Bersama Berjuang

Saturday, January 8, 2011

NGO TERBARU - SEDAR : LAHIR HASIL KEHAPRAKAN PKR!!!



Roshanita Mohd Basir merupakan salah seorang pejuang politik wanita yang menggoyahkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau menyertai KeADILan pada 1999 berikutan semangat juang yang ada pada beliau ketika itu, membela pemimpin yang disangkakan "pejuang".  

Setelah banyak bersabar dengan karenah pemimpin-pemimpin PKR yang hanya tahu menjadi "langau", tidak menghargai jasa orang lain, tikam belakang dan cah keting - beliau membuat satu keputusan yang cukup menakutkan PKR - keluar parti pada PRK Hulu Selangor yang lalu yang sedikit sebanyak memberi impak kepada suasana pilihanraya waktu itu.


Beliau tidak sanggup melihat PKR menggadai agama dan maruah bangsa demi politik, mengenepikan hak pribumi hanya kerana mahukan sokongan pengundi bukan Melayu - akhirnya beliau bertindak keluar PKR!!!

Buku diatas dengan 30 muka surat mendedahkan mengapa beliau meletakkan jawatan AJK Biro Strategi PKR Perak (Perang Saraf), sekali gus keluar dari PKR.  

Hari ini, beliau bergerak dibawah NGO baru - SEDAR, yang mendukung Rukun Negara sebagai paksi perjuangannya.  GT doakan agar beliau terus berjaya dalam gerakannya, demi agama, bangsa dan negara.  

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...