Bersama Berjuang

Monday, May 16, 2011

HARI PENENTUAN KES LIWAT SAIFUL VS ANWAR!!!


Hari ini penentuan bagi Anwar dalam kes liwatnya terhadap Saiful Bukhari.  Andai dia terlepas, maka akan dicanang satu Malaysia bahawasanya Allah bersama-sama dengannya dan segala fitnah telah berjaya dipatahkan.  

Andai dipanggil untuk membela diri, maka padahlah kepada UMNO dan BN sering dilabel sebagai dalang konspirasi fitnah yang kotor lagi jijik ini.  Waima belum terhukum pun Anwar sudah menggelabah beruk dengan menyalahkan orang lain.  

Taktik mengalihkan isu telahpun dibuat olehnya.  Membawa bersama ulama Syria ketika berceramah, membuat laporan polis bahawa keretanya disabotaj malah mengajar pula si Nurul untuk turut sama berbohong, sms ugutan terhadap keselamatan cucunya.  

Ini semua direka bersebab.  Pertama, inginkan simpati.  Kedua, peluang untuk menggambarkan bahawa dirinya teraniaya.  

Mahkamah akan membuat keputusan hari ini samada terdapat "prima facie" terhadap kes ini.  Adakah Anwar dipanggil untuk membela diri?  Atau adakah Anwar terlepas?  

Andai terlepas, maka gagal untuk Saiful menegakkan kebenaran untuk dirinya.  Apapun, kita tunggu mahkamah yang akan bersidang sebentar lagi...

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...