintaan" dari Dato' Jaafar atas keputusannya meletakkan jawatan:
Dasar manusia tidak tahu malu. Sudah bersalah kepada syarikat, mahu pula meminta yang bukan-bukan. Anda selaku insan yang rasional, mampu untuk menilai manusia jenis apakah untuk kita golongkan Dato' Jaafar ini.
Permintaan yang tidak masuk akal ini sudah tentunya secara tidak langsung menunjukkan watak sebenar Dato' Jaafar. Pentingkan diri sendiri, tamak, haloba dan serakah, sesuatu yang bakal mengundang malapetaka kepada UDA sekiranya lama dia berada di posisi itu. Macam2 boleh jadi, asal masyuuuukkk poket sendiri!
Dan ingin pula GT mendengar dari mulut pejuang-pejuang "Melayu" yang kebelakangan ini lantang membidas pihak pengurusan UDA Holdings, yang didakwa mengabaikan kepentingan "Melayu". Dato' Nur Jazlan dikhabarkan sudah sedia bertemu untuk memberi penerangan komprehensif yang sebenarnya. Dan bukannya dakwaan semata-mata!
Rasionalisasi penting, kerana ianya tidak melibatkan sakit hati! Ehhh.... ada orang yang terasa ke? Kenapa? Tender melepas? Ishhh... Ishhh... padanlah kuat betul "melolong"!
Itulah penangan harta, buat orang jadi GILA!
Jangan korang ingat cerita ini dah abih... esok ada sambungnya pula.. tungguuuuu.. kita tengok siapa yang kenaaaaaa.....
dikatakan penjualan tanah oleh UDA x menjejaskan bumiputera.. woi bodoh (paham2 je la sapa) ada ke kata jual tanah tu x merugikan. seinci tanah bumiputera pon x patut dijual!
ReplyDelete