Bersama Berjuang

Friday, February 25, 2011

DATUK SYED ALI ALHABSHEE BANTAI ZAFRUL!!!


Syed Ali cabar Tengku Zafrul meletakkan jawatan

KUALA LUMPUR 24 Feb. - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Maybank Investment Bank Bhd., Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dicabar supaya meletakkan jawatan jika sudah tidak lagi selesa bekerja di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, tindakan Tengku Zafrul dilihat seolah-olah memperlekehkan keputusan dan bidang kuasa Perdana Menteri yang melantik Tan Sri Mohd. Isa Samad sebagai Pengerusi Felda.

Sedangkan, kata beliau, Tengku Zafrul sendiri bekerja di bawah syarikat milik kerajaan (GLC) dan tidak wajar baginya untuk melemparkan kritikan keterlaluan terhadap sebuah GLC yang lain tidak kira atas dasar apa sekali pun termasuk peribadi.

"Malah bukan setakat keputusan Najib yang diperlekehkan Tengku Zafrul, beliau juga mempersendakan kelayakan dan pengalaman Mohd. Isa.

"Jika beliau mahu dilihat sebagai jaguh dan ingin bermain politik, maka saya cabar beliau melepaskan segera jawatan tersebut, tidak perlu berdolak-dalik dan bersembunyi di sebalik sehelai daun.

"Kalau Tengku Zafrul tidak faham politik, lebih baik diam dan tidak mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah beliau tidak sehaluan dengan pentadbiran Najib," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini, yang turut dimuatkan dalam blognya.

Dalam satu forum baru-baru ini, Tengku Zafrul mengeluarkan kenyataan yang mempertikaikan pelantikan Mohd. Isa sebagai Pengerusi Felda apabila mengatakan ia memberi isyarat kepada pasaran saham sehingga menyebabkan kebimbangan pelabur.

Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr. Zainal Aznam Mohd. Yusof juga dilaporkan turut mengkritik pelantikan tersebut.

Syed Ali turut kecewa dengan jawapan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar tentang isu itu apabila menganggap kenyataan Tengku Zafrul sebagai satu pandangan peribadi.
Beliau menegaskan, Abdul Wahid tidak perlu memberikan pelbagai alasan hanya untuk menjaga kepentingan Tengku Zafrul.

"Saya nak tanya Wahid, apakah penganjur forum tersebut menjemput Tengku Zafrul atas nama peribadi atau atas kapasiti selaku CEO Maybank Investment Bank Bhd.?

"Itu soalan mudah yang perlu dijawab oleh Wahid, tak payah nak memberikan pelbagai alasan yang tidak masuk akal," katanya.

Sehubungan itu, Syed Ali mahu Pengarah Urusan Khazanah Nasional (Khazanah), Tan Sri Azman Mokhtar mengambil perhatian serius terhadap perkara tersebut.

"Kalau Wahid takut bertindak, saya desak Azman mengambil tindakan sewajarnya terhadap Tengku Zafrul supaya dijadikan teladan kepada peneraju GLC supaya tidak mengeluarkan kenyataan ikut sedap mulut hanya kerana berasakan diri mereka terlalu pandai," katanya.

GERAKAN TIMUR:
Forum ekonomi, tentulah dipanggil berdasarkan kapasitinya dalam bidang ekonomi.  Tahniah kepada Datuk Syed Ali Alhabshee kerana membantai golongan yang tak tahu mengenang budi nih!!!


No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...