Bersama Berjuang

Thursday, September 13, 2012

Orang Islam Wajib Tolak PAS!!! Jauh Dah Tersesat Tuh...



Sejak PAS ditubuhkan 61 tahun lalu, dasar dan polisi perjuangannya sudah acapkali berubah-ubah menggambarkan betapa longgarnya asas perjuangan dan halatuju PAS dalam arena politik negara.

Perubahan ketara yang paling dirasai ialah bilamana PAS mula menyerap semangat revolusi Islam Iran pada awal 1980-an dan serentak dengan itu, apa saja perjuangan atas nama bangsa Melayu ditolak ke tepi.

Serentak itu, dalam kamus perjuangan PAS tiada lagi keperluan mengangkat unsur-unsur politik untuk kepentingan kaum bangsa apatah lagi mahu mendaulatkan dan memperkasakan kuasa politik Melayu Islam.

Satu ketika, PAS melalui bekas Presidennya Allahyarham Fadhil Noor pernah menganggap Melayu itu tidak penting dan bangsa Melayu itu tidak diperlukan kerana bagi PAS, polisi dan dasarnya hanyalah Islam.

Namun PAS tidak dapat menafikan realiti sejarah telah merekodkan kewujudan PAS tiga dekad sebelumnya adalah berasaskan semangat kebangsaan Melayu Islam, sama seperti UMNO malah asal usul kelahirannya juga datang dari 'perut' UMNO.

Malah negeri Kelantan yang waktu pertama kalinya dikuasai oleh PAS pada 1959 juga berlaku tatkala PAS diketuai oleh Dr Burhanuddin Al-Helmi yang sekian lama diketahui mendukung kuat semangat nasionalisme Melayu Islam.

Dr Burhanuddin yang menyertai PAS pada tahun 1956 adalah pengasas Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang di awal penubuhannya condong kepada idea mewujudkan Melayu Raya, satu gagasan kemerdekaan yang mahu menggabungkan Tanah Melayu dengan Indonesia.

Seterusnya fakta sejarah juga menunjukkan selepas kematian Dr Burhanuddin, PAS diambil alih oleh Datuk Asri Muda yang juga adalah seorang tokoh nasionalis Melayu Islam. 

Bagaimanapun selepas PAS dirasuk oleh semangat revolusi Iran, akhirnya beliau didesak meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertua PAS Pusat semata-mata untuk menguburkan imej dan semangat kebangsaan Melayu Islam yang pernah mengalir dalam darah perjuangan PAS.

Selepas itu gara-gara rasukan semangat revolusi Iran begitu mengasak pola pemikiran pemimpinnya telah membawa kepada kepercayaan bahawa perlunya untuk PAS kelihatan berbeza dari UMNO jika mahu mengatasi komponen utama BN itu.

Lantaran itu pemimpin PAS bekerja keras mendoktrinkan pemikiran pengikutnya bahawa perjuangan berasaskan semangat kebangsaan Melayu Islam yang sekian lama menjadi tunjang kekuatan UMNO adalah salah dan bertentangan dengan Islam.

Apa sahaja yang bernama Melayu dan ada unsur Melayu, PAS akan segera membangkangnya serta tidak teragak-agak untuk memfatwakan sebagai sekular, perkauman sempit dan haram.

Namun seperti mana sejarah tiga dekad (1951 - 1981) sebelum revolusi Iran, telah memaksa PAS berubah arah semata-mata demi kepentingan politik duniawi, kini selepas tiga dekad revolusi Iran (1981 - 2012) sekali lagi PAS berpusing arah dan cuba kembali menonjolkan keMelayuannya.

Dalam edisi terbaru akhbar suara rasmi PAS, Harakah misalnya dengan tajuk besar "Melayu Wajib Sokong PAS", Presiden PAS sekarang Abdul Hadi Awang menyatakan adalah wajib untuk orang Melayu menyokong PAS dan menolak UMNO demi menguatkan kedudukan PAS dalam pakatan pembangkang.

Menurutnya lagi bukan sahaja UMNO tidak berjaya menguatkan kedudukan dan persaingan kaum Melayu serta Bumiputera dalam bidang ekonomi malah Hadi berpendapat UMNO telah gagal memperkasakan kuasa politik Melayu Islam.

PAS dan Presidennya kelihatan semacam baru tersedar dari mimpi panjang berkaitan revolusi Iran yang selama ini dipuja puji oleh PAS sehinggakan sanggup memperlekehkan peri penting perjuangan berunsurkan Melayu Islam.

Perubahan drastik polisi dan dasar PAS ini berkait rapat dengan gelombang kesedaran ramai pengundi Melayu Islam yang semakin kuat menolak kehadiran PAS yang kini langsung tidak membawa manfaat kepada orang Melayu Islam.

Wujudnya PAS dalam PR bukan sahaja gagal memartabatkan kuasa politik Melayu Islam malah lagi menjahanamkan maruah serta kesucian agama Islam itu sendiri.

Oleh itu, amatlah wajar untuk masyarakat Melayu Islam semakin menjauhkan diri dari PAS dalam PRU 13 kelak malah seluruh orang Islam dari pelbagai kaum bangsa wajib untuk menolak kewujudan PAS disebabkan ketidaktentuan polisi parti tersebut yang celaru dan berubah-ubah.

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...