UMNO Selangor telah melancarkan Roadshow Selamatkan Selangor Darul Ehsan bermula minggu lepas.Di dalam ceramah tersebut saya telah mendedahkan bagaimana penyelewengan KSSB terhadap pengeluaran pasir dan dalam masa yang sama saya juga menyentuh tentang isu air yang masih belum ada kesudahannya.
Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor atau Projek Langat 2 ini adalah hasil usaha Kerajaan Persekutuan dalam memastikan Selangor tidak akan mengalami krisis air menjelang 2014.Kerajaan Persekutuan telah membelanjakan hampir 2 billion setakat ini untuk memastikan projek ini berjalan mengikut apa yang dirancang.Tujuan projek ini adalah utk membawa air dari Pahang ke Selangor.Kajian terperinci telah dibuat sekiranya kita tidak membuat projek Langat 2 ini, Selangor akan mengalami krisis air menjelang 2014.Kerajaan Persekutuan telah meluluskan budget untuk projek ini dengan menjadikan kawasan Langat sebagai pusat rawatan air.Projek ini telah dimulakan dan terowong untuk laluan air juga telah dibina di negeri Pahang malangnya sampai di negeri Selangor air tidak boleh masuk.
Apa yang menjadi persoalannya adalah mengapa kerajaan negeri Selangor sanggup memperjudikan masa depan rakyat dan negeri Selangor? Bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya bekalan air tidak mencukupi di Selangor nanti.Apabila krisis air berlaku, pelabur-pelabur tidak akan datang melabur di Selangor dan secara tidak langsung kemajuan di negeri Selangor akan terbatas.Masalah ini bukan hanya akan dialami oleh pelabur-pelabur ini tetapi juga rakyat selangor khasnya.
Ada yang mengatakan "Biar tak ada api, jangan tak ada air".Saya secara peribadi bersetuju dengan kata-kata tersebut kerana tanpa air semua kerja sukar untuk dilakukan.Kerajaan Persekutuan melalui Menteri yang berkaitan telah menemui Menteri Besar untuk perbincangan lanjut.Malangnya Menteri Besar bersikap seperti Talam Dua Muka apabila didepan kita berjanji untuk meneruskan projek tersebut tetapi selepas Mesyuarat Exco semua yang dijanjikan hanya tinggal janji.
Apalah gunanya menjadi seorang Menteri Besar dari parti yang memerintah tetapi tiada kuasa untuk membuat keputusan.Hanya sekadar menjadi kuda tunggangan kepada DAP yang kita tahu apa perancangan mereka seperti yang mereka lakukan di Pulau Pinang.Apakah nasib kita di Selangor akan sama dengan nasib mereka di Pulau Pinang?
Saya cabar Menteri Besar Selangor supaya mendedahkan siapa konsultant yang memberi nasihat kepada beliau yang Selangor tidak akan mengalami krisis air sehingga 2019.Apa gunanya menubuhkan Suruhanjaya kerana projek ini telah berjalan di Pahang? Kenapa masalah pasir tidak ditubuhkan Suruhanjaya untuk menyiasat penyelewengan yang telah berlaku.
Saya merujuk kepada artikel Badrul Amin di dalam Sinar baru-baru ini dengan mengatakan bahawa Selangor bukan menghadapi krisis air tetapi berdepan dengan kenaikan kadar air kerana keengganan Kerajaan Persekutuan menyerahkan konsesi air kepada kerajaan negeri Selangor.Saya nak mengatakan bahawa Badrul Amin ini tidak faham apa yang dimaksudkan dengan lesen air dan konsensi perjanjian air.
Untuk konsensi air, Syarikat Syabas tidak boleh menaikkan kadar air tanpa persetujuan kerajaan negeri.Ertinya sebarang kenaikan kadar air di Selangor mesti mendapat persetujuan daripada pihak kerajaan negeri sebelum kadar air tersebut dinaikkan.
Untuk negeri yang "under license", ianya terbalik iaitu, kerajaan negeri tidak boleh menaikkan kadar air tanpa mendapat persetujuan daripada Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri di bawah pakatan pembangkang seperti Kedah,Kelantan dan Pulau Pinang telahpun menghantar surat permohonan kepada Suruhanjaya Air untuk menaikkan kadar air di negeri masing-masing.
Disini jelas memperlihatkan bahawa mereka ini tidak memahami apa yang mereka katakan dan saya berharap rakyat Selangor tidak akan terpengaruh dengan kenyataan yang berbau politik.Kita harus bercakap soal realiti bukannya cuba mengaburi mata rakyat dengan mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan.Kita harus melihat masa depan dan bukannya siapa yang akan memerintah.Soalnya siapa juga yang akan memerintah, demi kepentingan rakyat dan kemajuan Selangor kalau berlaku krisis air dan tiada pelabur masuk siapa yang akan susah?
Inilah Pakatan Rakyat.Mereka sanggup menjadikan rakyat sebagai satu alat.Membiarkan rakyat menderita asalkan masalah tersebut boleh dikaitkan dengan Kerajaan Persekutuan.
Pena Noh Omar
Kelana Jaya
Gerakan Timur:
Apa lah yang susah sangat untuk luluskan sahaja projek air ini. Kos akan ditanggung oleh Kerajaan Pusat. Satu sen haram pun Fuckatan tak perlu keluarkan duit. Tapi inilah dasar fuckatan, dah terbiasa membangkang, satu projek untuk rakyat pun mereka nak sabotaj. Masihkah anda ingat, bagaimana Kalid Gagap @ Sahak Gobek merampas hak anak yatim dan fakir miskin, dan menafikan hak bumiputera untuk sebuah lagi UiTM di Serendah? Kali ini air pun dia nak rampas jugak. Mmg MB paling bodoh pernah ada di Selangor!!!
Tak sangka ye, ramai orang politik malas belajar dan membaca. Tapi, ada juga doktor dan peguam yang hilang ilmu profession masing-masing akibat berpolitik. Dr Wan pun tak tahu arsenic kata Tun M. Ada pula yang bawa politik kedalam profession masing-masing. Macam Karpal buat mahkamah sebagai pentas politik.
ReplyDeleteMenteri Besar selangor tu memang dah tetaplah bodoh dia. Semasa dalam alam korporat dahulu, penasihat dia memang pakar dalam bidang masing-masing. Dia tak perlu fikir. Anak buah tolong fikirkan buat dia. Sekarang dia nak buat macan tu juga? Ini kali penasihat dia adalah orang-orang politik yang bernilai hanya RM 1 dan kebawah.
agbr47: Badrul Amin dan Nizar, utas jelmaan DAP.
Khalid malas nak fikir Dato Seri sibuk layan Bini No.2.
ReplyDeletenak katakan bebal cam baghal si Khalid ni melampau sangat lah bunyi nya. tapi tu lah yang layak untuk dia. rakyat selangor bukan agenda utama pakatan tak sah ni. yang depa tau temolok dan poket depa mesti kenyang. rakyat sengsara ke apa ke depa apa peduli. rakyat selangor kena ubah cara pk. ni lah akibatnya marahkan nyamuk kelambu di bakar. tak puas hati dengan BN undi pakatan. sekarang apa rasa sedap ke???
ReplyDeletenak katakan bebal cam baghal si Khalid ni melampau sangat lah bunyi nya. tapi tu lah yang layak untuk dia. rakyat selangor bukan agenda utama pakatan tak sah ni. yang depa tau temolok dan poket depa mesti kenyang. rakyat sengsara ke apa ke depa apa peduli. rakyat selangor kena ubah cara pk. ni lah akibatnya marahkan nyamuk kelambu di bakar. tak puas hati dengan BN undi pakatan. sekarang apa rasa sedap ke???
ReplyDelete