Bersama Berjuang

Wednesday, May 9, 2012

BERSIH 4.0 Dirancang Untuk Menumbangkan Kerajaan Cara Jalanan Setelah 3.0 Gagal Secara Total!



Ura-ura penganjur perhimpunan BERSIH 3.0 mahu mengadakan satu lagi demonstrasi sama yang dinamakan BERSIH 4.0 menonjolkan hasrat sebenar mereka yang mahu merampas kuasa melalui kuasa jalanan sekaligus menafikan hak majoriti senyap yang cintakan keamanan dan kedamaian.

Perhimpunan BERSIH 3.0 yang dijanjikan aman hilang entah ke mana, yang sebenarnya wujud ialah demonstrasi jalanan hingga mengganggu ketenteraman awam dan membahayakan nyawa rakyat. Sekarang masih pula berani berangan untuk sekali lagi membahayakan nyawa khalayak dan menggadaikan kedamaian negara. 

Alasan konon tuntutan mereka tidak diendah oleh SPR sebagai punca perancangan BERSIH 4.0 mahu diadakan juga bukanlah satu penyataan yang kukuh kerana umum sudah sedia maklum SPR malah kerajaan sendiri telah memberi ruang secukupnya termasuklah memberi pertimbangan untuk perlaksanaan 7 dari 8 tuntutan mereka.

Lebih dari itu, kerajaan juga telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) yang telah mengusulkan 22 saranan untuk dikaji oleh SPR bagi tujuan penambahbaikan proses pilihanraya. Di mana logik dakwaan kononnya kerajaan tidak melayan atau sengaja mengabaikan tuntutan mereka? 

Walhal sepatutnya dari segi perundangan, pihak kerajaan dan SPR berhak untuk membakulsampahkan saja tuntutan mereka disebabkan NGO BERSIH itu sendiri bergerak atas platform yang tidak berdaftar.

Bergerak secara haram itu satu hal, NGO-NGO yang menganggotai BERSIH pula sebahagian besarnya hanya sekadar nama atas kertas dengan keahlian beberapa orang sahaja. Buktinya, 60 dari 81 NGO tersebut langsung tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Adakah layak seorang yang tidak memiliki lesen memandu yang sah mahu menunjuk ajar orang lain yang bertahun-tahun berpengalaman sebagai pemandu berlesen? Samalah dengan BERSIH, bergerak secara haram kemudian mahu tunjuk lagak seolah-olah hebat hingga mahu mengajar apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan.

Sudahlah begitu, bila kerajaan berlembut dan memberi ruang kepada mereka bersuara, lagaknya hingga naik atas kepala. Baik Ambiga, A.Samad Said mahupun penyokong mereka yang terdiri dari anggota pembangkang terlampau gemar bertindak melampau batas sebagaimana terbukti semasa demonstrasi BERSIH 3.0 pada 28 April lepas.

Sejak dari awal lagi kerajaan telah menetapkan tiada perhimpunan dibenarkan di Dataran Merdeka kerana ianya hanya untuk kegunaan acara rasmi peringkat nasional sahaja, namun BERSIH 3.0 sebagai NGO yang bergerak secara haram tetap berdegil mahu menunjukkan kekuatan mereka hingga melanggar perintah mahkamah. 

Adakah selepas selesainya demonstrasi BERSIH 3.0 ianya memberi kepuasan dan keadilan kepada semua pihak? Tentu saja tidak. Yang ada ialah kesan keganasan yang berlaku dan propaganda pembangkang yang memperbesarkan angka dan nombor konon kehadiran peserta mencecah 300,000 orang walau hakikatnya sekadar 30 ribu sahaja.

Gara-gara keganasan peserta BERSIH 3.0 berbelas anggota keselamatan cedera, para peniaga kerugian, harta benda awam rosak dan DBKL pula terpaksa menanggung kos tambahan untuk operasi pembersihan sampah sarap yang bersepah selepas demonstrasi tersebut.

Sebenarnya, apa sahaja gerak tari NGO BERSIH hanyalah mengikut skrip pembangkang yang mahukan demonstrasi tersebut dijadikan tanda aras kononnya menyamai kebangkitan rakyat di Timur Tengah dan Afrika. Ya, itulah hakikat sebenar - menghasut rakyat mengikut jejak langkah bantahan jalanan seperti di negara Arab yang ditunjangi Syiah Laknatullah.

3 comments:

  1. Kalau benar ada BERSIH 4.0 golongan majoriti akan turun padang dengan ANTI BERSIH 4.0 tak kan nak biar je mereka menjahanamkan negara kita...

    ReplyDelete
  2. ANGKATAN TENTERA DI RAJA MALAYSIA akan turun padang untuk menidakkan BERSIH 4...

    berani cari pasal berani tanggung la...

    pejuang hamas...

    ReplyDelete
  3. jangan mimpilah nak ada satu lagi ..walau pun dijamin aman..cukup cukuplah tu..niat busuk kepala otak kau semua orang dah tahu..kalau nak demo jugak blh buat dlm hutan sbb kwn2 kau yg suka jerit2 lompat2 dlm tu pun nak join..

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...