Bersama Berjuang

Saturday, May 7, 2011

KHALID BUNUH MELAYU SEPERTI MANA YG DIARAHKAN OLEH DAP!!!


Pengumuman yang dilakukan oleh Khalid Ibrahim agar lima PBT memberi kerjasama bagi memastikan pengambilalihan kerja-kerja pembersihan awam daripada pihak Alam Flora Sdn Bhd menerusi kenyataan media pada 20 April 2011 lalu, sebenarnya mempunyai banyak muslihat yang didalangi oleh DAP.

Seperti yang diketahui, DAP merupakan kuasa utama di Selangor. Manakala PKR pula adalah budak suruhan DAP yang sebenarnya langsung tidak mempunyai sebarang kuasa. PAS yang konon-kononnya berkongsi kuasa dengan DAP-PKR pula, sekadar pelengkap yang kalau tidak ada pun, tidak jadi sebarang kudis kepada DAP-PKR.

Isu kebersihan merupakan isu yang cukup penting di Selangor. Lima PBT yang diarahkan agar ‘bekerjasama’ dengan arahan Menteri Besar pula merupakan antara PBT yang paling ‘kaya’ di Selangor dan Malaysia.
Kontrak pembersihan diperuntukkan kepada kontraktor Kelas F. Dan umum mengetahui, Kelas F bermaksud Bumiputera keseluruhannya.

37 orang kontraktor bumiputera yang memberikan khidmat kepada MPAJ bakal berhadapan dengan kehilangan mata pencarian, cuba dilabelkan sebagai kontraktor-kontraktor UMNO. Sekaligus memanjangkan alasan yang diberikan oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang untuk menghapuskan semua kontraktor Melayu-Bumiputera. Pada masa yang sama, diuar-uarkan pula bahawa kontraktor Bumiputera yang baru dilantik telah menguasai keseluruhan kontrak kerajaan.
Pendedahan dalam prosiding Siasatan Suruhanjaya Diraja berkaitan kematian Teoh Beng Hock, menjelaskan apa yang sedang dilakukan oleh DAP. DAP telah menyalahgunakan lesen-lesen serta permit-permit Bumiputera untuk kepentingan parti mereka. Hal tersebut diperakui oleh DAP sendiri dalam prosiding berkenaan. 

Baca seterusnya DISINI.

4 comments:

  1. saya nak tanya anak jantan ker khalid tu? beranikah dia bubarkab DUN selangor? angan menganiayakan orang melayu. Jangan jadi pengkhianat bangsa seperti ketau mu pengkianat penyatuan ISLAM. kalau berani ayuh sahut seruan rakyat selangor bubarkan DUN...mana telornya..bunyi kosong saa.

    ReplyDelete
  2. padan muka org umno ...klu dulu berlagak nk mampus sapu semua kerja pbt...waqlaupun x da kelayakan dan kemampuan ...bila dpt jual pd oorg lain...untung atas angin je...skrg...?????PADAN MUKA KONTRATOR umno...kah...kah..kah...

    ReplyDelete
  3. Anon 10:12, mu padan muka kat sapa? sedih aku tengok melayu bodoh macam hang. DAP guna alasan cantas Kont. UMNO untuk rampas kerja dari melayu bagi kat cina pun kau seronok? Hang ni ada keturunan Pak Kadok kot? melayu malu kerana ada melayu-sakai macam hang, BAHALOL

    ReplyDelete
  4. Nonbal,

    Aduhai malang Pak Kaduk, ayamnya menang kg tergadai...

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...