LABIS 24 Jan. - Masyarakat di kawasan tanah rancangan Felda Tenang di sini benar-benar berang, geram dan kesal dengan perbuatan Pas memburukkan nama perkampungan itu dengan sanggup mempolitikkan kematian salah seorang pimpinan UMNO di kawasan tersebut.
Bagi mereka, penipuan Pas yang kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak 'lupa menziarahi' jenazah Setiausaha UMNO Cawangan Kolam Air Felda Tenang, Allahyarham Abdul Latif Subhi Mohd. Din, 61, ketika lawatan kerja Perdana Menteri pada 18 Januari lalu merupakan fitnah besar yang mengguris perasaan keseluruhan peneroka di Felda itu.
Lebih melukakan hati mereka ialah terhadap satu lagi fitnah nyata Pas melalui edisi kedua akhbar Buletin Tenang itu, kononnya jenazah Allahyarham tidak diuruskan orang kampung yang sibuk meraikan kedatangan Perdana Menteri sehinggakan kononnya ia diuruskan rombongan jentera parti itu yang turut melawat jenazah. Sehubungan itu, penduduk Felda Tenang menuntut Pas supaya meminta maaf secara terbuka kepada mereka berikutan fitnah yang disebabkan menerusi risalah dan Internet itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Felda Tenang, Darham Daud yang ditemui untuk mengulas penipuan Pas itu hari ini menegaskan:
"Pas sepatutnya minta maaf, kalau berani mestilah membetulkan fakta terhadap fitnah yang dilemparkan terhadap masyarakat di Felda Tenang. Datang dahlah tidak memberi salam, kemudian tunjuk kurang ajar dan tidak tahu nak meminta maaf. Mana-mana orang Pas boleh keluar (dari Felda Tenang) dan jangan hendak masuk lagi ke sini, kita tidak perlukan mereka."
Hari ini, Utusan Malaysia membongkarkan taktik kotor Pas itu yang melakukan penipuan dan putar belit mengenai kematian Allahyarham Abdul Latif Subhi.
Selain memfitnah Perdana Menteri dan menghina penduduk kampung dengan dakwaan tidak menguruskan jenazah, Buletin Tenang terbitan Badan Perhubungan Pas Johor itu turut mendakwa kononnya imam Masjid An-Nur, Mohd. Shariff Hassan tidak mengutamakan solat jenazah sebab meraikan kedatangan Perdana Menteri.
Buletin itu mendakwa solat jenazah terpaksa diimamkan salah seorang jentera Pas yang melawat jenazah Allahyarham bersama rombongan jentera parti itu termasuk calonnya, Normala Sudirman.
Paling melampau apabila Pas mendakwa jenazah Allahyarham sengaja dibiarkan di masjid itu tanpa diuruskan kerana mahu menunggu kedatangan Perdana Menteri, suatu pembohongan yang menyedihkan isteri arwah, Maimunah Hendon dan keluarganya.
Hakikatnya, jenazah tiba dari Hospital Segamat ke masjid tersebut pada pukul 12 tengah hari dan selepas itu menunggu waktu zuhur untuk disembahyangkan dan tiada kena mengena dengan lawatan Perdana Menteri.
Menurut Darham, penduduk sangat kecewa terhadap Pas kerana sanggup menjadikan kematian sebagai isu politik hanya semata-mata untuk mencari undi.
"Perkara seperti ini tidak pernah berlaku di Felda Tenang sejak ia dibuka lebih 30 tahun lalu, saya tidak dapat bayangkan bagaimana mereka tergamak masuk ke kampung orang dan melakukan perkara tersebut. Saya kecewa kerana penduduk sebenarnya tidak mempunyai masalah untuk menguruskan jenazah, bukan sahaja anak tempatan, orang luar pun kami bantu untuk uruskan jika ada waris yang meminta untuknya dikebumikan di Felda Tenang," katanya.
Menurut Darham, masyarakat di Felda Tenang mahu hidup dengan aman dan tidak mahu ketenangan di kampung tersebut diganggu oleh orang luar yang tidak tahu budi pekerti dan makna hormat-menghormati.
Sumber: Utusan Malaysia
KLU AKU JADI ORG KG TU LA..AKU JITAT JEK PALE SEKOR2 PUAK SESAT TU KEHKEHKEH
ReplyDeletepemimpin pas ni kalau blh yg mana berstatus ulamak celaka mcm nik aziz tu elok beruagama hindu atau buddha jer.jd ulamak hindu atau buddha lagi baik sebab dia org lagi perihatin terhadap penganut mereka dan org mereka...ini yg islam ni bahaya...kafir org la..doa bala org la..sesama melayu dia ckp islam plastik la...masjid buat mcm kandang babi la.....ermmmm agak2 islam meemrintah nanti zina dunia halal agaknya..zina kat akhirat je haram sebab tak pasti
ReplyDeleteahahahahha.... sapa yg berang??? penduduk ke atau korg yg berang... x puas ka suap fitnah kat org lain???.. tahniah blogger paling kaya fitnak ... nadi rakyat keni atau racun rakyat??? sekutu gomo la katakan sama la tu
ReplyDelete