Bersama Berjuang

Monday, March 21, 2011

PANASSS.. BUKTI YAYASAN SELANGOR MENUJU KEHANCURAN - FINALE!!!


DARI SUDUT PENGURUSAN PERKHIDMATAN

5.  Pertukaran Kakitangan
  • Bermula Mac 2010 seramai 50 pegawai dan kakitangan telah ditukarkan seperti dibawah:
    • Jusa -  1 orang
    • Gred 41-48 – 25 orang
    • Gred 17-27 – 19 orang
    • Gred 1-3 – 5 orang.
Penempatan seharusnya tepat dengan kemahiran dan sesuai dengan skim perkhidmatan yang ditawarkan semasa kakitangan dilantik. Pertukaran seramai 50 orang dan perletakan jawatan seramai 18 orang kakitangan pada 2010 menunjukkan bahawa sedang berlaku satu proses yang akan melumpuhkan kreativiti dan kecemerlangan kakitangan Yayasan Selangor


6.  Saguhati Faedah Persaraan
  • Sepanjang 2010, 18 orang kakitangan telah meletak jawatan. Ada diantaranya telah berkhidmat sehingga 18 tahun. Malangnya tiada pembayaran saguhati kepada kakitangan walaupun terdapat Skim Perkhidmatan Yayasan Selangor Fasal 5 Faedah Persaraan ( 5.1.4) Berhenti Kerja. Pengurusan YS mengubah peraturan tanpa mendapat persetujuan Ahli Lembaga dalam menjaga kebajikan kakitangan.

7.  Dokumen Perkhidmatan Kontrak
  • Pengurusan Yayasan Selangor tidak menyediakan perjanjian dalam isu perlantikan pegawai . Ini jelas menunjukkan bahawa terdapat kelemahan dalam melindungi kepentingan dan hak kerajaan negeri dan yayasan Selangor sebagai majikan.Pengurusan YS juga tidak memikirkan tentang kebajikan kakitangan perkhidmatan kontrak yang melibatkan terma-terma dalam kebajikan pegawai. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 2008- Dasar dan Prosedur Perlantikan Secara Kontrak telah wujud tetapi tidak diguna pakai.

8.   Kelemahan Pengurusan YS dalam isu Kelulusan Melalui Resolusi
  • Sehingga bulan November 2010 sebanyak 12 resolusi telah dikeluarkan (bil. A121/2010 hingga A132/2010). Ini jelas memperlihatkan kelemahan pentadbiran pengurusan YS yang tidak tahu membezakan perkara yang dicadangkan itu:
    • Perlu pembentangan di dalam mesyuarat
    • Perlu diluluskan oleh Ahli Lembaga  melalui resolusi atau
    • Perlu mendapat keputusan Pihak Berkuasa Negeri untuk kelulusan atau sekadar makluman.  

 Jom tgk sumber ni dari mana...


Ini adalah asas kehancuran Yayasan Selangor dibawah pentadbiran Khalid.  Khalid wajib bertanggungjawab atas malapetaka ini.  Selaras dengan cabaran oleh DS Noh Omar, KHALID WAJIB LETAK JAWATAN!!!

Sekian dahulu pendedahan GT tentang tragedi Yayasan Selangor.  Ini dari sudut Pengurusan Perkhidmatan yang jelas gagal dilaksanakan.  Basic pun cacamarba, yang lain gerenti hancusssss...  Inilah bahananya dapat Punahsihat RM1!!! 

Anda ingin pendedahan dari sudut Pengurusan Perbelanjaan YS?  Nanti dulu.  GT tidak mahu Khalid mencapai klimaks... Tungguuuuu..

1 comment:

  1. Bila lagi UMNO Selangor nak buat demo raksaksa, paksa Khalid letak jawatan!! Kenapa senyap aje UMNO ni...tak reti nak cari opportunity ke???Macam tak ada ketua aje....tak boleh fikir ke??

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...