Bersama Berjuang

Thursday, February 24, 2011

PETANDA RAKYAT MERU SEMAKIN MENOLAK KEPIMPINAN DR. RANI?


Semenjak GT menulis tentang perkara yang berlaku di DUN Meru, terdapat email2 pembaca yang memohon agar beberapa perkara didedahkan.  

Pembaca yang GT hormati, bukanlah niat GT untuk tidak menyiarkan berita tersebut, namun GT memerlukan bukti atau saksi.  Ini untuk menjaga kredibiliti blog ini.  Klu kena saman, siapa nak tanggung bro.. huhuhu...  Andai anda punya bukti dan saksi yang sanggup, GT bersedia membongkar isu2 yang anda utarakan.  

Terima kasih kepada seorang pembaca yang memberi maklumat terbaru mengenai DUN Meru.  Baru-baru ini, PAS Meru dibawah Dr. Rani telah membuat program Bersih di Dewan MPK Meru.  Program ini turut disertai oleh Majlis Perbandaran Klang, JKKK, wakil kilang2 di Meru dan juga ahli-ahli PAS dan PKR Meru.  Jumlah kehadiran cukup memeranjatkan... hanya sekitar 100 orang!!!  


Adakah ini satu petanda bahawa pengundi Selangor khususnya di Meru telah mula menyedari betapa PAS hanyalah keldai tunggangan PKR dan DAP?  Ingin GT nyatakan disini bahawa PAS telah memenangi DUN Meru dengan majoriti 5 ribu lebih.  Apa sudah jadi dengan PAS Meru?  Kemana hilangnya sokongan rakyat Meru?  Program ini dibuat pada hari Minggu, mustahil ramai yang bekerja. 

Perkembangan ini nyata merimaskan kepimpinan PAS Meru.  Ini berikutan beberapa siri ceramah mereka di DUN Meru tidak mendapat sambutan.  GT masih ingat ceramah di dewan orang ramai kg bukit kapar dimana founder of sheikh al anwar al juburi, Mat Sabu hadir berceramah.  Jumlah yang hadir sekitar 100.  Diikuti dengan ceramah di Kg Bukit Kerayong juga hanya cecah bilangan yang sama. 

Bro Gerakan Anti PKR dalam 3 siri artikelnya telah menyentuh isu signal penolakan rakyat terhadap PAS Selangor.  GT bersetuju dengan artikel itu berdasarkan sambutan masyarakat setempat terhadap ceramah PAS.   

PAS semakin ditolak oleh orang Melayu.  Gagahnya PAS bersuara sewaktu belum memegang kuasa hanya temberang semata-mata.  Hari ini, sebelum ayam berkokok pun rakyat tahu bahawa PAS akan bangkit di pagi hari untuk terus dikeldaikan oleh DAP.   PAS semakin tenat setelah mencampakkan konsep Negara Islam yang diperjuangkannya selama ini ke lubang jamban!!!  

Orang Melayu hari ini tergelak apabila Nicky Arjis memberitahu bahawa PAS berjaya mentarbiah DAPigs.  Hakikatnya di Selangor semakin banyak rumah urut, pusat hiburan.  Khalid Gereja pula sibuk mengunjungi kilang Carlsberg dgn cadangan2 memperluaskan perniagaan itu.  Hassan Ali hilang "jantannya" dgn berdiam diri sedangkan beliaulah yang beria-ia ingin menutup kilang Carlsberg itu sebelum ayam berkokok.  

PAS rupanya hanya pandai berkata-kata.  Apabila diberi kuasa, PAS terus gila!!!

1 comment:

  1. Hi :) Segala berita terkini mengenai PRK tersebut akan dikemaskinikan di blog Khas ini.

    Selain dari itu kami juga menyediakan pages (FB) khas juga iaitu di:

    http://www.facebook.com/pages/Pilihan-Raya-Kecil-Malaysia/198201610195352?

    dan facebook Group:

    http://www.facebook.com/home.php?sk=group_169414786440203

    dan juga Twitter:

    http://twitter.com/prkmalaysia

    dan juga yang Radio Merpati yang anda boleh dengarkan di blog:

    http://prkmsia.blogspot.com.

    Sebar-sebarkanlah kepada rakan blog anda. :) Selamat berjuang dan terima kasih.

    p/s: jangan lupa follow twitter, facebook dan blog kami

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...