Ada ura-ura bahawa Ustaz Nasha bakal tidak bertanding mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS. Perkara ini sudah tentu mengembirakan kem Erdogan yang saban hari cuba menguasai kepimpinan PAS secara total.
Masing-masing punya strategi kerana masing-masing ahli politik, punya nafsu menguasai antara satu sama lain. Kenyataan-kenyataan spt tidak mahu bertanding, sebenarnya sebahagian daripada taktik berpolitik.
Ustaz Nasha seperti sedia maklum tidak disukai oleh kepimpinan PAS berikutan pro kepada perpaduan. Usaha yang murni selaras dengan tuntutan Islam agar umatnya bersatu padu ditentang keras oleh puak Erdogan, yang diketuai oleh Nicky Arjis. Bijaknya Anwar menguasai orang yang paling "keramat" dalam hierarki kepimpinan PAS.
Adakah Ustaz Nasha mampu mengekalkan jawatannya ataupun terdapat desakan dari dalaman parti yang mahukan agar dia tidak bertanding. Persoalan ini hanya akan terjawab apabila dia sendiri bakal membuat pengumuman dalam masa terdekat.
Ustaz Nasha seharusnya bertanding bagi mengelakkan Erdoganis Anwarista terus memperbodohkan penganut-penganut PAS. Kasihan PAS, bekerja bermati-matian untuk memenangkan Anwar, yang tidak punya jentera ampuh bagi menghadapi pilihanraya umum nanti.
Ustaz Nasha harus terus berani menghadapi golongan ini, walaupun menerima tekanan hebat dari Nicky Arjis dan erdoganis2nya. Mgkin ramai yang menyedari, puak2 inilah yang telah mencemar prinsip dan perjuangan PAS dan mengakibatkan PAS semakin ditolak oleh rakyat. Parasit-parasit ini wajib disingkirkan dari politik kepartian PAS. Perlu ada keberanian untuk membersihkan najis-najis politik ini.
Ingat Ustaz Nasha, ingat perpaduan, ingat Nik Aziz, ingat perpecahan!
Antara keempat-empat individu diatas, tiada satupun pada hemat GT layak untuk menggantikan Ustaz Nasha!
No comments:
Post a Comment
Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!