Bersama Berjuang

Thursday, January 6, 2011

KANDUNGAN MEMORANDUM OLEH GAPS


 
MEMORANDUM

Menyedari bahawa dalam sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan yang diamal dinegara ini telah memberikan kuasa kepada DYMM Sultan Selangor kuasa eksekutif untuk memperkenankan mana-mana perlantikan tiga jawatan terpenting pentadbiran negeri iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.

Sesungguhnya tindakan mempolemikkan isu perlantikan SUK hanyalah untuk mencabar wibawa dan kedudukan Institusi Raja-Raja Melayu terutamanya DYMM Sultan Selangor.

Menyedari Menteri Besar telah sembah derhaka kepada DYMM Sultan Selangor dan menipu seluruh rakyat Negeri Selangor dengan mengubah,  memutar belitkan dan memanipulasi titah perintah DYMM Sultan Selangor seperti yang diterangkan semula oleh Yang Setia Setiausaha Sulit DYMM Sultan Selangor dalam kenyataan Istana Selangor bertarikh 4hb Jan 2011. 

Jelas bahawa apa jua yang diperkatakan oleh Menteri Besar adalah satu permainan politik yang cuba menipu rakyat.

Oleh yang demikian -

1.  Kami mendesak  Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan barisan Exco yang menyokong beliau iaitu Yaakop  Sapari, Xavier Jayakumar, Teresa Kok, Rodziah Ismail dan Halimah Ali agar berhenti mempolemikkan dan mempolitikkan isu pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai SUK.

2. Kami mendesak agar Menteri Besar Selangor bersikap professional dengan melayan kakitangan awam Negeri Selangor dengan baik, berhikmah dan berperikemanusian kerana mereka merupakan tulang belakang utama kepada kemajuan, keamanan dan kesejahteraanNegeri Selangor Darul Ehsan.

3. Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim adalah seorang PENDERHAKA RAJA MELAYU, PEMBOHONG RAKYAT DAN MENGADU DOMBA POLITIK DALAM PENTABIRAN NEGERI. Kami rakyat Negeri Selangor telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau. Dengan ini Kami mendesak Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim meletakkan jawatan dengan segera.
 
Mewakili NGO dan rakyat Selangor yang prihatin
 
Hamidzun Khairuddin
Pengerusi
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
5hb Januari 2011

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...