Bersama Berjuang

Sunday, June 26, 2011

Laporan Penuh SSDE DUN Meru Malam Kelmarin!


Konsisten dengan kenyataan dalam artikel GT petang tadi, jutaan tahniah kepada Ustaz Ahmad Najib yang mmg berada di kelas yang tersendiri apabila berhujah tentang PAS.  Almaklumlah, bekas YDP PAS Gombak... GT ulang.. PAS Gombak!

Opsss.. ini bukan bermakna penceramah yang lain tidak perform... cuma GT fokuskan kepada Ustaz Ahmad Najib untuk kali ini.

Ustaz Ahmad Najib lahir di "buaian" PAS, dengan bapanya dulu adalah Ketua Dewan Ulama PAS!  Dan tak sangka pula, ayah beliau lahir di Meru!  Beliau menerang sedikit sebanyak salasilah PAS, dan apa yang dipersetujui oleh muktamar PAS dari zaman Yusof Rawa dulu sehinggakan selepas peristiwa Memali.  Ternyata, perjuangan PAS telah lama terpesong dari dasar parti yang dibina oleh pemimpin PAS terdahulu.  

Paling menarik, beliau mengimbas kembali Amanat Hadi Awang kepada PAS, dan secara berseloroh tapi boleh difikir-fikirkan, amanat itu diubahsuai untuk UMNO lontarkan kembali kepada PAS!  

Mengikut mata-mata GT, ramai ahli PAS kawasan tersebut panas bontot, pedih telinga mendengar hujah dari Ustaz Ahmad Najib, sehingga ada yang beransur setelah 15 minit berceramah, sambil terkumat-kamit ntah apa yang dikatakan.  Mgkin mereka "terBAKOR" agaknya bila hujah pulangkan semula paku buah keras kepada PAS akibat fatwa terbaru selepas muktamar mereka baru-baru ini.  

Apatah lagi bila Ustaz Najib sentuh bab al projek wal masyuk, ada la seorang dua ahli PAS yang dok melantak dan menghimpit projek2 kawasan berkenaan tertunduk macam malu, lepas tu cepat-cepat chalo! chow! blah! Tak tahan beb! Hahahahaha... mata-mata GT yg inform.  Yelah... awak mana kenal orang situ...

GT yakin, andai Ustaz Najib dicabar oleh Hasan Ali mahupun Dr Rani untuk berdebat, mesti beliau sahut!  Otai beb!  Kepada Sekretariat SSDE, GT nak cadangkan agar Ustaz Najib diturunkan di kawasan-kawasan yang dikuasai oleh PAS.  Confirm berdesing telinga diorang.. hahahahahaha...

Tahniah kepada urusetia majlis yang bertungkus-lumus.  Dan yang penting, BERANI kerana DUN Meru adalah kubu kuat PAS, berdasarkan keputusan PRU yang lalu, dimana Pesuruhjaya PAS yang baru, YB Dr. Rani telah menang dengan majoriti 5,400 undi.

Satu angka yang dilihat cukup sukar untuk dihadam oleh BN, namun jangan patah semangat, politics is a game of number kata orang JAWA.  Apapun boleh berlaku, andai ditakdirkan BN merampas kembali dengan 1 undi sekalipun, menang tetap menang.  

Yang penting, usaha dan kerjasama!  GT agak gembira apabila kali ini, ramai golongan muda, walaupun dok malu-malu tepi pagar atau duduk barisan belakang hadir ke majlis ceramah ini.  Nak GT ambil gambar dan cakap akan masuk blog, diorang kata "takpayah la bang.. malulah"

Aiseymen.. tapi takpe, menghormati permintaan orang muda, asal sudi datang dengarkan kisah kebenaran ini pun GT dah bersyukur.  Bak kata Zahid Md Arip dalam satu ceramah SSDE di Kg Bukit Belimbing, Kuala Selangor, "Anwar cukup tak suka kalau orang muda bangkit bersemangat menentang Pakatan!"

GT cadangkan, sahabat di Meru minta atau desak kepada Sekretariat SSDE untuk bawa pula Ummi Hafilda, Ghani Othman, Syamsul Amri, Ustaz Kamal Saidin, Fairus Khairuddin, Ustaz Roslan Kassim, Khairi Jamaluddin, YB Gobi, YB Zul Noordin, dan ramai lagi.  Masih byk lagi peluru-peluru Scud untuk dihalakan kepada penyokong Fuckatan. 

Jadi, teruskan berjuang wahai sahabat-sahabat di Meru.  Tiada yang mustahil di dunia ini andai Allah izinkan...

Kun fayakun !

1 comment:

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...