Bersama Berjuang

Tuesday, March 1, 2011

PRK KERDAU: RAKYAT TEMERLOH PULA YANG MENGELUH !


Dalam pencarian isu untuk PRK Kerdau, lain pula cerita yang GT terima dari orang tempatan. Ini dari rakyat Temerloh!

Pembaca semua pasti masih belum lupa tentang keganasan pelajar universiti dalam pilihanraya kampus yang berlaku baru-baru ini.  Selaku orang yang bertanggungjawab ke atas pengajian tinggi, Saifuddin kelihatan pro kepada pelajar2 yang mencetus onar ini.  


Mengapa nadanya dilihat mirip kepada corak propaganda Anwar?  Jelas bahawa AUKU adalah untuk memastikan pelajar fokus kepada pembelajaran mereka, bukan berpolitik.  Namun, gaya ala Anwar yang kita dengar darinya.  Agaknya, beliau juga menitiskan airmata sewaktu Anwar dihumbankan ke penjara akibat disabitkan bersalah atas tuduhan liwat pertamanya.  

Itu isu nasional.  GT menerima rungutan dari orang Temerloh bahawa semenjak beliau memegang Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, teramat susah untuk turun padang bertemu rakyat.  Diberitakan bahawa beliau hanya duduk di pejabatnya apabila berada di Temerloh.  Wah.. syoknya ber air-cond!  Tak apalah, mungkin kulit beliau sensitif kepada udara luar dan sinaran matahari!

Tapi yang memeranjatkan GT apabila diberitahu bahawa beliau kerap memberikan alasan apabila rakyat memohon bantuan-bantuan contohnya berkenaan Felcra dan Felda.  Jawapannya "IT IS NOT MY JOB!".  Ya Tuhan!!!  Benarkan senario ini terjadi?  Jawapan yang cukup memilukan andai ianya benar.  Bukan semua rakyat tahu prosedur.  Walaupun itu bukan bidang kuasa beliau, apakah terlalu sukar untuk membantu dari segi cadangan atau khidmat nasihat?  Rakyat mohon dibantu atas kapasitinya sebagai wakil rakyat mereka.  

PRU semakin hampir, rakyat Temerloh bakal menentukan wakil mereka nanti.  Jgn disebabkan individual performance, maka rakyat akan menolak Barisan Nasional.  PM pun sering turun membuat walkabout!  GT masih ingat kata-kata PM "Kalau Perdana Menteri boleh turun meninjau rakyat, takkan YB-YB lain tak boleh".  

GT bukan menteri amaran, sekadar memberi teguran.  DS Najib berhempas pulas mengembalikan kepercayaan rakyat, jgn pula ada yang melukakan hati rakyat kerna taruhannya cukup berharga!

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...