Bersama Berjuang

Tuesday, September 13, 2011

Audit Dalaman Yayasan Selangor Didedahkan!!! Part 1 - Khalid Wajib Letak Jawatan!!


Pendedahan ini adalah berdasarlan laporan AUDIT DALAMAN Yayasan Selangor, dan sesungguhnya wang anak negeri telah digunakan untuk berfoya-foya, laksana wang itu mak bapak dia yang punya!  

GT akan kupas 1 persatu, kerana terlalu banyak maklumat untuk didedahkan kepada anda semua!  Ini bahagian pertama.

DARI SUDUT PENGURUSAN PERKHIDMATAN

PERLANTIKAN JAWATAN PENGURUS BESAR.
Jumlah permohonan 42 permohonan

Senarai layak hanya 8 calon

Tarikh temuduga pada 22/2/2010

Panel temuduga Pegawai Kewangan Negeri dan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan.

Keputusan Panel- En Razali Tumirin ( Calon Utama) dan YM Raja Razman Shah

Perlantikan Pengurus Besar tidak menepati keputusan panel.Calon utama panel lebih sesuai kerana telah dinilai kebolehan,kepakaran dan kelayakan oleh panel yang dilantik oleh kerajaan negeri.


PERLANTIKAN PENGURUS KEWANGAN 
( kemudian jawatan di naikkan kepada Timbalan Pengurus Besar ( Pengurusan )

Perlantikan jawatan ini menepati keputusan panel tetapi terdapat Notis Kebangkrapan yang tidak dimaklumkan oleh calon pilihan utama. Melindungi maklumat demi kepentingan diri adalah satu kesalahan bagi penjawat kerajaan. 
 

CUTI BERGAJI SEMASA DALAM SIASATAN
Arahan cuti bergaji telah dikeluarkan oleh Pengurus Besar kepada seorang Pegawai Kontrak.

Mengikut syarat-syarat tawaran perhidmatan kontrak tiada terma atau syarat cuti bergaji penuh. 

Pengurusan YS tidak merujuk kepada Ahli Lembaga Pengarah dalam isu tatatertib pegawai tertinggi.

Bersambung...

1 comment:

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...