Bersama Berjuang

Friday, February 21, 2014

Darah Ayam Teknik Pengalihan Isu Oleh Teresa Kok Dek Skandal RM1Billion Yg Belum Terjawab!


Jawatan sebagai pemimpin atau wakil rakyat bukanlah untuk manusia yang tidak tahu adab dan adat. Seorang pemimpin atau wakil rakyat seharusnya mempunyai karisma dan pengetahuan yang cukup serta pandai menyesuaikan diri mengikut tempat dan keadaan. 

Malangnya, hari ini kita melihat begitu ramai ‘apek jual ikan’ dan ‘nyonya jual sayur’ memegang jawatan sebagai wakil rakyat mahupun pemimpin negeri. 

Justeru, tidak hairanlah Malaysia kini menjadi berserabut dan riuh-rendah seperti pasar.  Pada Tahun Baru Cina yang lepas, tidak cukup dengan kita terpaksa menahan sabar dengan kebisingan bunyi mercun di sana-sini, kita juga turut diganggu dengan keriuhan video ‘satira’ nyonya Teresa Kok yang begitu gembira sekali meraikan Tahun Baru Cina dengan mengejek orang.

Sebagai respon kepada ‘satira’ Teresa Kok, ia disambut dengan ‘satira penampar RM1,200 dan menyembelih ayam’ oleh orang-orang Melayu.  

Malangnya, Teresa Kok tidak faham ‘satira demonstrasi bantahan’ tersebut dan menganggapnya sebagai ugutan 13 Mei. 

Dalam usaha membela diri, Teresa Kok menyatakan bahawa orang-orang Melayu telah tersalah faham maksudnya kerana orang-orang Melayu tidak faham bahasa Mandarin. Nampaknya, Teresa Kok juga tersalah faham satira balas orang-orang Melayu kerana beliau tidak fasih Bahasa Melayu.  Buktinya adalah surat rasmi dari pejabat Teresa yang pernah memenuhi internet pada tahun 2010 dahulu akibat Bahasa Melayu yang lintang pukang seperti bukan rakyat Malaysia. 

Walaupun semuanya hanya ‘satira’, namun Teresa Kok ingin memastikan isu ini diperpanjangkan.  Harapan Teresa Kok ialah keriuhan isu satira ini akan membantu menutup pendedahan mengenai penglibatannya dalam projek RM1 billion oleh Goldsino Investment di atas tanah Yayasan Selangor. 

Lagipun, Teresa suka dengan publisiti yang diperolehi di mana beliau kini seolah-olah menjadi ‘hero’ hanya kerana pandai mengejek orang Melayu. 

Bagi memastikan watak ‘hero’nya menjadi lebih dramatik, maka Teresa perlu memasukkan unsur-unsur samseng di dalam penceritaan.  Dengan akal tahap nyonya jual sayur, Teresa tidak mampu mencari idea lain untuk menjadikan dirinya lebih ‘hero’ melainkan mengikut skrip biasa DAP, iaitu ‘menerima ugutan’. 

Di dalam Malaysia ini, parti DAPlah yang paling sering menerima ugutan.  Apabila saja pemimpin mereka terdesak dan terperangkap dalam sesuatu isu, maka bersedialah untuk mendengar berita yang mereka menerima ugutan.  Selama hayat DAP, entah berapa kali kita mendengar si Karpal Singh menerima peluru. Hannah Yeoh juga kononnya pernah menerima ugutan hanya kerana kes tidak sensitif terhadap ibu mengandung.  Begitu juga dengan Teo Nie Chin, walhal namanya pun hampir tidak dikenali di kalangan rakyat marhaen.   

Nampaknya, walaupun Anwar Ibrahim sering mewar-warkan yang nyawa beliau dalam bahaya tetapi Anwar juga tidak menerima ugutan sepertimana DAP.  Hanya DAP sahaja yang sering menjadi sasaran tukang ugut. 

Di dalam Malaysia ini juga, parti yang sering dikaitkan dengan sikap suka mengugut atau lebih tepat ‘mengilas tangan’, ialah DAP.  Beberapa pemimpin dan ahli DAP yang bertindak keluar parti juga mengakui perkara ini.   

Pendek kata, skrip drama ugut-mengugut ini adalah skrip asal DAP.  Sikap DAP yang gemar membela penjenayah juga membuktikan yang parti itu telah biasa dengan taktik ugut-mengugut.   Apatah lagi dengan ‘adegan’ simbah cat di pejabat Teresa Kok.  Seperti yang kita tahu, menyimbah cat adalah sinonim dengan taktik para ‘Along’ yang mana turut dikaitkan sebagai rangkaian DAP, berdasarkan percambahan aktiviti gelap sejak PR memerintah Selangor. 

Justeru, apabila Teresa Kok atau Karpal Singh atau Teo Nie Ching atau Hannah Yeoh menjerit kononnya menerima ugutan, rakyat melihatnya sebagai satu ‘satira’ sahaja. 

Nasihat kita kepada DAP, kalau pun terdesak sangat ingin mengulangi 13 Mei tetapi takut untuk memulakannya, tak perlulah menggunakan skrip sitcom ugut-mengugut yang sama kerana ia tidak kelakar lagi.  Sendiri ugut, sendiri takut, sendiri buat, sendiri tanggunglah.  Tak perlulah bising-bising menyalak macam anjing!

Bagaimanapun, sekiranya benar pemimpin DAP itu semua telah diugut, maka mungkin mereka perlu melihat kembali rangkaian penjenayah yang telah dibela oleh peguam-peguam DAP dan PKR selama ini.  Mana tahu, kalau-kalau ada yang ‘tersinggung’ dengan mereka. 

Selain itu, tidak semestinya ugutan itu bermotif politik.  Mana tahu kalau-kalau projek RM1 billion Teresa mempunyai masalah sehingga menaikkan kemarahan orang-orang tertentu?  Bukan begitu?

Politik Sarawak, Biarlah Anak Sarawak Yang Tentukan!!!


Ketua Pergerakan Pemuda Pusaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Fadillah Yusof mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan laman sesawang sebagai wadah untuk melemparkan fitnah dan memburuk-buruk pucuk pimpinan negeri Sarawak.

Beliau melalui kenyataan akhbar yang diedarkan semalam berkata, tindakan mengumpul petisyen untuk dihantar kepada Ke Bawah Duli Yang di-Pertuan Agong, bagi membantah cadangan perlantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud, sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak bertentangan dengan kehendak dan suara majoriti rakyat Sarawak.

Menurut beliau, cadangan perlantikan tersebut dilakukan kerana majoriti rakyat Sarawak mahu memberikan tanda penghormatan kepada beliau yang banyak berjasa kepada rakyat bumi kenyalang itu.

Fadilah turut menjelaskan, Taib Mahmud mempunyai rekod cemerlang sepanjang tempoh menerajui Sarawak selama 33 tahun dan berjaya melonjakkan ekonomi Sarawak dengan menyaksikan jumlah pelaburan sebanyak RM28 bilion. Jumlah tersebut dikatakan mampu meletakkan Sarawak sebagai negeri terkaya di Malaysia.

“Pemuda PBB menganggap tindakan pihak berkenaan yang membuat pelbagai andaian berbaur fitnah terhadap Pehin Sri Haji Abdul Taib, sebagai keterlaluan dan harus dikecam. Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadap pucuk kepimpinan negeri Sarawak yang juga Presiden PBB itu tidak berasas sama sekali dan lebih bermotifkan berkepentingan politik” katanya.

Menurut Fadilah, Pemuda PBB yakin majoriti rakyat Sarawak tidak mahu pihak luar yang menentukan, siapa yang seharusnya dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri Sarawak dan siapa yang patut menjadi Ketua Menteri.

Beberapa kumpulan NGO pembangkang yang sebilangan besarnya dari semenanjung sebelum ini, menyatakan bantahan terhadap cadangan tersebut. Kumpulan tersebut antara lainnya merayu sokongan masyarakat agar menyokong petisyen bantahan terhadap Taib Mahmud.

Malah Pemuda Pas Pusat turut sama menyatakan sokongan terhadap bantahan tersebut dengan memberikan gambaran buruk terhadap Ketua Menteri itu.

Tuesday, February 18, 2014

Serangan Bersepadu Ke Atas Islam Dan Melayu - Pembangkang Sedang Tuai Hasil!!!


Kes-kes penghinaan terhadap bangsa Melayu dan Islam di negara ini terus berterusan hasil gerak kerja pakatan pembangkang.

Setiap hari ada sahaja kes tangkapan oleh polis terhadap mereka yang memaki hamun serta mencaci cerca samada raja-raja Melayu, Islam mahupun orang Melayu.

Komen-komen yang penuh dengan rasa benci, marah dan penghinaan ini memenuhi ruang siber di jaringan sosial seperti facebook, tweeter, blog serta komen-komen di bawah sesuatu artikel di dalam internet.

Terbaru seorang perempuan India berusia 27 tahun  ditahan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan yang menghina Sultan Selangor di dalam halaman facebooknya.

Ini bukan perkara baru malah bermula sejak Anwar Ibrahim dibebaskan dari Penjara Sg Buloh pada 2004.
Dalam usaha untuk melawan UMNO dan Barisan Nasional, Anwar menyekutukan PKR dengan Pas dan Dap dalam satu pakatan pembangkang.

Pada ketika blog menjadi kegilaan masyarakat untuk menulis apa sahaja yang mereka terfikir mengenai sesuatu isu samada politik, agama, sosial, dan sebagainya.

Pembangkang mengguna peluang ini untuk menyebarluaskan pengaruh dan pemikiran mereka secara agresif.
Melalui pasukan siber, mereka mempengaruhi minda rakyat dengan penulisan yang penuh dengan unsur fitnah dan tohmah.

Rakyat termakan dengan cerita rekaan Anwar dan pembangkang mengenai isu rasuah, penyelewengan dan pembaziran serta gaya hidup mewah pemimpin kerajaan.

Hasilnya pada Pilihan Raya Umum 2008, BN kehilangan lima negeri termasuk Kelantan.

Selepas menawan Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak (untuk seketika), pembangkang memperhebatkan lagi strategi dan propaganda mereka menyerang kerajaan.

Kini jaringan sosial seperti facebook dan tweeter sudah muncul dan mereka mengeksploitasi landasan sosial baru ini dengan sepenuhnya.

Kali ini mereka tidak berhenti memainkan isu rasuah dan penyelewengan tetapi memgembangkan serangan mereka meliputi sosok peribadi raja-raja Melayu, menghina orang Melayu dan Islam secara terang-terangan dan lebih berani atau 'daring'.

Di samping organisasi-organisasi bukan kerajaan seperti Bersih yang didokong olen pertubuhan Yahudi antarabangsa menyalurkan dana yang besar untuk menyerang kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Polis DiRaja Malaysia (SPRM), Kementerian Dalam Negeri dan sebagainya.

Parti-parti pembangkang pula mengatur strategi untuk menimbulkan keradaan huru hara dan ketegangan dalam negara dengan menganjurkan pelbagai perhimpunan dan demonstrasi untuk menaikkan kemarahan rakyat.

Mereka menggunakan isu-isu seperti kenaikan harga minyak dan kos sara hidup, pinjaman PTPTN dan lain-lain isu untuk sengaja menyerang kerajaan walhal dalam setiap isu kerajaan telah mengambil inisiatif dan langkah yang sewajarnya untuk mengatasi apa jua masalah.

Pembangkang memilih jalan rusuhan jalanan daripada dialog dan kompromi untuk menjayakan agenda mereka menumbangkan sebuah kerajaan sah yang dipilih secara demokratik.

Pembangkang juga menggunakan organisasi sebagai Comango untuk mempertikaikan negara ini sebagai sebuah negara orang Melayu dan Islam sebagai terasnya dengan membawa isu-isu sensitif yang menyentuh kesucian Islam kepada forum antarabangsa.

Comango berkempen agar masyarakat dunia mengutuk Malaysia kerana mengamalkan syiar Islam dan nilai-nilai serta adat ketimuran.

Mereka mahu Malaysia menjadi sebuah negara seperti di Eropah dan Amerika Syarikay di mana perkahwinan sejenis dibenarkan, budaya gay dan lesbian boleh bergerak bebas, fahaman yang merosakkan pemikiran manusia seperti liberalisme juga diajar di sekolah dan institusi pengajian tinggi di negara ini.

Ini adalah agenda yang dibawa olen Anwar selepas dibebaskan dari penjara.

Tujuan beliau ialah untuk menukar sistem demokrasi dan raja berperlembagaan kepada sistem republik di mana tiada lagi hak-hak istimewa orang Melayu dan Islam tidak lagi menjadi agama persekutuan.

Anwar tidak sayangkan bangsa Melayu atau negara ini.

Asalkan beliau boleh menjadi perdana menteri, apa cara sekali pun adalah halal baginya.

Menjahanamkan bangsa dan agama tidak mengapa bagi Anwar asalkan impian di hatinya tercapai untuk duduk di kerusi empuk di Putrajaya. 

Bapak Ekstremis Yang Pengecut!!! Ptuuuuiiihhhhhhh!!!!


Entah kenapa terasa loya tekak apabila membaca blog Kit Siang pada 16 Februari lalu yang menyeru rakyat Malaysia agar “Cintai Malaysia, Selamatkan Malaysia” (Love Malaysia, Save Malaysia).  Kit Siang menyeru sedemikian kononnya untuk menentang sekumpulan kecil rakyat ‘tidak berjiwa Malaysia, yang giat menyemarakkan semangat perkauman. 

Biarpun seruan tersebut adalah seruan yang murni, namun, kita mempunyai masalah untuk mencernanya kerana Kit Siang itu sendiri langsung tidak berjiwa Malaysia. 

Kit Siang yang kita kenali adalah pencetus rusuhan kaum 13 Mei.  Sehingga kini, Kit Siang tidak pernah merasa bersalah ataupun menyesali tragedi itu, malah menafikan pula penglibatannya serta berusaha mengubah sejarah. 

Parti Kit Siang menolak sejarah negara ini sehingga ke tahap enggan mengiktiraf kedudukan tulisan jawi dalam sejarah negara.  Parti Kit Siang enggan menerima hakikat bahawa teras identiti negara adalah bangsa dan budaya Melayu, yang merupakan penduduk asal.  Kit Siang lebih selesa berbahasa Inggeris dan lebih gemar memperjuangkan Bahasa Mandarin.  Kit Siang inginkan perpecahan antara kaum kekal melalui sekolah-sekolah vernakular.  Kit Siang juga terus mempertikai Hak Istimewa Melayu dan agama Islam sebagai agama rasmi negara yang menjadi formula perpaduan terbaik, sekali gus, tonggak identiti Malaysia. 

Sifat perkauman Kit Siang semakin terserlah sejak Akta Hasutan dihapuskan di mana penyokong Kit Siang-DAP-PR begitu giat memprovokasi, mencabar dan menghina Melayu, Raja-raja Melayu dan agama Islam di laman-laman sosial mereka.   

Pendek kata, tiada apa-apa yang ‘Malaysia’ di dalam diri Kit Siang melainkan Cina dan Cina semata-mata. Oleh itu, apabila Kit Siang berkata ‘cintai Malaysia’, kita terasa begitu loya. 

Satu perkara mengenai Kit Siang atau DAP ialah mereka gemar menggunakan ayat samar atau umum dalam memperkatakan sesuatu isu.  Sekiranya mereka ingin mengutuk Melayu, mereka akan merujuk kepada UMNO dan jika mereka ingin memperjuangkan Cina, mereka merujuk diri mereka sebagai rakyat Malaysia (Malaysians).  Dengan cara ini, mereka boleh menafikan bahawa tindakan mereka adalah rasis sekiranya diserang balas. 

Apa jua strategi mereka, matlamat DAP hanya satu, iaitu merampas kuasa politik Melayu. 

Dalam usaha itu, parti ini telah dengan sengaja menyemarakkan isu kalimah Allah. Tumpuan utama DAP adalah untuk merebut Sabah dan Sarawak yang majoriti penduduknya adalah Kristian.  Maka, saban hari isu ini dimainkan di semua media pembangkang seolah-olah ia merupakan isu hidup dan mati penganut Kristian. Kononnya, kerajaan tidak memberi kebebasan beragama, UMNO parti rasis manakala pemimpin UMNO pula tidak menepati slogan kesederhanaan. 

Biarpun isu tersebut telah diputuskan oleh mahkamah, Kit Siang dan partinya mengambil sikap tidak peduli dengan undang-undang dan terus menyemarakkan keadaan dengan berbagai tuduhan terhadap kerajaan, UMNO, Melayu dan umat Islam.  Setiap kali melancarkan serangan, Kit Siang bersembunyi di sebalik nama ‘Malaysian’, dan bukan Cina - sambil mengutuk ‘UMNO’, dan bukan Melayu. 

Justeru, apabila orang Melayu bertindak balas dengan mensasarkan kepada DAP dan orang-orang Cina, maka Kit Siang akan menuduh UMNO sebagai rasis, orang Melayu sebagai pengganas manakala orang Islam itu ekstrem.

Namun, apapun label yang Kit Siang berikan kepada orang-orang Melayu, ia tidak mengubah hakikat bahawa Alvivi adalah penyokong DAP, begitu juga dengan anak-anak muda Cina yang menterbalikkan bendera Malaysia dengan bangga.  Ia juga tidak mengubah hakikat bahawa kalimah Allah tidak pernah menjadi isu sehingga pihak Kristian menuntut penggunaannya dan mencabar undang-undang. 

Dalam kata lain, bukan orang-orang Islam atau Melayu yang menghina Injil, Jesus atau perayaan dan agama orang-orang Cina di laman-laman sosial.  Bukan orang Islam yang menghalang orang Cina atau Kristian untuk mengamalkan agama mereka.  Bukan pemimpin Melayu Islam yang merampas tanah dan perniagaan bangsa lain. 

Tetapi orang bukan Islam yang menyuruh guru dan penyanyi Islam membuka tudung sekiranya ingin bekerja dengan mereka.  Orang bukan Islam yang melanggar undang-undang dan mencabar perlembagaan. Pemimpin bukan Islam yang menindas orang Melayu Islam dengan merampas tanah dan perniagaan mereka.

Justeru, pihak manakah yang ekstrem atau pengganas di sini?  Islam atau bukan Islam?

Jelas sekali, pihak bukan Islamlah yang sengaja ingin mencetuskan ketegangan bagi mengumpan tindak balas dari orang Islam.  Umpan tersebut akhirnya membawa hasil apabila Molotov koktail dilempar di gereja dan kepala khinzir diletakkan di masjid. 

Tidak dapat dipastikan angkara siapakah semua ini dan tidak mustahil ia adalah angkara pihak ketiga yang ingin melihat rusuhan kaum berlaku di negara ini. 

Namun, angkara siapapun ia, sedarkah kita bahawa semua ini tidak akan berlaku jika orang-orang bukan Islam yang sependapat dengan Kit Siang benar-benar menghayati identiti Malaysia serta akur kepada undang-undang dan perlembagaan. 

Malang sekali, Kit Siang adalah seorang yang tidak bertanggungjawab dan pengecut. Beliau hanya berani membaling batu dari belakang komputernya sambil membuat provokasi dan mencabar kerajaan melalui rangkaian dan penyokongnya, tetapi di masa yang sama, beliau menyembunyikan tangannya.  Kini, apabila keadaan semakin getir, beliau pula yang terhegeh-hegeh ingin berjabat tangan dengan BN, konon untuk ‘bekerjasama demi perpaduan dan keamanan negara’.   

Untuk pengetahuan Kit Siang, rakyat tidak sebodoh penyokong-penyokong DAP. Majoriti rakyat boleh membaca strategi DAP melalui blognya.  Apa yang jelas, DAP adalah sebuah parti ektremis Cina yang zalim lagi hipokrit yang sanggup menggadaikan nyawa rakyat dan kemakmuran negara demi kuasa politik Cina. 

Wednesday, February 12, 2014

Teresa Kok Perlu Saman DAP Insider!!! #DAPbiadap


Baru-baru ini, Teresa Kok diangkat lagi menjadi ‘hero’ DAP hanya kerana berjaya menjadikan Tahun Baru Cina sebagai platform untuk mengejek kepimpinan negara.  Video Tahun Baru Cina Teresa membuatkan rakyat lupa tentang hakikat bahawa kedudukan CEC DAP masih belum sah dan bahawa kepimpinan DAP telah memanipulasi ahli-ahli dan perwakilan mereka sendiri. 

Hari ini, kepemimpinan tertinggi DAP sibuk membela Teresa dan gembira apabila isu mengejek pemimpin berjaya menutup isu CEC.  Hujah pembelaan DAP ialah video Teresa tidak rasis dan ungkapan ‘Malay-sie’ telah disalah-terjemahkan dan tidak bermaksud untuk menghina Melayu. 

Jika DAP ingin bermain dengan hujah ini, maka kita juga boleh berhujah bahawa memandangkan Perdana Menteri adalah Melayu, maka ejekan Teresa Kok tetap dianggap sebagai penghinaan terhadap semua orang-orang Melayu.  Dengan itu, isu ini pun akan berterusan tanpa ada penyelesaian.  Manakala, sejumlah kecil wang yang ditawarkan untuk menampar Teresa Kok hanya akan menjadikan beliau sebagai hero yang lebih besar bagi Chauvinis DAP dan tidak akan menyelesaikan ‘pertengkaran’ ini.

Justeru adalah lebih penting bagi kita untuk memahami perkara pokok tentang Teresa Kok, jika kita benar-benar ingin menyelesaikan isu ini.  

Penghinaan Teresa terhadap Perdana Menteri atau orang-orang Melayu bukanlah akar-pokoknya, tetapi bunga yang sedang berbuah.   Jika kita ingin menentang Teresa Kok bukan dengan melayan karenah kebudak-budakkannya yang sengaja mengajak kita bertengkar, tetapi dengan menangani agendanya. 

Baru-baru ini blog DAP Insider mendedahkan tentang siapa itu Teresa Kok.  Nampaknya, di sebalik kontroversi video Tahun Baru Cina yang mempersoalkan integriti kepimpinan sehinggalah ke beg tangan Datin Seri Rosmah, Teresa sebenarnya menyembunyikan sampah yang lebih busuk lagi di dalam beg tangannya sendiri. 

Menurut blog tersebut, Teresa mempunyai proksi perniagaan dan melakukan korupsi yang besar di Selangor.  Projek yang berkenaan adalah berjumlah RM1 billion di dua bidang tanah milik Yayasan Selangor di Dengkil PT39693 yang disewakan pada kadar RM25,000 sebulan kepada sekolah agama swasta, dan di Kuala Kubu Bahru PT521 yang disewakan kepada PLKN dengan kelengkapan 2 kem, pada kadar RM700,000.  Kedua-duanya dianggarkan seluas 40 – 50 ekar.   

Pada 14 Disember 2011 Yayasan Selangor secara tiba-tiba menerima surat dari Goldsino Investment Development Limited dari Zhuhai China untuk membina Solar Photovaltaic Power Plant di atas kedua-dua tanah tersebut.   Dari surat itu yang  turut dilampirkan oleh DAPInsider, jelas dinyatakan bahawa syarikat itu telah terlebih dahulu berbincang dengan Teresa Kok mengenai projek tersebut. 

Pada 19 Disember 2011, Yayasan Selangor mengeluarkan memo untuk melakukan ‘company search’ ke atas syarikat Goldsino. 

Pada 22 Disember 2011, Yayasan Selangor mengeluarkan ‘Letter of Intent’ (LOI) kepada Goldsino. 

Pada 27 Disember 2011 Memorandum Persefahaman (MOU) mengenai urusan dengan TNB ditandatangani  oleh pihak Yayasan dan Goldsino. 

Apa yang berlaku membuktikan ada sesuatu yang tidak kita dalam projek ini.  Antara yang paling jelas ialah ia diberikan secara ‘runding terus’ iaitu tanpa tender terbuka.  Bayangkan, dengan jumlah projek yang menjangkau RM1 billion, keputusan untuk menandatangani MOU hanya dibuat selepas beberapa hari menerima LOI.  Malah, difahamkan ketika upacara menandatangani MOU tersebut, hanya seorang dari pihak Goldsino yang hadir. 

Lazimnya, bagi sesebuah projek sebesar ini, apatah lagi yang melibatkan pelaburan dari negara luar, proses perundingan sahaja memakan masa bertahun-tahun.  Ia juga seringkali melibatkan berbagai pihak termasuk dari kerajaan kedua negara, selain dari pakar-pakar yang berkaitan dengan projek terbabit. 

Namuh, projek Goldsino nampaknya begitu ‘istimewa’ di mana keputusan boleh dibuat dalam masa yang singkat tanpa membabitkan begitu banyak pihak. 

Perkara inilah yang dibangkitkan oleh DAPInsider yang percaya bahawa Teresa Kok mempunyai proksi di dalam Goldsino.  Blog itu juga berjanji akan menyambung pendedahan ini secara lebih ekslusif. 

Soalnya, apakah Teresa Kok akan menjadikan dirinya sebagai ‘hero’ dalam isu ini pula? Apakah DAP akan terus membela Teresa Kok dari pendedahan ini?  Bagaimanakah DAP boleh menjelaskan soal ‘rundingan terus’ dalam projek ini sedangkan DAP yang sering melalak melolong kononnya mengamalkan tender terbuka bagi semua projek untuk ‘mengurangkan kos’ dan menepati slogan ‘ketelusan’? 

Kesimpulannya, video Tahun Baru Cina Teresa Kok hanya dibuat untuk melalaikan kita terhadap perkara remeh sementara DAP menyamun dan merampas apa saja selama PR berkuasa dan tanpa disedari oleh rakyat. 

Sudah sampai masanya rakyat diasuh agar lebih peka dan tidak mudah terpengaruh dengan emosi kerana DAP sememangnya hanya bermain dengan emosi kita.  Ada baiknya, jika kita melebihkan penggunaan akal dan tidak terbawa-bawa dengan sesuatu isu remeh sehingga mengabaikan isu yang lebih besar. 


Hakikatnya, kita menentang Teresa Kok bukan sahaja kerana beliau rasis, tetapi kerana beliau menggunakan isu rasis bagi mengaburi isu korupsi dirinya dan partinya. 

#PRKKajang: Anwar Munafik Jika Jadi MB Selangor? Atau Penyokongnya? #PKRkacaubilau



Keputusan Anwar untuk bertanding di PRK Kajang menimbulkan kemarahan rakyat termasuk dari pihak penyokong dan NGO rangkaian PR sendiri.  Rata-rata rakyat melihat ia sebagai langkah politik paling terdesak dan kotor kerana sanggup membazirkan wang rakyat sekali gus.  Keputusan ini membuktikan  yang parti pembangkang tidak mengambil peranan wakil rakyat sebagai sesuatu yang serius. 

Semua orang boleh mengagak keputusan tersebut adalah bagi membolehkan Anwar menjadi Menteri Besar Selangor.  Pada awalnya, Anwar telah menafikan hal tersebut dan menepisnya sebagai spekulasi. 

Namun, ternyata kini bahawa ‘menafikan’ sesuatu yang telah atau akan dilakukannya merupakan sikap semulajadi Anwar.  Dalam kata lain, Anwar adalah sejenis manusia yang tidak boleh berkata benar. 

Dalam wawancaranya dengan Australia Network’s Newsline kelmarin, Anwar mendedahkan strateginya untuk menjadi Menteri Besar Selangor bagi membolehkan beliau menjadikan negeri  itu sebagai model kepimpinannya.   Menurut Anwar, Selangor adalah negeri paling kaya, paling berkesan dan paling popular dan beliau akan menggunakannya untuk menunjukkan bagaimana cara memerintah yang baik dan telus. Jelas, Anwar memang berniat dan merancang untuk menjadi Menteri Besar sejak dari awal. 

Sikap lidah bercabang Anwar membuatkan kenyataannya dipandang sinis oleh rakyat yang peka dengan permainan politik manusia Anugerah Tuhan ini.  

Selama perjuangan Anwar, kita lihat beliau sering memilih jalan belakang, gemar menafi tetapi kemudian membuat U-turn, sentiasa bercakap lain di hadapan satu pihak dan perkara yang bertentangan pula di hadapan pihak lain. 

Anwar boleh menjadi pro-Zionis dan pro-Islam sekali gus, Anwar boleh menjadi pejuang Islam dan pejuang hak LGBT dalam masa yang sama, atau pejuang Melayu dan pejuang penghapusan hak bumiputera mengikut masa dan tempat di mana beliau berada. 

Anwar boleh berkata yang beliau tidak ingin menjadi Menteri Besar pada satu ketika, dan kemudiannya berkata yang beliau akan menjadi Menteri Besar dua tiga hari selepas itu. 

Justeru, apa jaminan yang beliau mampu menunaikan janji untuk menjadikan Selangor sebagai model pemerintahan yang baik dan telus sekiranya beliau berjaya menjadi MB? Apakah jaminan yang beliau tidak akan melakukan sebaliknya, iaitu menjadi pemerintah yang kejam dan korup? 

Sifat menipu dan korupsi tidak mungkin dapat dipisahkan.  Orang yang tidak telus dalam urusannya akan terpaksa hidup dalam penipuan bagi menutup kegiatannya. Memandangkan menipu dan Anwar juga tidak dapat dipisahkan, maka tidak salah rasanya jika kita mempersetankan saja janji Anwar untuk memerintah dengan baik dan telus itu. 

Anwar punya peluang untuk membuktikan beliau seorang pemerintah yang baik dan telus pada suatu ketika dahulu.   Namun, peluang itu telah digunakannya untuk menjadikan dirinya dan sanak-saudaranya kaya dalam sekelip mata.  Beliau juga hampir membankrapkan negara kerana terlalu taksub kepada dasar-dasar IMF dan tunduk kepada Amerika. 

Hari ini Anwar ingin meminta peluang lagi untuk menjadi Menteri Besar dan peluang itu pula direbut dengan cara yang kotor. 

Jika niatnya kotor, caranya juga kotor, maka bagaimana kita boleh percaya yang Anwar mampu menjadi pemerintah yang bersih? 

Persoalan kini ialah, apakah rakyat Selangor benar-benar sanggup mengangkat si munafik ini sebagai Menteri Besar?  Sudahlah munafik, peliwat pula.  Sudahlah peliwat, perasuah pula.  Sudahlah perasuah, tidak bijak ekonomi pula.   Pendek kata, Anwar mungkin mempunyai kualiti sebagai seorang pemimpin tetapi malangnya, beliau tidak mampu menjadi pemimpin yang berkualiti. 

Tanpa apa-apa jawatan, Anwar hanyalah seorang manusia munafik yang gagal dalam hidupnya.  Inilah yang membuatkan Anwar takut sekali menjelang rayuan kes liwatnya untuk kesekian kali. 

Monday, February 10, 2014

Kit Siang Asyik Sebut 13 Mei... 13 Mei... 13 Mei... Apa Maknanya?


Jika kita membaca blog Lim Kit Siang semenjak dua menjak ini, maka kita terasa seolah-olah masalah perkauman di Malaysia benar-benar meruncing dan rusuhan kaum boleh berlaku bila-bila masa.  Mana tidaknya jika sejak hampir sebulan lalu, zikir harian Kit Siang hanya 13 Mei, 13 Mei, 13 Mei…

Kit Siang mengajak kerajaan BN bekerjasama dengannya untuk menghalang 13 Mei, kerana menurutnya ada pihak rasis di kalangan penyokong UMNO yang bersungguh-sungguh cuba mencetuskan 13 Mei berdasarkan tindakbalas terhadap ADUN PKR dalam isu kangkung dan kini dalam isu video Teresa Kok pula. 

Kit Siang menyalahkan pihak yang bertindak balas itu kerana telah menjadikan ‘gurauan’ atau ‘satira’ pemimpin Pakatan Rakyat sebagai isu perkauman dan menyalahkan DAP. Sedangkan, menurut Kit Siang, tindakan kedua pemimpin PR itu bukannya bermotifkan perkauman. 

Apa yang Kit Siang tidak faham ialah, rakyat sudah semakin matang dan telah mengenali siapa Kit Siang dan siapa DAP iaitu sebuah parti yang wujud atas semangat komunis dan hidup atas semangat ketuanan Cina.  Rakya dapat membaca apa di sebalik semua kejadian ini. 

Lim Kit siang adalah salah seorang pencetus 13 Mei.  Biarpun beliau cuba menafikan sejarah, namun sejarah tidak pernah menipu.  Yang menipu adalah Kit Siang.  Kit Siang bukan sahaja tidak pernah merasa bersalah kerana mencetuskan 13 Mei, malah menafikan penglibatan beliau -  seolah-olah penyapu yang diikat di kenderaan dalam peristiwa tersebut bukanlah simbol untuk menghalau Melayu, tetapi sekadar untuk mencuci jalanraya. 

Hari ini Kit Siang kembali bercakap tentang 13 Mei, tentang kononnya ada usaha dari pihak orang-orang Melayu, khususnya penyokong UMNO untuk mengulanginya.  Namun, Kit Siang tidak pula menyebut bahawa sekiranya apa yang dikatakannya itu benar, maka ia adalah hasil dari provokasi pihaknya juga. 

Kit Siang tahu bahawa isu kalimah Allah akan mengguris hati orang-orang Melayu, tetapi DAP terutamanya anak Kit Siang sendiri, iaitu Lim Guan Eng, sengaja menimbulkannya.  Kit Siang tahu bahawa penindasan ke atas orang-orang Melayu termasuk peniaga-peniaga Melayu di Pulau Pinang mencabar kesabaran orang Melayu, tetapi anak Kit Siang, Lim Guan Eng tetap merampas tanah dan perniagaan mereka juga.  Kit Siang juga tahu bahawa segala provokasi pejuang siber DAP yang tidak henti-henti menghina Melayu, Islam, kerajaan dan Raja-raja akan menyakitkan hati orang-orang Melayu tetapi Kit Siang tetap membiarkannya. 

Hari ini, Kit Siang membela Teresa Kok biarpun video pemimpin DAP itu menaikkan kemarahan orang-orang Melayu. 

Nampaknya Kit Siang bukannya ingin menghalang 13 Mei, tetapi beliau sebenarnya ingin mengulanginya. 

Secara tidak langsung, Kit Siang seolah-olah memberi pilihan kepada orang-orang Melayu sama ada untuk membiarkan diri mereka diejek, dihina, ditindas dan dipijak oleh DAP atau bertindak balas.  Jika bertindak balas, maka Kit Siang akan menyalahkan orang-orang Melayu dan kerajaan kerana enggan memberi perhatian kepada amaran awalnya. 

Bagaimanapun, apa yang Kit Siang gagal fahami ialah, tidak semua orang-orang Cina berada di belakangnya.  Orang-orang Cina menolak BN dalam PRU yang lalu bukan kerana suka kepada cara Kit Siang, tetapi kerana teruja dengan janji-janji DAP untuk menghapuskan kuasa politik Melayu.  Namun, lebih dari itu, orang-orang Cina juga sebenarnya lebih mengutamakan ‘untung’ dari segala-galanya.   

Mengulangi peristiwa 13 Mei tidak akan membawa keuntungan kepada sesiapa, termasuk orang Cina.  Malah, orang Cina mungkin menjadi pihak yang paling rugi.  Lihat sahaja apa yang berlaku di Indonesia apabila rakyat melepaskan dendam yang terpendam ke atas orang-orang Cina dalam Reformasi Indonesia 1996-1999.  

Kita percaya, orang-orang Cina tidak mudah terpedaya dengan Kit Siang.  Semakin hari, semakin ramai di kalangan ahli-ahli DAP sendiri yang ‘serik’ dengan Kit Siang anak beranak.  Ini terbukti apabila seorang demi seorang dari ahli dan pemimpin parti itu yang tampil membuat aduan, mendedahkan salah laku dan juga keluar dari parti.

Selain itu, secara dasarnya, orang Cina di Malaysia sudah terbiasa dengan cara terbuka dan lembut kerajaan BN dan tidak boleh menerima cara pemerintahan Kit Siang anak beranak yang ‘ala komunis’, kalaupun tidak ala diktator Maharaja Cina dahulu kala.  Oleh itu, kita percaya bahawa orang Cina juga tidak akan mudah dihasut untuk mencetuskan 13 Mei.  Hari ini, semakin ramai yang bangkit menyatakan tidak senang dengan tindakan DAP, terutama Teresa Kok. 

Nasihat kita kepada Kit Siang, berhentilah berpura-pura baik dengan mengajak kepada perpaduan.  Lakonan itu tidak lagi mampu menipu sesiapa.  Justeru, berjuanglah dengan cara yang betul melalui pilihanraya yang sah.  Amatlah kejam sekali bagi seorang pemimpin tertinggi parti untuk mengharapkan kepada rusuhan kaum semata-mata untuk merampas kuasa. 

Namun sebelum itu, selesaikanlah dahulu isu CEC dan pastikan DAP tahu mengira sehingga 2,000 dahulu sebelum bermimpi untuk memerintah negara. 

Thursday, February 6, 2014

Laporan Polis Ke Atas Rafizi Ramli Kerana Memfitnah UMNO!


Satu laporan polis telah dibuat oleh Pergerakan Pemuda UMNO Hulu Langat ke atas Rafizi Ramli berikutan dakwaannya bahawa UMNO Selangor adalah pihak yang bertanggungjawab merancang, membenarkan serta melakukan perbuatan melontar "molokov cocktail" ke dalam gereja-gereja.

klik gambar untuk imej yang lebih jelas

Pada hemat GT, tuduhan Rafizi Ramli ini cukup berat, seolah-olah UMNO mahu mencetuskan huru hara. Walhal, hakikat sepanjang perjalanan kemerdekaan negara ini, UMNO adalah tunjang kepada kestabilan masyarakat majmuk sehingga wujud petualang-petualang yang berpaksikan anasir-anasir luar. 

Tahniah kepada Pergerakan Pemuda UMNO Hulu Langat yang tampil berani mencabar fitnah dari Fuckatan Harami. 


PRK Kajang: PAS Berani Rebut Kerusi MB Selangor? KahKahKahKahKah....


Di sebalik polemik perebutan kuasa dalaman yang melanda parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika ini, rakyat khususnya di Selangor sedang melihat mengenai ura-ura yang mengatakan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bakal menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar yang baharu.

Isu tersebut turut dibangkitkan oleh kepimpinan Pas pusat dan Pas negeri Selangor yang menegaskan jawatan tersebut perlu diberikan kepada parti itu sekiranya PKR berhasrat ingin melakukan perubahan tampuk pemerintahan kerajaan negeri.

Namun disebabkan penegasan itu juga, ia telah menimbulkan rasa kurang senang di kalangan pimpinan, penyokong dan ahli PKR. Mereka mungkin merasakan kenyataan itu telah menghina Anwar yang selama ini telah digambarkan sebagai pemimpin yang hebat dan tiada tolok bandingnya.

Sebagai contoh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor melalui kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, menyelar kenyataan yang dibuat oleh Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kayat yang tidak bersetuju sekiranya Anwar diangkat sebagai Menteri Besar Selangor.

“AMK Johor juga tidak nampak sekiranya DSAI (Anwar) diangkat menjadi Menteri Besar Selangor akan memudaratkan rakyat Selangor itu sendiri. Kita tawarkan pemimpin berpengalaman luas untuk negeri Selangor dan secara tidak langsung akan memantapkan lagi kerjasama parti pendukung PR khususnya di Selangor,” katanya.

Suhaizan sebelum ini menegaskan Pemuda Pas menyokong Anwar sebagai calon PKR untuk kerusi DUN Kajang, namun itu tidak bermakna, Pemuda Pas turut bersetuju dengan cadangan untuk melantik Anwar sebagai Menteri Besar Selangor.

Gusar dengan perkembangan tersebut, Ketua Penerangan Pas Pusat, Mahfuz Omar segera meminta agar isu ini segera dihentikan. Menurutnya ia bagi menjaga air muka Khalid yang masih menyandang jawatan tersebut.

"Kamu jangan jatuhkan maruah MB (Khalid). Hormat beliau. Beliau masih MB Selangor. Kita boleh bincang apabila tempat itu kosong. Sekarang kita bincang tentang PRK Kajang sebab tempat itu kosong," katanya semasa sidang akhbar semalam.

Menurut Mahfuz isu mengenai siapa calon Menteri Besar Selangor yang baharu hanya akan dibincangkan sekiranya kerusi yang menjadi rebutan itu kosong.

Status Khalid sebagai Menteri Besar Selangor mula dipertikai sejak bekas ADUN Kajang Lee Chin Cheh bertindak mengosongkan kerusi itu untuk memberi laluan kepada Anwa.

Keputusan itu diambil dipercayai bagi merintis jalan kepada Anwar untuk menggantikan Khalid.

Kesimpulannya Pas dan PKR saling berbalah bagi merebut jawatan. Malah perebutan itu juga secara tidak langsung membuktikan Pas sudah tidak lagi percaya dengan ketokohan Anwar sebagai pemimpin seperti yang sering diwar-warkan sebelum ini.

Pada mereka, Anwar bukanlah seorang tokoh pemimpin yang hebat seperti yang disangka. Ini kerana sekiranya aura Anwar masih lagi kuat, masakan Pas selaku rakan sekutu di dalam PR menentang cadangan untuk melantik Anwar sebagai MB.

Itu pun kalau PAS berani setelah dibuktikan berkali-kali bahawa mereka "samikna wa atokna" kepada Anwar. 

Apa Strategi Tony Pua Kepada Penjawat Awam? 23 Korban Pertama di PKNS?


Tindakan PKNS memecat 23 orang kakitangannya secara tiba-tiba semalam mengejutkan banyak pihak.  Ia difahamkan sebagai ‘kesinambungan’ dari pemecatan Azmin Ali akibat perbalahanan beliau dengan kepimpinan negeri, Dato’ Seri Khalid Ibrahim.   Pemecatan besar-besaran ke atas kakitangan awam, walaupun bertaraf kontrak belum pernah lagi berlaku apatah lagi tanpa sebarang penjelasan.    

Pihak PKNS mahupun kerajaan negeri menafikan sebarang kaitan pemecatan itu dengan politik dalaman parti PKR.  Bagaimanapun, rakyat Malaysia jauh lebih bermaklumat dan mampu membaca di sebalik kenyataan-kenyataan rasmi para pemimpin politik.  Rakyat sedia maklum bahawa apa yang berlaku adalah ‘pertunjukan’ gila kuasa di dalam PKR dalam menangani kerakusan dan ketamakan DAP. 

Menurut sumber dari pihak pembangkang sendiri, perbalahan antara Azmin dan Khalid turut melibatkan soal perkauman di mana projek-projek perumahan PKNS hampir semuanya dibuat dan dijual secara usahasama dengan kontraktor atau pemaju luar dan bukan lagi dengan PKNS Engineering and Construction atau PKNS Holdings. 

Akibat dari pendekatan ini, yang mendapat keuntungan hanyalah pemaju dan kontraktor berbangsa Cina dan harga hartanah pula melambung tinggi.   Tindakan ini juga dilihat sebagai pemangkin kepada usaha DAP untuk mengusir orang-orang Melayu di kawasan bandar. 

Khalid Ibrahim sudah terkenal sebagai boneka DAP dan pastinya, segala tindak tanduk beliau perlu mendapat ‘kelulusan’ atau pun arahan dari DAP.  Oleh itu, kita tidak hairan apabila beliau mengambil tindakan drastik memecat sekali gus 23 orang kakitangan yang dikhabarkan sebagai barisan yang berusaha mengekang kerakusan DAP di PKNS. 

Tidak tahu sejauh mana spekulasi ini benar, tetapi bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik semasa, adalah sukar untuk kita tidak mempercayainya.   

Kedudukan Azmin di dalam kemelut ini, bagaimanapun, agak samar.  Ada yang berkata bahawa DAP lebih mudah untuk berurusan dengan Anwar dari Azmin dan ini mungkin menjadi punca kenapa Azmin dipecat dan Anwar cuba diangkat sebagai Menteri Besar. Tindakan ini akan menyelesaikan masalah perbalahan dalaman PKR dan juga mengukuhkan penguasaan DAP sekali gus. 

Jika benar, nampaknya DAP telah berjaya menjaringkan 2 atau 3 gol dengan satu tendangan sahaja.  Pertamanya, mereka berjaya memastikan yang kroni mereka di kalangan pemaju dan kontraktor terus beroleh keuntungan, keduanya, usaha untuk menyingkirkan orang Melayu dari bandar terus berjalan lancar serta ketiganya, matlamat mereka untuk mengurangkan kakitangan awam tercapai walaupun belum menjadi kerajaan pusat.    

Janji untuk mengurangkan kakitangan awam dibuat oleh Tony Pua pada 31hb Oktober 2011 di Johor Bharu, iaitu “jika Pakatan Rakyat dapat memerintah kerajaan pusat sahaja, maka kita akan kemukakan satu projek yang dinamakan ‘Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam’ untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun.”

DAP nampaknya tidak main-main untuk memecat kakitangan awam dan dalam kes di Selangor ini, mereka melakukannya melalui ‘proxy’ yang bersifat boneka iaitu pemimpin Melayu dari PKR.  Khalid Ibrahim telah membuktikan beliau adalah sebuah boneka yang setia kerana sentiasa membela dan menyebelahi DAP dalam apa jua isu termasuk dalam soal akidah Islam. 

Namun, hayat politik boneka ini mungkin tidak lama kerana dilihat semakin hari semakin menjadi beban kepada negeri mahupun politik PKR dan DAP.  Justeru, siapa lagi yang lebih sesuai untuk menggantikannya melainkan seorang yang mempunyai berbagai rahsia hitam di dalam genggaman DAP, iaitu Anwar Ibrahim. 

Anwar walaupun membawa imej liberal dan menerima pluralisme, beliau masih diterima oleh beberapa kelompok Melayu, terutamanya di bandar.   Justeru, Anwar sebagai Ketua Pembangkang, merupakan personaliti yang paling layak untuk menjalankan segala arahan DAP di Selangor tanpa dipersoal oleh orang-orang Melayu.  Orang Melayu tidak akan menuduh bahawa Anwar menurut cakap DAP dan percaya bahawa segala tindakan Anwar adalah atas keputusan beliau sendiri. 

Dalam fikiran Anwar, mungkin beliau menyangka yang beliau sedang mempergunakan DAP untuk mencapai matlamatnya.  Di dalam fikiran DAP pula, Anwarlah yang sedang dipergunakan mereka.  Hakikatnya, kedua-dua pihak saling guna-memperguna. Sementara PAS duduk memerhati - setia menunggu arahan dari kedua-dua mereka. 

Berdasarkan hakikat ini, nasihat kita kepada orang-orang Melayu Kajang agar menolak Anwar.  Bayangkan, dengan dana Selangor yang sebegitu banyak dan projek yang sebegitu besar yang di dalam perancangan di Kajang, siapakah yang akan mendapat keuntungannya?   Apakah ada sedikit harapan untuk kemajuan dan penambahan pemilikan hartanah untuk orang-orang Melayu di situ sekiranya Anwar menang? 

Atau apakah semakin ramai kakitangan awam akan dibuang?   

Wednesday, February 5, 2014

Kerusi Menteri Besar Adalah Strategi Terbesar Anwar Ibrahim Untuk Runtuhkan SEGALANYA!


Dalam kita memperkatakan politik Malaysia yang ‘huru-hara’,  kita sering terlupa kepada perkara yang lebih besar iaitu hala tuju negara, identiti dan pengisian jati diri anak bangsa.  Kedua-dua pihak yang bertelagah kelihatan sibuk mencari publisiti, membina imej dan mempromosi diri bagi mencari populariti.  Akibatnya, rakyat menjadi celaru, haru-biru dan buntu. 

Dalam kegilaan politik ini, tidak mustahil kita terlepas pandang bahawa musuh telah pun mengambil tempat masing-masing tanpa kita sedari.  Tidak mustahil juga mereka telah bersedia menuju ke puncak dengan berjalan betul-betul di hadapan mata sang papparazi. 

Memerintah negara memerlukan kepimpinan yang mampu menyusun strategi.  Seorang pengatur strategi yang baik pasti tahu bahawa perkara yang paling utama ialah ‘jangan sekali-kali memandang rendah akan kemampuan musuh’.  Justeru, adalah tidak salah kita berfikir atau berimaginasi tinggi dalam menjangka strategi musuh.  Adalah lebih baik dianggap ‘paranoid’ daripada gagal membaca strategi musuh.   Namun, apa yang lebih penting dari itu ialah kita harus tahu siapakah musuh kita dan apakah yang membezakan kita dengan mereka.  Dari situlah kita boleh mengukur kekuatan dan kelemahan masing-masing. 

Dalam politik Malaysia, BN dan musuhnya PR, sudah tentulah berbeza dari segi gaya pemerintahan dan idea-ideanya. Sekiranya kedua-duanya membawa aspirasi yang sama, apa perlunya mereka bersengketa, bukan begitu? 

Oleh itu, apakah yang membezakan BN dan PR?  Apakah yang menyebabkan BN kekal memerintah sejak sekian lama?  Siapakah yang mengundi BN dan kenapa? 

BN yang dikenali oleh rakyat adalah parti yang berpegang teguh kepada perlembagaan dan yakin dengan formula yang menggariskan Hak Istimewa Bumiputera.  BN meletakkan kesetiaan kepada Raja-raja Melayu sebagai tonggak utama.  Identiti Malaysia di bawah BN adalah sebuah negara yang maju, bebas namun santun beradab, sejajar dengan adat resam Melayu, Asia dan juga agama Islam yang menjadi agama rasmi negara. 

Malaysia di bawah BN tidak perlu tunduk kepada sesiapa, apatah lagi kuasa besar yang menyembelih dan menindas umat Islam di serata dunia.  Malaysia di bawah BN adalah sebuah negara yang mengambil sikap berkecuali tetapi terbuka menerima nilai-nilai murni dari mana-mana negara atau tamadun serta menolak budaya barat yang tidak membawa apa-apa kebaikan untuk anak bangsa.   Pun begitu, Malaysia di bawah BN bukanlah negara yang ekstrem dan rakyat Malaysia bebas berpesta dan bergembira asalkan tahu batasnya. 

BN bukan parti pesta muda-mudi yang meletakkan ‘gaya’ di tempat utama tetapi sebuah parti yang bertanggungjawab yang meletakkan khidmat bakti sebagai tiangnya. 

PR pada dasarnya adalah seratus peratus berbeza dari BN. 

Parti DAP di dalam PR meletakkan penghapusan Hak Istimewa Melayu sebagai tonggak utama.  DAP juga diketahui menentang Raja-raja Melayu.  DAP secara terbuka menyuarakan hasrat untuk menghapuskan klausa Islam sebagai agama rasmi negara.  DAP ingin menjadikan Malaysia seperti Singapura iaitu sebuah Republik tanpa Raja.  

PKR pula secara terbuka mendokong kebebasan total ala barat.  Pemimpin PKR tanpa segan silu duduk bersama-sama pejuang murtad dan LGBT.  Malah, pemimpin tertinggi PKR sendiri menyatakan yang undang-undang Islam yang mengharamkan homoseksual adalah lapuk.  Beliau juga terkenal dengan pendirian pluralisme iaitu menganggap semua agama adalah sama. 

Selain itu, pemimpin tertinggi PKR juga merujuk kepada Paul Wolfowitz dan Al-Gore iaitu dua personaliti yang terlibat secara langsung dalam penyembelihan umat Islam di negara Arab sebagai ‘sahabat’.  Kedua mereka ini juga telah beberapa kali menghulur bantuan kepada pemimpin tertinggi PKR itu dalam berbagai cara; antaranya, memberi beliau pekerjaan sebagai Pensyarah di Amerika, berkempen menyokongnya di barat, memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia dan berbagai-bagai cara lagi yang sukar untuk dibayangkan oleh seorang rakyat biasa dari Malaysia. 

Parti PAS, sebaliknya, membawa aspirasi yang langsung berbeza dengan DAP mahupun PKR kerana ia membawa slogan Negara Islam dengan undang-undang hudud sebagai matlamat utama.  PAS berpendekatan ekstrem di mana parti itu ingin menghapuskan segala bentuk hiburan di dalam negara termasuk merobohkan kilang arak. 

Walaubagaimanapun, itu cerita lama. 

PAS hari ini sudah terlalu keliru, buntu dan tidak tahu lagi mana hendak dituju. Pemimpinnya telah tersesat jauh membontoti DAP, sementara penyokongnya pula termangu-mangu di belakang Anwar Ibrahim.  Hari ini, PAS telah memilih untuk bersama pejuang murtad, LGBT, Kristian dan pastinya turut menikmati wang Yahudi.   PAS sudah tiada pendirian mahupun maruah dan harga diri kerana semuanya sudah digadai, terbarai dalam kegilaan untuk merampas kuasa dari BN. 

Hakikatnya, kewujudan PAS di dalam PR hanyalah sebagai pembekal pengundi dan penyokong buta tuli kepada gabungan parti pembangkang itu.  Justeru, apapun pendirian PAS tidak akan membawa apa-apa makna kepada sesiapa.  PAS boleh bertakbir, melalak dan berlakon apa saja, tetapi parti itu tidak mungkin dapat menentukan hala tuju negara sekiranya PR mengambil alih pemerintahan.   

Secara ringkasnya, sekiranya PR menjadi pemerintah, maka Malaysia akan dibentuk mengikut acuan DAP dan PKR iaitu menjadi sebuah negara republik yang berpegang kepada pluralisme agama dan berfahaman liberal yang mana 100% berbeza  dari pemerintahan BN. 

Pendirian dan gaya pemerintahan inilah yang memastikan BN menang dalam setiap PRU.  Malangnya, BN pada hari ini, tidak lagi sekuat dahulu. 

Kedudukan BN menjadi rapuh apabila rakyat mengesyaki yang adanya usaha untuk mengubah pendirian dan gaya pemerintahan serta cenderung menyamai PR.   Semakin perubahan itu ketara, semakin BN menjadi lemah sehingga akhirnya mencatat keputusan pilihanraya paling buruk dalam sejarah pada PRU-13.

Perubahan di dalam BN tidak mungkin berlaku secara semulajadi.  Ia pastinya dibawa oleh pemikiran-pemikiran pro-PR yang kini, entah bagaimana, berada di dalam BN.  Usaha mengubah BN menjadi PR cukup jelas apabila satu demi satu tuntutan PR dan NGO-NGO yang didalangi mereka dituruti oleh kerajaan, sekali gus menyebabkan rakyat semakin menolak BN.

BN dilihat ‘takut’ untuk mengambil tindakan tegas ke atas pihak penentang kerajaan, penghasut perkauman dan juga pencabar perlembagaan yang hampir semuanya mempunyai rangkaian terus kepada PR. 

Walaupun PR dilihat semakin ‘berkuasa’ di dalam BN, namun parti itu tidak mampu bertindak lebih jauh melepasi halangan Raja-raja. 

Dari situlah kita perlu mengambil serius akan idea si Hishamuddin Rais bahawa antara faktor utama Anwar Ibrahim ingin menjadi Menteri Besar Selangor ialah beliau ingin ‘dekat’ kepada Sultan dan Raja-raja Melayu.  Idea Hishamuddin Rais ini kemudiannya dipetik pula oleh Lim Kit Siang di dalam blognya melalui tulisan Augustine Anthony. 

Dengan minat yang ditunjukkan DAP mengenai Raja-raja secara tiba-tiba, maka kita sewajarnya memberi perhatian penuh kepada PRK Kajang.  Walau betapa kecilnya kemungkinan yang Anwar mampu memberi kesan kepada Institusi Raja sekiranya beliau menjadi Menteri Besar, kita tidak harus mengenepikannya. 

Jika ini benar, ia bermakna musuh telah berada di garisan pertahanan terakhir dan hanya menunggu masa untuk ‘check-mate’.  Dengan dana Selangor yang begitu banyak, tiada apa-apa yang mustahil lagi bagi orang yang gila kuasa seperti Anwar Ibrahim. 

Mungkin ada yang berkata bahawa imaginasi penulis terlalu jauh dan tidak masuk akal, namun adalah lebih baik bagi kita untuk membaca segala kemungkinan dan bersedia menghadapinya -  kecualilah, jika kita benar-benar tidak peduli atau sengaja ingin merelakannya. 

Sekiranya kepimpinan BN serius untuk menentang Anwar dan ideologi PKR-DAP maka BN perlu terlebih dahulu mengembalikan kekuatan parti.  Dan satu-satunya cara untuk mengembalikan kekuatan itu adalah dengan meletakkan Malaysia kembali di atas paksi asalnya. 

Rakyat telah menolak PR kerana rakyat tidak gemar dan tidak yakin dengan aspirasi parti itu.  Oleh itu, BN tidak perlulah meniru-niru parti yang ditolak kerana akibatnya BN akan turut ditolak.  Ingatlah, golongan liberal, plural, LGBT bukanlah majoriti.  Begitu juga dengan golongan korporat, konglomerat atau taikun-taikun - mereka bukannya mewakili majoriti.  BN tidak perlu terikut-ikut cara PR mengambil hati mereka ini. 

Cara BN sebelum ini sudah cukup baik dan terbukti membawa hasil yang berpanjangan kepada golongan korporat, konglomerat dan taikun-taikun tersebut serta seluruh rakyat dan negara. 

Maka yakinlah dengan diri sendiri dan berdiri megahlah atas paksi yang dibina oleh datuk nenek moyang kita di dalam UMNO, MCA dan MIC.  Tidak perlu diubah apa-apa yang tidak rosak - hanya perlu perbaiki

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...