Bersama Berjuang

Thursday, November 25, 2010

TITAH YDPA TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN KEPADA WARGA UiTM


Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah pada Adat Istiadat Konvokesyen UiTM yang ke 73, mengingatkan warga UiTM supaya sentiasa bekerjasama dan mengelak dari perpecahan sesama sendiri.  Baginda mahukan semua warga faham akan dasar dan pendekatan UiTM sekaligus menyokong hala tujunya.

Peringatan YDPA ini bagi GT adalah untuk memastikan anak Melayu dan anak Bumiputera agar mendapat kemudahan pembelajaran yang bagus, seterusnya dapat melahirkan graduan-graduan Bumiputera yang mempunyai daya intelektual yg tinggi.  

UiTM yang sebelumnya dikenali sebagai Dewan Latehan RIDA sebenarnya adalah "hasil" dari kemerdekaan.  RIDA yang merupakan kependekan Rural and Industrial Development Authority, dibentuk pada tahun 1950 untuk membantu menaik taraf ekonomi penduduk Bumiputera.  Dewan Latehan ini merupakan inspirasi Dato' Onn bin Ja'afar, hasil dari lawatannya ke Ceylon (sekarang Sri Lanka), pada tahun 1951. 

Teringat GT pada satu babak dalam HATI MALAYA apabila Dato' Onn berkata pihak Inggeris sudah bersetuju untuk membantu menubuhkan RIDA.  

Inilah pusat pengajian Melayu yang tinggal, warisan dari kemerdekaan, namun cuba dibuka kepada warga immigrant oleh Kalid Gagap.  Mangkuk ayun punya kalid!!!  Awas, walaupun UiTM dapat dikekalkan hak miliknya, namun pembangkang telah lama bersarang didalamnya.  Lebih bahaya, GT mendapat tahu bahawa ada dikalangan warganya yang tidak segan silu menyebarkan fahaman politik songsang pembangkang, walaupun waktu itu mereka sedang dibayar oleh kerajaan untuk mendidik anak bangsa.  

Tak percaya??? Tanya Blogger McTheory kat SINI.  Tanyalah dia punya pengalaman...

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...