Bersama Berjuang

Tuesday, September 13, 2011

PANASSS... Pro Ulama PAS Fatwakan Mat Sabu Sebagai Munafik???


Mat Sabu, yang terkini hadir dengan isu yang cukup sensitif kepada rakyat Malaysia telah menyebabkan golongan pro ulama PAS telah bertindak keluar parti terutamanya di Kedah.  

Mereka pastinya tidak menyangka bahawa orang no. 2 dalam parti itu sanggup memutarbelitkan fakta sejarah, demi sokongan undi, terutamanya dari bukan Melayu.  

Mat Sabu yang diketahui di kalangan golongan ulama PAS sebagai pro DAP dan Anwar Attarturk telah sama sekali mengubah halatuju parti berkenaan, apabila memenangi kerusi Timbalan Presiden PAS.  

Imej PAS telah teruk terjejas gara-gara kegopohan Mat Sabu berpolitik, segopoh insiden seandainya perbualan telefon intimnya dengan isteri orang dijadikan panduan!

Harun Din dikhabar marah dengan perlakuan bodoh melantun-lantun oleh Mat Sabu, dan menimbang untuk keluar dari parti ajaran sesat itu.  Setelah berjaya "melacurkan" kalimah Allah, sujud dan patuh kepada harbi laknatullah, Harun Din sudah tidak mampu menahan kesabaran apabila serangan tidak lagi tertumpu terhadap sentimen anti-Islam gara-gara telah berjaya mencapai "damage" yang diperlukan.  Mood serangan telah menjalar kepada sentimen pro komunis pula, yang sekaligus membawa maksud anti Melayu!

Mungkin Mat Sabu hanya terikat kepada baiah talak tiga PAS, dan bukannya baiah perjuangan.  Maka, komunis pun sanggup diangkat sebagai hero, dengan menidakkan pengorbanan anggota polis Bukit Kepong!  

Namun apakan daya, Harun Din pada PAS kini ibarat sekadar pokok yang rendang, bukan menjadi tempat berteduh lagi, akan tetapi menunggu waktu untuk ditebang!!!

Dan Hasan Ali hanya mampu mengalirkan airmata, kerana tidak menyangka parti islam yang diperjuangkan sehingga bertapak kukuh di negeri Selangor telah bertukar ideologi dalam sekelip mata!  

Kepada Harun Din dan Hasan Ali, cegah sebelum parah.... andai tidak mampu, waktunya untuk mufaraqqah dari saf komunis era baru timbalan presiden mereka merangkap Jeneral Bintang 3! 

5 comments:

  1. Terima kasih kat Mat Sabu kerana merosakkan PAS dari dalam dan membantu menguatkan jentera UMNO. Pengorbanan mu menyelamatkan Malaysia dari menerima sikaki peliwat jadi PM amat berhasil. Terima kasih sekali lagi mengurangkan keahlian Pakatan rakyat dan menambah keahlian UMNO.

    ReplyDelete
  2. Kepada Ulamah yang di Hormati dan di Segani, lg di kasehi,Datok Dr. Harun Din. Keluar lah dari kelompok manusia yang akan merosakkan kesucian islam. Kelak datok akan disoal di Akhirat nanti, mengapa Datok berdiam diri serta tidak mencegah orang yang membuat kerosakkan dan memalukan agama islam. Mari lah kita menjadi Ulamak sebagai Pewaris Nabi Nabi di Akhir Zaman.

    ReplyDelete
  3. Orang dah mula benci pada PAS sekarang. Terima Kaseh Mat Sabu.

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...