Bersama Berjuang

Wednesday, March 13, 2013

TERKINI: 2 Yang Gugur Terima Penghargaan, Dan Diterbangkan Ke Kota Bharu Untuk Pengkebumian



Pesawat yang sama akan menerbangkan kedua-dua jenazah ke Kota Bahru untuk dikebumikan di kampung halaman mereka di Kelantan.

Anggota yang terkorban ialah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, berasal dari Kampung Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan, manakala anggota yang cedera di pipi ialah Khairul Anuar Amar, 35, dari Langgar, Kedah.

Jenazah dua anggota tentera yang terkorban dalam Operasi Daulat menentang pengganas Sulu di Lahad Datu semalam, tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini hari ini.

Pesawat C-130 milik TUDM yang membawa jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Ahmad Farhan Roslan, 21, mendarat sejurus sebelum 8 pagi.

Ahmad Hurairah terkorban dalam pertempuran dengan pengganas di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu manakala Ahmad Farhan terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Jalan Lahad Datu-Chenderawasih ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan dalam operasi itu.

Kementerian Pertahanan memutuskan bahawa kedua-dua perwira negara itu dinaikkan ke pangkat koperal penuh.

Al-Fatihah...

1 comment:

  1. aku nak tengok PORK NICK datang ziarah tak ????

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...