Bersama Berjuang

Thursday, March 24, 2011

DATUK SYUIB LAZIM BERTINDAK ATAS DASAR PERIBADI, BUKAN PERKASA!!!


KUALA LUMPUR, 24 Mac — Perkasa mempertahankan tindakan “Datuk T” termasuk bendaharinya yang menayangkan  rakaman video seks kepada media yang didakwa melibatkan pemimpin kanan Pakatan Rakyat (PR).

Datuk T terdiri daripada tiga individu iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Tayangan video seks itu ditayangkan pada Isnin lalu di hotel Carcosa Seri Negara.

“Ini satu pembongkaran dan kita nak tahu siapa yang terlibat kerana ia (video seks) itu tidak ditunjukkan kepada umum.  Salah tetap salah . . . betul tetap betul . . . siapa yang lebih berdosa pembunuh atau yang dituduh membunuh, siapa yang lebih berdosa?” kata Ketua Pemuda Perkasa Arman Azha Abu Hanifah.

Kata beliau, pihaknya tidak menuduh siapa individu dalam video seks tetapi satu siasatan segera perlu dilakukan bagi menyiasat kebenaran video seks itu.

Justeru, menurut Arman Azha, pihaknya tetap berpendirian agar kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja untuk siasat ketulenan video seks itu.

“Sebab itu kita nak kerajaan tubuhkan suruhanjaya diraja, kita tak tuduh sesiapa dan kita juga tak tahu siapa yang terlibat.

“Kita juga tidak mempertahankan mana-mana pihak baik di pihak Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional (BN), tapi kita mahu individu yang terlibat dalam video seks itu bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata sekiranya individu dalam video seks itu terbukti pemimpin kanan Pakatan Rakyat maka individu tersebut perlu meletakkan jawatan serta-merta.

Semalam Abdul Rahim mengaku Shazry, Shuib dan dirinya adalah individu yang digelar Datuk T yang berada di belakang tayangan video seks itu yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sementara itu Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata pihaknya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Shuib.

Ini kerana jelas beliau, Shuib bertindak secara peribadi dan ia tidak kaitan dengan badan pertubuhan Melayu itu.

“Perkasa tidak terlibat dengan isu pendedahan video seks itu, saya nak tegaskan Perkasa tidak terlibat apatah lagi terlibat dengan merakam aksi video seks itu.

“Kita tidak akan ambil tindakan terhadap beliau (Shuib) sebab kita langsung tak tahu lagipun beliau bertindak secara individu,” katanya.

Jelas Syed Hassan, walaupun imej Perkasa nampak tercabar namun sekiranya video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu ia akan membuktikan kebenarannya.

Ekoran tuduhan itu, Anwar telah membuat laporan polis berhubung rakaman video aksi seks itu dan menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video tersebut.  - TMI
 
GERAKAN TIMUR:
Kalau terbabit pun apa salahnya, kerana Melayu macam Anwar wajib ditentang habis-habisan!!!

3 comments:

  1. Pembetulan, Nuar tak nafi. Nuar membuat laporan tayangan video lucah dan ugutan politik ke atas beliau dan keluarga. Yang berlakun tak salah. Yang salah tukang tayang.

    Sebab itu UMA kata patut ada satu laporan lagi berkaitan kes berzina....

    ReplyDelete
  2. Tuan,
    Dato' Shuib Lazim adalah sahabat karim Anwar semasa sama dalam UMNO. Mungkin banyak rahsia Anwar berada dalam tangan beliau.

    ReplyDelete
  3. hehehe... banyak punya spin aaa... bila unspinner nak unspin balik citer nuar ni? poning kepalo den. ish ish ish

    Jom sokong Suruhanjaya Siasatan Di Raja!

    Aku Yang Bingai
    18SX: Baru celup dah pancut?

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...