Bersama Berjuang

Friday, March 9, 2012

PM Diduga Lagi Gara-Gara Pembuat Dasar Yang ..... ?


Ada desakan-desakan dari pelbagai sumber akan ke "flip-flop" an sebilangan orang penting kerajaan dalam merangka dasar wajib diketepikan dari terus menjadi beban kepada kerajaan.

Ia bukanlah baru, jika kita lihat beberapa kali Perdana Menteri terpaksa campurtangan dalam urusan yang seharusnya dibuat berdasarkan kepentingan rakyat dan "majikannya", iaitu kerajaan.  

Menjadi satu masalah kepada Perdana Menteri apabila terpaksa menjawab atas segala kesilapan yang telah dibuat oleh pembuat dasar ini.  

Secara realitinya, tidak mungkin seorang Perdana Menteri mampu melihat segala hal secara terperinci tanpa ada sebarang kesilapan kerana bukan mudah untuk menguruskan sebuah negara.  Maka, ada kuasa yang diberi kepada ketua-ketua ini bagi merangka apa yang terbaik untuk rakyat.

Persoalannya, di manakan mereka-mereka yang telah ditugaskan untuk mencipta dasar berdasarkan aspirasi 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan? 

Amat penting terutamanya jabatan kerajaan untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan terutamanya apabila negara dilanda "demam" transformasi yang diilhamkan oleh PM.  ETP, GTP dan sebagainya yang melibatkan penjawat awam hanya akan berstatus teorikal, sekiranya tidak disambut oleh sekelian penjawat awam yang terluka gara-gara dasar yang sangat condong untuk menerbitkan kemarahan mereka.

Kali ini, timbul pula isu SBPA, sungguhpun telah diselesaikan oleh PM dengan bijak sekali.  Namun, kecelakaan dari dasar yang kurang bijak dari sudut politiknya telah memberi impak negatif kepada pentadbiran oleh PM.  

Dalam isu ini, KSN dan KPPA menjadi tudingan sebilangan pihak.  Itu bukanlah luar biasa, kerana mereka telah dipertanggungjawabkan untuk sebarang soal berkaitan penjawat awam.  Seharusnya, mereka ke depan bagi menjawab segala persoalan yang dibangkitkan oleh Cuepacs.  

Lebih menarik, terdapat pula orang-orang penting ini yang memperjuangkan idea yang bertentangan dengan dasar kerajaan.  Contohnya isu AUKU.  

Maka terdapatlah cerita-cerita yang mengatakan wujudnya proksi-proksi Anwar di dalam kerajaan itu sendiri, yang sentiasa cuba mencipta isu untuk Perdana Menteri menjawab.  

DS Najib, yang mewarisi kerajaan dari PM terdahulu, pastinya belum punya kekuatan sebenar bagi membentuk satu pasukan yang mampu menterjemahkan aspirasinya.  Dan GT pasti, dengan mandat yang akan diberikan oleh rakyat kepada BN pada PRU nanti, barisan kabinet dan kepimpinannya akan dapat diolah mengikut cara dan kekuatan yang difikirkan perlu.

Sementara itu, kewujudan parasit-parasit yang sering menyusahkan kerajaan dengan dasar-dasar tidak mesra rakyat harus disingkirkan dari pentadbiran negara.

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...