KUALA LUMPUR 9 Nov. - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali mendakwa sokongan padu yang diterimanya dalam perebutan jawatan timbalan presiden adalah berasaskan kepada proses demokrasi dalam pemilihan parti itu.
Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak termasuk para pencabarnya menghormati sokongan yang diterimanya daripada cabang parti di seluruh negara termasuk Sabah.
"Apa yang pasti sebahagian besar ahli-ahli PKR telah memberi satu mesej jelas iaitu mereka mahu saya meneruskan kesinambungan kepimpinan dalam parti sebagai timbalan presiden. "Oleh itu, saya amat berharap sokongan yang saya terima ini dihormati oleh semua pihak kerana ia telah melalui satu proses demokrasi di dalam parti," katanya di lobi Parlimen di sini hari ini.
Azmin mengulas kenyataan Datuk Zaid Ibrahim hari ini yang mahu beliau dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berundur daripada PKR kerana mereka dikatakan punca kepada segala masalah dalam parti. Azmin berkata, sebagai pendukung sistem demokrasi, Zaid sepatutnya membiarkan sistem itu berjalan tanpa banyak gangguan.
"Saya bersedia menghadapi sesiapa sahaja dan bagi saya dalam isu pemilihan ini saya perlu meneruskan kempen dengan menemui ahli akar umbi bagi mendapatkan sokongan," katanya.
Sumber - Utusan Online
GERAKAN TIMUR:
hahahahahaha.... GT terasa spt nak pecah perut tergelak bila Assmin berkata dia menerima sokongan padu secara demokrasi untuk pemilihan PKR ini. Satu Malaysia tahu hubungan "istimewa" antara Assmin dan Al Jub dan bagaimana Al Jub akan pastikan "wajah kesayangannya" ini menang untuk jawatan Tembelang Presiden PKR.
PKR - PARTAI KLENTONG RAKYAT!!!
kslsu ksts berlaku penyelewengan dalam undi maka Azmin tak salah. Yang salah
ReplyDelete1. orang yang menyelewengkan peti undi.
2. orang yang melantik penyeleweng peti undi.
3. orang yang memberi kuasa melantik penyeleweng peti undi.
erks? itu bukan ahli ke? hehehe