Bersama Berjuang

Monday, November 7, 2011

Laporan Audit Negara: Ketelusan Atau Kehancuran?


Laporan Audit Negara membuktikan ketelusan kerajaan dalam mentadbir negara, sekalipun terdedah kepada suara-suara si kemaruk kuasa mengaitkan kepincangan yang berlaku di atas bahu Perdana Menteri. 

Satu pendekatan yang berani oleh kerajaan.  Dan ini dilakukan demi rakyat, agar rakyat tahu membezakan antara si pelaku, dengan yang dituduh melakukan.  

Laporan Audit Negara sebenarnya cukup mengejutkan, akibat dari pelbagai kepincangan yang berlaku.  Ia sebenarnya memberi impak negatif kepada kerajaan, apatah lagi perkhabaran bahawa PRU semakin hampir.  Pendedahan butir-butir hasil dari pengauditan membuka peluang kepada pembangkang.  
 
Ibarat bola takraw yang dilambung tinggi oleh ‘feeder”, si tekong tidak akan melepaskan peluang untuk membuat rejaman!  Terbukti, itulah modal ampuh terkini, yang dibawa oleh Anwar dan kuncu-kuncunya seantero Malaysia.

Baca seterusnya DISINI.

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...