Membaca akhbar-akhbar arus perdana tentang kes perbicaraan Dr. Khir, GT melihat sikap media yang mensensasikan jumlah "wang besar" dengan meletakkannya sebagai tajuk utama.
Lebih mendukacitakan, sembang-sembang kedai kopi turut juga terkesan dari tajuk utama akhbar semata-mata, tanpa intipati-intipati perbicaraan yang penting untuk mengadili kes yang sedang berlangsung.
Disini ada beberapa fakta yang GT mahu kongsi dan renungkan bersama, semoga dapat kita bersama-sama memahami kes, dan bukannya spekulasi semata-mata.
- Nasir Ismail mengakui bahawa wujudnya kontrak bernilai RM600 ribu untuk kerja-kerja ubahsuai yang ditandatangani oleh Dr. Khir pada 2007. Beliau mendakwa menerima RM6 juta dari Dr. Khir. Untuk apa Dr. Khir membayar amaun "gila" itu sedangkan agreement untuk ubahsuai hanyalah RM600 ribu. Logik?
- Nasir Ismail juga berkata pembayaran wang pendahuluan RM250,000 dibayar pada April dan Mac 2006. Persoalannya, kontrak ubahsuai diantara Dr. Khir dan syarikat kepunyaan Nasir hanya dimeterai pada 2007. Nasir mengaku bahawa dia tiada bukti (resit pembayaran) yang menunjukkan pembayaran ini wujud. Fakta sudah tidak sekata, bukti pula hanyalah lisan semata-mata.
- Nasir mengaku keliru akan hak milik rumah tersebut kerana pada pelan rumah tercatat nama pemiliknya iaitu Ditamas. Dan Dr. Khir dituduh membeli rumah tersebut pada 29 Mei 2007. Sedangkan dari 2006, rumah itu milik Ditamas. Mgkinkah Nasir telah membuat ubahsuai rumah berkenaan atas arahan Ditamas, sebelum terbengkalai dan akhirnya dijual kepada Dr. Khir pada 29 Mei 2007, lantas mengenakan segala caj ubahsuai dari 2006 kepada Dr. Khir? Perlu diingatkan bahawa Ditamas juga ada beberapa kali membuat pembayaran sebelum Dr. Khir membuat pembayaran seperti yang didakwa oleh Nasir sendiri. Apakah Nasir juga "keliru" dari siapa dia mendapat bayaran-bayaran tersebut?
- Nasir mengaku tidak memahami invois yang dikeluarkan oleh syarikatnya sendiri. Bagaimana dia sendiri ragu-ragu terhadap dokumen yang diserahkannya sebagai bukti kepada SPRM?
- Apa yang GT lihat berdasarkan perbicaraan kes setakat ini, seolah-olah wujud satu kecenderungan untuk menjadikan Dr. Khir sebagai mangsa (tendency of victimization). Dan yang paling mencurigakan, Nasir Ismail mengaku berselisih faham dengan Dr. Khir. Sesuatu yang "misteri" perlu dirungkaikan disini.
Terdahulu, Datuk Shamsuddin yang seharusnya didakwa bersama Dr. Khir telah dibebaskan dari tuduhan, malah dijadikan saksi utama pula. Peguam Negara pula sebelum ini berkata kes tersebut bukan sandiwara kerana punya bukti dan saksi yang kukuh. Hairan..... cakap pusing-pusing... klu dah kukuh, mengapa bebaskan tuduhan pada Datuk Shamsuddin, malah dijadikan saksi utama pula?
Ada sesuatu yang tidak kena. Tapi GT kan suka berbaik sangka... hehehehe...
GT hanya mengulas apa yang telah dibicarakan di mahkamah. Sekadar mengajak anda mengikutinya dengan penuh berhati-hati dan teliti. GT tidak boleh "pergi" lebih jauh, kerana khuatir dituduh "contempt of court".
GT bukanlah Anwar Ibrahim yang diberikan "keistimewaan" untuk menjaja kesnya yang sedang dibicarakan di mahkamah tanpa secubit amaran pun.
Sebarang komentar, pendapat, kritikan atau apa sahaja berhubung dengan kes ini, sangat dialu-alukan. Untuk perbincangan sesama kita. Mgkin ada kekhilafan GT dalam menyelusuri maklumat terperinci berhubung kes ini.
Perbicaraan kes bersambung Isnin hadapan.
Pasal Khir Toyo ni tak payahlah nak di bincangkan lagi...dia pun dah jadi sejarah..masa dia berkuasa dulu dia buat orang lain macam sampah..kini giliran dia pulak lah orang buat macam sampah...dalam PRU13 ni kalau Najib namakan dia sebagai calun pilihanraya lagi...selangor akan terus berada diperentah olih PKR..dia sapu semua wang rakyat hanya untuk dia dan keluarganya sahaja...
ReplyDelete