Sekalipun Malaysiakini cuba memberikan laporan baik tentang perhimpunan Pakatan di Dataran MBSA, namun apa yang berlaku sebenarnya tidak sama seperti yang dilaporkan oleh portal berita yang sangat bias kepada Anwar Ibrahim.
Jumlah 400 orang yang dikatakan oleh Malaysiakini sebenarnya harus dibahagikan dua. Atau dengan kata lain, jumlah yang datang, sebenarnya tidak sampai pun 400 orang seperti yang didakwa sebaliknya jumlah yang ada sekitar 200 orang sahaja.
Apa-apa pun, jumlah yang datang terutama pada hari bekerja, bukanlah ukuran sebenar kekuatan parti... ini ayat lama yang masih digunapakai oleh UMNO sendiri!!!
Apa yang hendak dikatakan ialah, PKR selama ini hanya bercakap deras tentang kekuatan mereka. Tanpa pembabitan PAS, PKR sebenarnya hanyalah sebuah parti ikan bilis yang bukan sahaja mati akibat dipatuk ular besar, digilis mentibang pun, PKR terpaksa dikuburkan.
Peristiwa DUA STADIUM pada Ahad lepas, menceritakan tentang kekuatan PAS. Ketika TV3 yang merupakan milik UMNO mengadakan acara Anugerah Juara Lagu di Stadium Bukit Jalil dengan puluhan ribu menjadi penonton, PAS pula menganjurkan solat hajat yang dihadiri belasan ribu di Stadium Melawati.
Sedangkan PKR, hanya mampu beretorik dengan cerita kuasa Menteri Besar mereka sekaligus memberikan kuasa yang lebih besar kepada DAP yang menjadi tok dalang di belakang mereka.
Sumber - The Flying Kick
No comments:
Post a Comment
Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!