Bersama Berjuang

Thursday, December 2, 2010

"WAN AZIZAH - JGN MAIN API !!!" - GERAKAN BELIA 4B SELANGOR


Marah dan kesal dengan kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang diibaratkan menghina agama Islam kerana mahu menghapuskan konsep ketuanan Melayu, kira-kira 30 ahli Belia 4B Selangor berhimpun membuat bantahan di sini hari ini.

Bantahan aman selama 10 minit bermula pukul 10.15 pagi di pekarangan Kompleks Belia dan Sukan di Seksyen 7 itu menyaksikan gambar Wan Azizah dikoyak dan dicampak ke dalam tong sampah.

Mereka juga turut membawa beberapa sepanduk antaranya tertulis ungkapan, Wan Azizah Jangan Main Api, Jangan Kacau Ketuanan Melayu serta Pembohong dan Khianat sambil melaungkan daulat tuanku.

Setiausaha Terhormat Belia 4B Selangor, Mohamad Zaini Md. Taha berkata, bantahan itu merupakan detik permulaan sebagai gambaran dan peringatan bukan sahaja kepada Wan Azizah tetapi semua tidak mengira bangsa dan agama yang menyentuh "Ketuanan Melayu".

''Kami mungkin mengambil tindakan lebih keras dengan membakar gambar Wan Azizah dan bendera PKR jika perkara tersebut terus dipersoalkan.

''Kami juga akan mengumpul tanda tangan dari semua kawasan untuk meminta Datuk Seri Anuar Ibrahim dilucutkan sebagai penasihat ekonomi Selangor," katanya selepas mengadakan perhimpunan aman di sini hari ini.

Beliau menambah, walaupun jumlah yang hadir kecil tetapi bakal menjadi pencetus untuk mengingatkan orang Melayu bahawa gerakan perlu dilakukan sekarang bagi mempertahankan hak-hak dalam Perlembagaan Negara apabila ada bangsa sendiri mula tidak mengendahkannya.

Wan Azizah ketika berucap pada Konvensyen PKR di Petaling Jaya baru-baru ini mengumumkan pendirian parti itu bahawa tidak akan meneruskan konsep ketuanan Melayu. Beliau mendakwa ia hanya slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdayakan kaum itu demi kepentingan diri sendiri.


GERAKAN TIMUR:
Syabas Belia 4B.  Nyatakan kebenaran itu.  Jangan lupa sebab musabab penubuhan Gerakan Belia 4B!!!

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...