Terbaeeekkk...
Bersama Berjuang
Monday, June 4, 2012
Video Debat Pemuda PAS Gombak Vs Ust Fathul Bari Dan ILMU
Terbaeeekkk...
Fakta Krisis Air Selangor & Cadangan GT: Bila Exco Agama Islam Selangor Akan Anjurkan Kursus Bertayamum?
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu kenyataan media yang dibuat oleh Menteri Industri Asas Tani , Datuk Seri Noh Omar mengenai kesusutan rizab air terawat di negeri Selangor yang kini hanya tinggal 2.4% berbanding rizab yang sepatutnya iaitu 20% .
Kenyataan yang dibuat oleh Datuk Seri Noh Omar ini mencerminkan tahap kritikal rizab simpanan air terawat di Selangor dan hal ini boleh dikaitkan dengan jangkaan yang dibuat oleh AWER (Association of Water and Energy Research Malaysia) melalui siaran media yang dikeluarkan pada 13 Januari 2012.
Siaran media AWER menjangkakan krisis air Selangor mungkin akan melanda sebelum tahun 2014. Dari kajian yang dibuat oleh AWER, pengeluaran air terawat dari tahun 2007 hingga 2010, menunjukkan peningkatan purata sebanyak 2.14% setahun.
Melalui siaran media pada 25 Mei 2009 , projek Penyaluran Air Mentah Pahang Selangor dianggar bernilai RM 3.936 billion . 75% daripada jumlah itu dibiayai oleh JICA (Japan International Corporation Agency) dan selebihnya oleh kerajaan persekutuan.
Projek Penyaluran Air Mentah Pahang - Selangor ini dijangkakan mampu untuk menyalurkan 1,890 juta liter sehari. Air mentah ini akan disalur ke Loji Rawatan Air Langat 2 sebelum diagih untuk kegunaan domestik.
Walau bagaimanapun, sehingga ke hari ini kerajaan Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim masih menangguhkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 melalui peruntukan kuasa yang ada pada mereka. Tindakan kerajaan negeri ini dipercayai untuk memberi tekanan kepada kerajaan pusat supaya mempercepatkan proses penstrukturan semula air di Selangor.
Pada masa kini, konsesi air di Selangor diuruskan oleh Puncak Niaga (M) Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor Berhad , Konsortium ABBAS Sdn Bhd dan Syarikat Pengeluar Air Sdn Bhd dan kerajaan negeri Selangor bercadang untuk mengambil alih syarikat-syarikat ini demi memastikan program pemberian air percuma kepada rakyat boleh diteruskan. Tawaran terakhir kerajaan negeri kepada syarikat-syarikat ini sebanyak RM 10 billion telah ditolak.
Susulan itu, Tan Sri Khalid menggesa Menteri yang bertanggungjawab , Datuk Seri Peter Chin Fah Kui untuk menggunakan kuasa menterinya di bawah Akta Industri Perkhidmatan 2006 bagi memastikan syarikat-syarikat konsesi ini bersetuju dengan rancangan penstrukturan semula air.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dalam respon terhadap kenyataan Khalid membuat kenyataan bahawa Akta itu hanya boleh digunakan sekiranya terdapat kekurangan air yang kritikal.
Oleh itu, tindakan kerajaan negeri Selangor dalam melengah-lengahkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 pasti akan menyebabkan situasi kekurangan air yang kritikal berlaku di Selangor dalam tempoh 2 tahun lagi.
Dan pada ketika itu menteri bertanggungjawab tidak mempunyai pilihan melainkan mengambilalih pengurusan air Selangor dari konsesi-konsesi air yang terlibat. Walaubagaimanapun tindakan kerajaan negeri Selangor ini dilihat seolah-olah memperjudikan nasib pengguna-pengguna air di Selangor dan sekitar Lembah Klang.
Apabila konsesi-konsesi ini diambil alih kerajaan, diandaikan Loji Rawatan Air Langat 2 diteruskan dengan kelulusan kerajaan negeri Selangor.
Sementara menunggu Loji Rawatan Air Langat 2 siap pembinaannya, penduduk Selangor, Lembah Klang dan Putrajaya terpaksa berada dalam tempoh ‘catuan’ air dan pastinya memberi kesan pada kawasan-kawasan perindustrian yang beroperasi di Selangor dan kawasan sekitanya.
Sekiranya diteliti, masalah ini berpunca dari polisi 20 meter padu air percuma yang diperkenalkan oleh kerajaan Negeri Selangor. Tan Sri Khalid Ibrahim berpendapat sekiranya kerajaan negeri menguruskan sendiri konsesi-konsesi air, kenaikan tariff air dapat dibendung dan kerajaan negeri Selangor berupaya untuk meneruskan program pemberian 20 meter padu air terawat percuma kepada rakyat Selangor.
Kerajaan pusat sebaliknya tidak menghalang pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi ini oleh kerajaan negeri, walau bagaimanapun tawaran kerajaan negeri kepada syarikat-syarikat konsesi ini telah ditolak.
Datuk Seri Peter Chin Fah Kui pada satu ketika membidas kerajaan negeri Selangor yang mempolitikkan isu penstrukturan semula air dengan mengatakan tidak timbul isu tariff air di Selangor akan naik jika kerajaan negeri memberi kelulusan kepada kerajaan pusat untuk meneruskan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.
Beliau turut menyatakan sebarang caj air ditentukan oleh kerajaan negeri dan bukan kerajaan pusat. Sekiranya pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 tidak dimuktamadkan secepat mungkin, akan tiba satu ketika penduduk di Selangor, Lembah Klang dan Putrajaya akan mengalami krisis air yang serius.
Kerajaan negeri Selangor pada hari ini masih lagi mencongak-congak kos pembinaan projek yang dikatakan membazir itu, pelbagai cadangan yang dikatakan lebih baik dan menjimatkan diberikan pada saat-saat akhir ini sedangkan segala kajian dan rekabentuk telah dibuat untuk Loji Rawatan Air Langat 2 sejak tahun 2006 lagi.
Dalam keadaan yang agak mendesak, seharusnya sesuatu dilakukan untuk mitigasi bagi masalah yang bakal melanda dan bukannya mengalihkan tumpuan tentang apa yang sepatutnya dilakukan pada peringkat permulaan. Kebajikan rakyat haruslah diutamakan dengan mengetepikan sentimen politik.
Harga yang perlu dibayar sekiranya krisis air berlaku Selangor, Lembah Klang dan Putrajaya adalah sangat tinggi jika dibandingkan dengan kos pembinaan projek itu sendiri.
Sumber: Lautan Tiga Belas
GERAKAN TIMUR:
Kalau ia berlarutan, nostalgia masa lalu seperti menunggu di tepi jalan berjam-jam untuk menanti ketibaan lori bekalan air akan berulang. Bukan itu sahaja, kesyahduan mengangkat baldi berisi air juga bakal menggamit kenangan terindah buat penduduk rumah pangsa dan apartment.
Dan jangan lupa, kita minta juga Exco Agama Islam Selangor untuk menganjurkan kursus Tayammum buat rakyat Selangor.
Adios Amigos!!!
Saturday, June 2, 2012
Demo Aman Selamatkan Padang PKNS, Esok!!! Sebarkan!!!
GT dimaklumkan bahawa esok, satu demo aman mempertahankan salah satu warisan negara, iaitu Padang PKNS di Kelana Jaya akan diadakan pada butir-butir berikut:
- Tarikh: 3/6/2012 (Ahad) - Esok!!!
- Masa: 9.30 pagi
- Tempat: Padang PKNS, Kelana Jaya
Himpunan ini bertujuan menyatakan ketidaksetujuan kepada Rejim Khalid Ibrahim yang jelas bercita-cita untuk menghilang salah satu mercutanda bersejarah negara dalam arena sukan bolasepak.
Sikap untuk menghilang atau mengubah sejarah memang selari dengan strategi DAP dalam usaha mereka untuk menghilangkan Melayu di bumi bertuah ini.
Kini, Khalid sedang ditunggangi dengan jayanya.
Demo ini akan disertai oleh Badan Bertindak Selamatkan Padang PKNS, PERKASA dan beberapa lagi NGO lain
Ayuh..!!! Sebarkan dan kita turun!!!
Video Sindir Yg Semakin Dibenci Oleh Pembangkang... Kenapa Ya?
Satu lagi hasil dari Longkang, bersesuaian dengan elemen sarkastik yang ada.
Kak Jat Terbukti Tidak Terlibat, Si Pemfitnah Harus Diajar Kerana Keparat!!!
Keputusan siasatan oleh Suruhanjaya pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan Datuk Shahrizat Abdul Jalil tidak terlibat dalam sebarang proses pemberian projek Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) serta pinjaman RM250 juta.
Sehubungan dengan itu siasatan terhadap bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ditutup kerana tiada kes selepas terbukti beliau tidak terbabit dalam sebarang penyalahgunaan kuasa.
Dengan perkembangan terbaru ini sepatutnya pemimpin PR perlu berani tampil ke depan untuk meminta maaf setidak-tidaknya dapat menonjolkan masih ada sekelumit rasa insaf dalam hati selepas berbulan-bulan Shahrizat dijadikan punching beg.
Kalut isu NFC mula berkumandang selama beberapa bulan semuanya gara-gara kegilaan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dan pemimpin pembangkang yang lain menyalahtafsir teguran penambahbaikan yang disediakan dalam laporan Audit 2010.
Setelah hampir 8 bulan imejnya di calarkan dengan cerita sensasi dan maruahnya diperkotak katikkan oleh pembangkang dengan tuduhan rasuah serta salahguna kuasa, akhirnya kebenaran muncul mengatasi pembohongan dan kebatilan.
Kini Shahrizat sudah boleh bernafas lega kerana kekalutan dan onak duri yang ditabur oleh Rafizi sudah berjaya diharungi. Bukan calang-calang wanita yang masih mampu berdiri sekalipun bertubi-tubi 'di tendang' oleh orang lelaki.
Namun kesan calar dan kerosakan maruah serta kredibiliti diri yang terguris tetap perlu mendapat pembelaan yang setimpal. Rafizi tetap perlu diajar erti keperitan menerima balasan diatas sikap galaknya bermain persepsi serta memfitnah sesuka hati.
Shahrizat jangan sesekali berundur daripada tindakannya menyaman Rafizi dan beberapa pemimpin pembangkang yang lain. Biarkan mereka menggelupur seperti cacing kepanasan.
Teach them a lesson!
Tiga Kali Fuckatan Harami Di TIBAI !!! TIBAI !!! TIBAI !!! Muahahaha....
GT nak tanya anda semua....
Anda mahu Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (T.I.B.A.I) ?
atau...
Anda mahu Cinta Individu Bernama Anwar Ibrahim (**B.A.I) ?
hehehehehe... Jom turun...
Debat Politik - Betapa Terdesaknya Meraih Populariti!
Sekarang ini adalah musim berdebat bagi pihak pembangkang.
Apa sahaja topik atau isu yang mereka fikir boleh diperdebatkan akan diwacanakan dikhalayak ramai.
Mereka juga menjemput wakil Umno untuk bersama-sama mengupas sesuatu isu - terakhir debat mengenai cadangan pembangkang berhubung pemansuhan PTPTN di antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (KJ) dan Ketua Strategik PKR, Rafizi Ramli.
Seperkara yang dilihat sepanjang siri debat yang diadakan setakat ini hanya melibatkan Rafizi.
Di mana letaknya peranan Shamsul Iskandar Mohd Akin sebagai Ketua AMK Pusat yang sepatutnya berdebat dengan KJ sebagai rakan politik yang setaraf jawatan dengannya?
Adakah ini bukti Rafizi sebagai anak emas istimewa Anwar Ibrahim yang hendak ditonjolkan atas pentas politik nasional dengan mengenepikan Shamsul begitu sahaja? Jawapannya amat terang dan jelas sekali.
Sudah tentu bagi penyokong pembangkang, setiap debat pastinya harus dimenangi oleh pihak mereka, walaupun pihak Umno juga memberi fakta-fakta dan alasan yang munasabah dan konkrit bagi mendokong hujah mereka.
Pembangkang terkesima atau terpukau dengan konsep debat yang diadakan semasa pilihan raya di Amerika Syarikat dan Britain.
Bagi mereka itulah bukti serta contoh puncak kematangan sistem demokrasi.
Tetapi bagi debat yang dianjurkan oleh pembangkang di negara ini, tujuannya hanyalah semata-mata untuk menjatuhkan air muka dan imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan menconteng lakaran negatif kepada pentadbiran beliau.
Pembangkang beranggapan jika strategi ini berjaya, maka rakyat pun akan mempunyai persepsi negatif dan buruk terhadap kerajaan, maka mereka pun boleh memancing undi yang sangat diharapkan dalam mendamba harapan mereka ke Putrajaya pada PRU-13 nanti.
Itulah sahaja matlamat utama debat anjuran pembangkang, tidak lebih dari itu.
Ia hanya merupakan sesi menabur fitnah, memaki hamun kerajaan dan pemimpin kerajaan dan menabur jaji kosong kepada mereka yang mendengar.
Pembangkang hanya berlagak seperti tin kosong.
Tin kosong bunyinya amat bising disebabkan ruang udara yang tidak dipadati isi; begitu juga dengan sikap pembangkang yang suara mereka sahaja berdegar-degar memenuhi ruang dewan tetapi kosong tanpa apa-apa isi.
Oleh sebab itu, rakyat harus menilai antara mencari populariti, atau berkhidmat untuk rakyat. Manifesto 2008 sudah cukup membuktikan betapa kepercayaan rakyat dikhianati. Dan ia kembali kepada rakyat untuk menilai, samada ingin terus dibohongi atau tidak.
Satu hal yang pelik yang menyerlahkan kemunafikan pemimpin pembangkang seperti Anwar dan Nik Aziz Nik Mat ialah berkaitan isu perpaduan Melayu.
Pembangkang penuh semangat mengajak Umno berdebat tetapi apabila Umno bersetuju untuk mengadakan muzakarah dengan PAS, Nik Aziz berdolak dalih sehingga akhirnya cadangan mulia itu dimatikan begitu sahaja.
Bermacam-macam alasan diberi oleh Nik Aziz agar tidak mahu bersemuka dengan Umno bagi membincangakan isu kritikal perpaduan umat Melayu di negara ini.
PAS tahu jika muzakarah diadakan segala tembelang mereka akan terdedah kepada rakyat.
Salah satunya ialah melalui fakta sejarah bagaimana PAS terbentuk apabila Haji Ahmad Fuad Hassan (ketika itu Pengerusi Biro Agama Umno) kalah dalam pertandingan melawan Tunku Abdul Rahma Putra Alhaj bagi merebut jawatan Presiden Umno setelah Dato' Onn Ja'afar meninggalkan parti itu.
Secara ringkasnya PAS ditubuhkan atas kerakusan dan ketamakan kuasa pemimpin awalnya, dan tindakan itulah yang menyebabkan perpecahan Melayu yang pertama di Tanah Melayu ketika itu.
PAS tidak akan sanggup berdepan dengan hakikat ini, kerana itulah mereka menolak muzakarah diadakan.
Jadi untuk menutup isu PAS sebagai punca utama perpecahan Melayu, maka mereka bersama PKR dan DAP sibuk mengadakan pelbagai siri debat berkenaan bermacam-macam isu tetapi haram sekali menyentuh mengenai perpaduan Melayu!
Tangan PAS berlumuran dengan darah perpecahan Melayu sejak 1951 lagi!
Bukan sahaja PAS gilakan kuasa tetapi juga ingin membalas dendam terhadap kekalahan pemimpinnya 61 tahun yang lalu.
Subscribe to:
Posts (Atom)






