Ahli Parlimen Kapar , S Manikawasagam adalah antara pemimpin PKR yang sering dikaitkan dengan tindakan untuk keluar PKR sejak tahun pertama beliau dinobatkan sebagai MP.
Baru-baru ini semasa kunjungan Anwar Ibrahim ke Kapar, Manikawasagam dalam ceramahnya yang berkobar-kobar depan Anwar menyatakan taat setia beliau kepada PKR dan tidak akan keluar parti seperti rakannya N Gobalakrishnan. Kesempatan itu digunakan sebaik mungkin oleh beliu untuk membelasah Gobala.
Banyak pihak tidak mengetahui kisah sebenar disebalik dakwaaan atau khabar angin yang tersebar sebelum-sebelum ini yang mengatakan MP Kapar akan keluar parti. Dakwaan tersebut adalah benar, cuma ianya tidak menjadi kenyataan kerana habuan tidak dapat dipenuhi. Ada kalanya cerita tersebut disebarkan sendiri oleh MP Kapar dan orang-orangnya untuk menarik perhatian pemimpin-pemimpin PKR.
Hujung 2008 Manikawasagam bermasalah dengan Kerajaan PKR Selangor berhubung isu Klang Sentral dan isu pasir. Masa itu beliau tekad untuk keluar dari PKR. Pada satu hari di bulan Disember selepas selesai ceramah di Kuala Selangor, lebih kurang jam 1.30, Manikawasagam telah menuju ke Hotel Holiday Inn Glenmarie di Shah Alam untuk bertemu DR Khir Toyo, mantan MB Selangor. Terdapat beberapa individu lain turut serta dalam pertemuan itu. Antara 7-8 orang.
Dalam pertemuan itu Manikawasagam telah menceritakan masalah beliau dengan Khalid Ibrahim, Teng Chang Kim serta beberapa kepimpinan PKR yang lain termasuk Tian Chua yang didakwanya terlibat mengutip duit dengan peniaga-peniaga di Bandar Baru Sungai Buloh. Beliau menyatakan kepada Dr Khir Toyo yang beliau ingin meninggalkan PKR dan menjadi MP Bebas. Dr Khir menyerahkan kepadanya serta mengalu-alukan langkahnya jika itu yang beliau fikir baik untuknya.
Pada masa itu Manikawasagam cuba untuk menyatakan sesuatu, namun tidak terkeluar dari mulutnya kerana terdapat individu-individu lain bersama Khir Toyo pada waktu itu.
Selang beberapa hari Manikawasagam meminta sekali lagi pertemuan dengan Dr Khir Toyo diaturkan. Pertemuan berlangsung lebih kurang jam 10 pagi di sebuah cafe Hotel Grand Blue Wave Shah Alam. Bersama Khir Toyo pada masa itu juga terdapat tiga indvidu lain sebagai temannya. Satu langkah yang tepat untuk mengelak fitnah dan juga sebagai saksi jika berlaku perkara yang tidak dijangka . Manikawasagam hadir seorang diri.
Manikawasagam kelihatan resah gelisah untuk menyatakan sesuatu kepada Khir. Akhirnya beliau terpaksa buka mulut dan menyatakan beliau perlukan RM 10 juta untuk keluar PKR dan menjadi MP Bebas. Beliau memberitahu perlu banyak wang untuk ‘cover’ orang-orangnya.
Khir Toyo agak terkejut dengan permintaan tersebut dan menyatakan kepada Manikawasagam beliau tidak boleh memenuhi permintaan tersebut kerana bukan dasar Umno atau BN untuk memberi wang kepada mereka yang nak keluar dari parti pembangkang. Khir menyatakan jika MP Kapar memerlukan bantuan untuk rakyat atau peruntukkan bagi kawasannya beliau boleh tolong usaha dan sampaikan kepada pihak-pihak atasan kerajaan. Tetapi untuk minta wang RM 10 juta bagi lompat parti Khir berkata itu tidak boleh dan beliau tidak mampu lakukan.
Manikawasagam kelihatan kecewa dan pertemuan berakhir disitu. Bukan setakat Khir sahaja, malah ada beberapa pemimpin-pemimpin BN lain dan juga ahli perniagaan yang pernah dijumpai oleh Manikawasagam untuk beliau dapatkan wang bagi keluar PKR. Namun Sehingga ke hari ini belum ada mana-mana pihak atau individu yang sanggup membayarnya untuk beliau keluar parti.
Siapa pemimpin BN dan ahli perniagaan yang dijumpai oleh beliau untuk dapatkan habuan keluar parti akan didedahkan kemudian.
Selama ini setiap kali ada MP atau Adun pembangkang keluar parti , mereka sering mengatakan individu berkenaan telah dibeli oleh Umno atau BN. Hakikatnya apa yang terjadi diatas itulah yang sebenarnya. Jika BN mampu membeli, telah lama MP Kapar keluar PKR.
Tahniah bro atas setiap pendedahan dgn bukti. Sahabat2 Pekan Meru akan terus mendukung dlm usaha2 memartabatkan semula bangsa melayu...
ReplyDelete'Simpang 2'