Saya sungguh hairan dan kecewa dengan sikap orang sekarang….yang merasa malu dan segan untuk mengibarkan bendera Negara…pada masa yang sama berasa bangga meletakkan stiker Manchester fc, Liverpool fc. Dan sebagainya pada kenderaan mereka…sedangkan tidak satu sen pun wang kelab bolasepak tersebut sumbangkan untuk kehidupan mereka..berbanding Tanahair kita ini…yang terlalu banyak jasanya pada kita…janganlah kita termasuk dalam golongan bijak pada lahiriah..tetapi jahil murakab pada pemikiran…renung-renungkanlah peristiwa yang berlaku pada zaman Rasulullah S.A.W ini..
Peristiwa yang berlaku dalam peperangan Uhud , ‘Mush’ab bin ‘Umair telah ditugaskan untuk membawa bendera tentera Islam. Beliau terus membawa bendera itu. Takala kaum Muslim bercerai berai diserang tentera musuh, ia terus memegang bendera tersebut. Lalu datanglah seorang tentera musuh mengendari kuda, melibaskankan pedangnya hingga tangan kanan‘Mush’ab bin ‘Umair putus. ‘Mush’ab bin ‘Umair menyambar Bendera tersebut dengan tangan kirinya. Ia terus bertahann namun tangan kirinya berhasil ditebas oleh orang kafir. Lalu ia menelungkupkan bendera itu di dada dan lehernya.Lalu datanglah serangan yang ketiga. Akhirnya beliau menemui syahid. Tombaknya pun patah. Mush’ab pun tersungkur ke tanah. Bendera pun gugur. Kemudian ia disambar oleh dua orang tentera Islam, Subiith bin Harmalah dan Abu Ruum. Kemudian ia diambil oleh Abu ar-Ruum. Tatkala kaum Muslim kembali ke Madinah bendera itu terus dipegangnya hingga ia memasuki Madinah’. Betapa hebat pengorbanan mereka di jalan Allah!...
Begitulah para Sahabat di Zaman Rasulullah menghormati bendera mereka..Ternyatalah menghormati bendera Negara adalah ajaran Rasulullah..marilah kita sama-sama mengibarkan Jalur Gemilang di bulan kemerdekaan Negara kita ini..Ayuh! tinggalkan pemikiran sempit…
Sumber: orangjelai.blogspot.com
I lagu malu pasang sticker MU ke apa ke al-maklum itu bola sepak luar negara tapi orang kita lak yang HOVER! :D
ReplyDeleteerrr I sokong bola selangor boley? jaguh kampung pun jaguh kampung la. Tapi bila tengok dia orang main perasaan kenegerian meluap luap heheheheheheh
Bendera malaysia ek ? okey nanti I beli satu pasang di rumah :D
Inilah yang sukar ditananm di dalam hati sebahagian besar rakyat negara Malaysia..... tidak macam rakyat di Indonesia, mereka begitu teruja setiap kali menyambut hari kemerdekaan negara mereka...
ReplyDeleteMs. Pearl,
ReplyDeleteGT pun hard core selangor gak!!! pedulilah orang nak kata. Bolasepak kita, tanggungjawab kita!!!
Yang Gambi,
Indonesia berperang lebih 400 tahun untuk mengecapi kemerdekaan. Dan kemerdekaan mereka dgn usaha BERDARAH! dan TOTAL FREEDOM, that's what they got. Itu yang semangat mereka cukup tinggi.
Anak melayu harus belajar dari semangat mereka itu.