Bersama Berjuang

Monday, June 13, 2011

KEMENANGANNYA MENGUNDANG KONTROVERSI!!! HAZAMA "KOWTIM" ?


Cerita artis...  

Hazama menang AF9 yang juga edisi terakhir.  GT bukan hendak cerita pasal AF, tapi pasal Hazama.  

GT ada sekali sekala ternampak wajahnya di kaca TV.  Mmg berbakat, tapi tak tahulah, kenapa sukar sangat untuk masuk ke AF setelah diumumkan "out" pada konsert prelude untuk memilih 11 pelajar terakhir pada AF4 kalau tak silap.  

Sebelum ini dia banyak ke arah rock, rock kapak.  Genre muzik yang GT gemari.  Masih ingat dia menyanyikan lagu Zakiah dari Sweet Charity.  Mantap!!!  Ada sekali tu dia nyanyi lagu Iklim, Bukan Aku Tak Cinta.  Suara dia tinggi, serak2 skit.. plus sengau2 mmg terserlah "kekapakan" nya lah.  

Tapi sekarang dia nyanyi lagu genre terkini.  Suaranya tetap maintain.  Tetap sedap!  

Nasib baik Hazama menang, kalau tidak GT tuduh anda yang AFUNDI mmg buta muzik! hehehehe...  Kepada Hazama, GT ucapkan selamat berjaya bro... lu mmg layak menang bro!  Rezeki!

Puteri GT tak tidur2... selalu pkul 10 dah zZzzZZZ.... malam ni, sampai Hazama diumumkan menang, baru lah si puteri ni lelap... agaknya dia mmg nak tgk Hazama jadi champion kot...hehehe..

Teringat pula zaman GT meng"artis"kan diri dulu pulak.. hehehe.. nasib baik takde AF waktu tu, yang ada Sinaran Passport Kegemilangan...  tak pandai la pulak nak cakap2 atau buat sketsa lawak!.. Kalau tak, jadi THE SINGING BLOGGER kot.. hehehahahaha..

Layan lagu ini... Hazama dulu-dulu... bukan versi AF9! Kowtim...

1 comment:

  1. GT,
    Tang kemampuannya menyanyi memang setanding dengan pelajar AF yang lain malah lebih baik daripada sebilangan mereka. Aku dengar dia gagal beberapa kali kerana kesilapan memilih lagu disaat pemilihan.

    Namun aku tabik la budak seko ni sebab dia tak jemu-jemu mencuba walaupun dia dah popular dengan caranya sendiri. Tahniah Hazama!

    psstt... psstt... aku ada cuba kemilau emas tapi suara aku dah platinum la pulak. terus kena disqualified! ish ish ish

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...