KLANG 25 Nov. - Bekas Ketua Angkatan Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor (gambar) menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ancaman sebenar kepada kestabilan kaum dan masa depan negara berdasarkan percaturan politiknya.
Menurut Mohamad Ezam, Anwar melakukan pembohongan serta membangkitkan perasaan kebencian antara kaum hanya untuk mendapatkan sokongan bagi membolehkan beliau menjadi Perdana Menteri.
Katanya, tindakan Penasihat PKR itu tidak boleh diterima sama sekali kerana ia jelas bertentangan dengan semangat dan perjuangan pemimpin terdahulu yang membentuk perpaduan dengan sifat kejujuran, kasih sayang serta prinsip setiakawan.
"Kita tidak boleh bina negara ini dengan pembohongan, sifat tidak jujur dengan menyatakan perkara-perkara yang palsu. Anwar merupakan seorang yang paling bahaya, dia akan rosakkan kita (Melayu, Cina dan India) dengan pembohongan. Adakah orang seperti ini mahu kita jadikan sebagai pemimpin negara," katanya ketika berucap dalam ceramah bertajuk 'Siapakah Anwar Ibrahim' anjuran MCA Bahagian Kelang di sini malam tadi.
Tambah Mohamad Ezam, percaturan politik tidak bertanggungjawab Anwar itu dilihatnya sendiri apabila pemimpin pembangkang itu mengarahkannya untuk 'menyerang' Dasar Ekonomi Baru (DEB) kononnya sebagai punca kepada amalan rasuah di negara ini.
Katanya, ketika itu Anwar mahu beliau menghina dasar tersebut selain membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan orang Cina dan India terhadap DEB serta kerajaan Barisan Nasional (BN).
"Dia (Anwar) mahu saya hina (DEB), barulah orang India dan Cina sokong beliau. Saya kata kalau tidak setuju dengan kerajaan, jangan hina DEB. Tapi Anwar nak dapatkan sokongan, dia mewujudkan perasaan benci kaum Cina dan India terhadap DEB dan kerajaan," jelasnya.
Kata Mohamad Ezam lagi, percaturan politik itu menurut Anwar harus dilakukan kerana Penasihat PKR itu mengakui bahawa amat sukar untuk mendapatkan sokongan orang Melayu untuk membolehkannya berkuasa.
Jelasnya, Anwar ketika itu menyatakan bahawa untuk mendapatkan sokongan Melayu sepenuhnya mungkin sukar dan paling banyak pun hanya 60 peratus akan sokong beliau, manakala 40 peratus tetap menyokong UMNO.
"Kata Anwar, kalau menaikkan kemarahan orang Cina dan India mungkin boleh mendapat 80 hingga 90 peratus sokongan kaum itu dan kalau tak dapat Putrajaya, dapatkan beberapa buah negeri," dedahnya lagi. Mohamad Ezam menyifatkan percaturan politik Anwar itu merupakan satu strategi jahat yang akan merosakkan negara dan hubungan antara kaum kerana ia menyemai kebencian di kalangan rakyat.
Sumber - Utusan Online
GERAKAN TIMUR:
Bangsat ko anwar... Anwarnirrajimmmmmmm....
salam bang,kini strategi yg sama dilakukan di Sarawak. PKR semaikan benih kebencian terhadap Melayu/ melanau di kalangan Dayak. Perkara ini perlu kita dedahkan kerana ia bukan sahaja merbahaya kpd keharmonian kaum tetapi juga agar kaum dayak tidak menjadi mangsa pembohongan.
ReplyDeletesudah la ezam... sy malu dengan sikap, prinsip kow 2... kow sanggup melacur perjuangan kow sendiri demi dunia dan perut kow 2...
ReplyDeleteTeruskan perjuangan saudara ezam dan tegakkan kebenaran yang dianggap konspirasi oleh pakatan.Hidup perjuangan untuk bangsa Melayu.Tak bermakna penindasan untuk bangsa lain.
ReplyDeleteSesiapa sahaja yang pernah bekerja dgn. Anwar Ibrahim tahu betapa liciknya beliau berpolitik. Selagi cita2nya belum tercapai, selagi itulah Anwar mengunakan kesempatan meraih simpati dgn. taktik kotornya. Memecah belahkan masyarakat dan kaum. Ketua2 Bahagian UMNO diseluruh Malaysia sepatutnya memainkan peranan menyedarkan rakyat hingga ke akar umbi dikawasan masing-masing, berani mengeluarkan kenyataan kpd. media2 mengenai segala kepincangan, kesongsangan,pengkhianatan kpd. bangsa dan agama. Banyak Blogger2 penyokong kerajaan telah dan sudah memainkan peranan melalui laman sesawang manakala ramai pengundi2 yang tidak melayari laman sesawang masih banyak diluar sana. Peranan Ketua Bahagian UMNO diperlukan menghebahkan segala kepincangan serta pengalaman menyokong Anwar pada masa lalu, kebanyakkan Ketua UMNO Bahagian masih lagi tidur atau takut kpd. bayang2 Anwar atau pernah disogok oleh Anwar pada masa lalu atau diarah utk berdiam diri. Saya amat kagum dgn. Bloger2 penyokong kerajaan yang berani dan telus utk mempertahankan kedaulatan negara drp. dilacurkan oleh pengkhianat agama, bangsa dan negara.
ReplyDeleteSaya anak Malaysia, dilahirkan diMalaysia, dibesarkan diMalaysia dan rela berkorban utk MALAYSIA.