Bersama Berjuang

Thursday, July 14, 2011

Zunar Berang Karyanya Diharamkan!!! Ambik Kau!!!

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak rayuan tanpa sebarang kos kartunis politik Zunar, portal berita MalaysiaKini dan penulis Kim Quek mencabar Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang telah mengharamkan penerbitan karya mereka.

Zunar, 49, atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque dan MalaysiaKini masing-masing mewakili buku kompilasi karya kartun yang diharamkan KDN iaitu “1 Funny Malaysia” dan “Perak Darul Kartun.”

Manakala buku ‘March to Putrajaya: Malaysia’s New Era is At Hand’ karya Kim Quek, atau nama sebenarnya Yong Thye Chong, 72, di bawah penerbitan Oriengroup Sdn Bhd turut diharamkan dan 33 buah salinan buku tersebut dirampas.

Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) Datuk Rohana Yusuf dalam penghakimannya berkata tindakan KDN yang mengharamkan karya terbabit adalah sah mengikut Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

“Melihat kepada kenyataan Menteri dan mempertimbangkan kedudukan isu-isu yang sensitif di negara ini maka pada pandangan saya terdapat alasan-alasan yang cukup bagi Menteri bertindak mengharamkannya.

“Saya tidak nampak keputusan-keputusan yang dibuat, bercanggah dengan logik iaitu tidak berdasarkan bukti yang kukuh atau berdasarkan fakta-fakta yang tidak sesuai,” katanya.

Hakim Rohana turut bersetuju dengan afidavit peguam mewakili KDN bahawa karya kartun Zunar dan MalaysiaKini mengandungi unsur hasutan apabila menyentuh sensitiviti perkauman dan prejudis yang boleh memberi persepsi negatif pembaca terhadap sistem kehakiman negara.

Manakala buku setebal 361 muka surat karya Kim Quek yang mengandungi tulisan yang mengkritik tindakan kerajaan mendiskriminasikan kaum apabila menyentuh isu komuniti Kristian di Sabah dan penindasan kaum India.
“Sehubungan itu, KDN dibawan Seksyen 7 Akta Mesin Cetak mempunyai kuasa menghalang penerbitan ketiga-tiga karya ini,” katanya. - FMT
GERAKAN TIMUR:
Sensitivi perkauman dan prejudis adalah garapan politik pembangkang.  Dan semuanya gara-gara manusia durjana Al Jub.  

Politik chauvinist laknatullah, yang sentiasa mencari peluang untuk mencetuskan keharmonian kaum.  Dan cukup2 lah kita memberi kebebasan kepada si Zunar, seandainya hasilnya terlalu melampau spt dibawah ini.
Satira politik sekalipun, ada batasnya.  Jangan melampau sebegini rupa.  Sensitiviti agama, yang langsung tidak dihormati oleh si Zunar, pecacai tegar Nicky Arjis!

Kerna akhirnya, kita semua, sujud kepada satu kiblat yang sama!

2 comments:

  1. kelebihan yg Allah bagi beliau sebagai anugerah tuhan untuk melukis dan coretan kartun perlu di guna dgn bijak dan tidak menghukum orang lain. Memang marah sebab usaha kita dan penat kita tidak dihargai. Tapi cuba renung kembali, adakah penggunaan kelebihan pemberian Allah tu di gunakan dengan baik dan adil? Cuba guna kelebihan tu dgn melukis pembelajaran Quran untuk kanak-kanak atau bentuk nasihat kpd insan manusia yang tidak cenderong ke politik. Memang laris jika penulisan berbentuk konfrantasi tapi ada kah rezeki kita dapat tu di rahmati Allah dan halal? Fikir2 lah, wallahualam.

    ReplyDelete

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...