Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Begitulah derita jiwa Abang Man yang kemudian membawa diri dari Felcra Sekijang dengan sebungkus hati yang remuk.
Tak pernah Abang Man sangka, jawatan pengurus yang disandangnya tidak akan dapat memuaskan kehendak material isterinya.
Ya, isterinya Kak Mal. Masih segar dalam ingatan Abang Man, saat Kak Mal mengucup tangannya tanda perpisahan di Maktab Tuanku Bainun Pulau Pinang. Sekali tidak Abang Man menyangka, perpisahan itu adalah perpisahan abadi dalam rumahtangga mereka.
Sewaktu memandu pulang seorang diri, Abang Man terkenang lagu Sudirman yang dinyanyikan bapa mertuanya sewaktu membawa pulang perempuan Siam dengan penuh bangga.
Ya, Kak Mal akan kembali. Tetapi tidak Abang Man menduga, Kak Mal akan menuruti jejak langkah ayahandanya dan membawa pulang sekeping hati yang telah dipangkah oleh mamat boria Pulau Pinang.
Tak dapat Abang Man ceritakan bagaimana perasaannya bila Kak Mal minta dilepaskan. Abang Man hanya mampu membungkus helai-helai uniform Mary Brownnya yang mana termampu dan berjalan buat kali terakhir di antara pokok-pokok sawit sambil berhenti membetulkan papan tanda koperasi penduduk yang habis duitnya dibelasah bapa mertuanya.
13 belas tahun peristiwa berlalu, dan kini hatinya terguris kembali menatap wajah Kak Mal yang sudah berjaya di dada akhbar. Kejayaan yang berpunca dari pengorbanannya melepaskan Kak Mal pergi ke Maktab Tuanku Bainun untuk belajar menjadi guru. Pengorbanannya yang dibalas dengan tuba oleh Kak Mal.
Tidak dapat Abang Man bayangkan, habis minyak hampas sawit Kak Mal campak begitu sahaja. Tak dapat juga Abang Man bayangkan, saat dia bertungkus lumus mencari rezeki menampung keluarga, Kak Mal berlari-lari dengan Mat Ouf Boria mengelilingi Komtar dan bercanda di pasiran Batu Feringghi.
Tetapi Abang Man tetap redha dan sesekali pun tidak pernah berdendam walau sekian lama dia berendam air mata. Dan bila rindu terus mencengkam, Abang Man akan nyanyikan lagu Maya oleh Sudirman sambil mengenang bekas bapa mertuanya yang kini sudah beristeri dua, satu di Malaysia dan satu di Indonesia.
Hati Abang Man sentiasa dengan bekas ibu mertuanya yang semakin tersiksa makan hati berulam jantung siang dan malam.
(Kisah ini hanya rekaan semata-mata tiada kaitan dengan yang masih hidup atau yang telah mati)
Sumber: Kickdefella
No comments:
Post a Comment
Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!