Bersama Berjuang

Monday, February 28, 2011

PRK KERDAU: CALON R&R PAS MANGSA CITA-CITA POLITIK TUAN IBRAHIM TUAN MAN?


Rupanya ada cerita disebalik calon rejected & recycled (R&R) PAS Kerdau. 

Tuan Ibrahim Tuan Man telah menolak apabila ditawarkan menjadi Pengarah PRK Merlimau disebabkan ingin bertanding di Kerdau.  GT juga menjangkakan perkara yang sama kerana beliau adalah calon yang berwibawa untuk PAS di Pahang, berdasarkan jawatannya sebagai Pesuruhjaya PAS Pahang.

Mesyuarat Penyelarasan Pilihanraya PAS menjadi kecoh apabila Tuan Ibrahim telah menolak untuk bertanding di Kerdau sedangkan itulah niat asal beliau.  Difahamkan beliau menarik diri akibat dari pencalonan Ustaz Syed Ibra untuk mewakili Barisan Nasional!

Medan mesyuarat menjadi kecoh apabila memutuskan untuk mencalonkan calon R&R.  Ada yang menyindir, tak kurang pula yg mempertikaikan.  Ada juga yang terus keluar dari mesyuarat berikutan keputusan ini.

Jelas bahawa beliau takut untuk bertanding menentang Ustaz Syed Ibra.  Latarbelakang akademik dan penerimaan masyarakat terhadap Ustaz Syed Ibra menggentarkan hati Tuan Ibrahim!!!  Padanlah ada beruk yang sebarkan cerita bahawa sijil akademik Ustaz Syed Ibra itu palsu!  Tuan Ibrahim ingin menjaga imejnya.  Andai beliau bertanding dan kalah, ini mgkin akan menjejaskan peluangnya dalam pemilihan agung PAS yang akan datang.  Apatah lagi ingin bertanding di PRU 13 nanti.

Tuan Ibrahim Tuan Man manusia juga.  Disebalik penampilannya, dia juga inginkan jawatan.  Ahli politik beb!!!  So, Hasanuddin adalah mangsa cita-cita politik beliau.  Kejam kan??? hehehehe....

Sahabat blogger Pisau.net membongkar DISINI.

Pssst.. Pssst... ada sesuatu yang wajib anda lihat pkul 10.00 nanti... tungguuuuu!

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...