Bersama Berjuang

Sunday, March 9, 2014

Blame-Gamers Wajib Baca Ini! #PrayForMH370


Saya rasa terpanggil untuk memberikan sedikit pendapat peribadi saya berhubung isu ini memandangkan saya gusar dengan pelbagai unsur dan persepsi negatif yang dilemparkan oleh ramai pihak berkepentingan terhadap tindak-selamat MAS/Kerajaan Malaysia (KM) dalam misi mencari dan menyelamat penumpang dan krew MH370.

1) Penumpang Pelbagai Negara

Kita perlu ingat bahawa dalam pesawat MH370 tersebut terdapat lebih 15 kewarganegaraan dengan kapasiti sebanyak 227 orang. Hal ini sebenarnya memberikan sedikit sebanyak tekanan kepada pihak MAS/KM untuk memberikan maklumat terkini kepada wakil-wakil Kedutaan / Konsulat masing-masing. Maybe sesetengah Kedutaan mahukan maklumat segera dan pantas apatah lagi dalam keadaan lebih 17 jam pesawat yang masih belum ditemui, juga menyumbang kepada kelewatan dan kesukaran MAS/KM menyalurkan info terkini. Fahamilah keadaan.

2) Hubungan Diplomatik
MH370 hilang diperairan dan diruang udara Vietnam, dalam konteks ini KM dan MAS bertindak dengan berhemah dalam menjaga hubungan diplomatik antara negara. KM tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil pendekatan sendiri walaupun peswat tersebut adalah milik negara kita. Sebab itulah hubungan Bilateral diperlukan, kini pihak Kerajaan Vietnam sudah menggerakkan jentera menyelamatnya (Angkatan Laut Vietnam) ke perairan yang disyaki tempat kehilangan MH370. Apabila pihak lain menjadi peneraju utama dalam misi, sudah pasti akan wujud beberapa prosedur tertentu yang digunakan oleh pihak berkenaan sebelum menyalurkan maklumat terkini kepada KM/MAS. Dalam ertikata lain ; "Lain tempat lainlah cara penyampaian", jadi memang perlu bersabar dalam perkara ini.

3) Misi Melibatkan 5 negara

Misi mencari dan menyelamat telah pun digerakkan, Malaysia melalui Maritim dan aset ATM sudah berada diperairan berkenaan, terkini dilaporkan oleh Astro Awani, Maritim Malaysia tidak menjumpai sebarang objek pesawat MH370, manakala Vietnam melalui Angkatan Tentera Laut negara itu menafikan sudah menjumpai pesawat malang itu malah mereka dalam situsi mencari dan terus mencari disekitar Pulau Vung Tau tempat dimana kali terakhir radar negara itu mengesan pergerakkan MH370. Manakala China juga sudah menggerakkan aset pertahanan laut atas arahan Presiden Xi Jinping untuk misi mencari dan menyelamat. Singapura sudah menghantar pesawat C130 untuk misi bantuan manakala Amerika Syarikat juga menghantar bantual kapal penyelamat ke pengairan terbabit. Bayangkan keadaan misi menyelamat apabilan digerakkan dan disepadukan dengan pelbagai negara, sudah tentu penyaluran sebarang maklumat terkini mesti dikoordiansikan agar tidak menjejaskan proses penyiasatan sebab dan musabab "kehilangan" MH370. Sekecil-kecilevidens sudah boleh menjadi petunjuk utama atas kejadian ini.

4) Tidak Semudah Yang Dijangka
Misi mencari dan menyelamat tidaklah semudah yang disangka memandangkan ia berlaku di kawasan lautan yang luas dan menjadi rebutan antara negara. Jadi, hentikanlah sebarang spekulasi dan tohmahan. KM/MAS sedaya upaya mungkin, saya pasti mereka bekerja keras untuk memastikan MH370 dapat ditemui semula.

5) MAS tetap dihatiku

Kali terakhir MAS mengalami "major accident" ialah pada tahun 1977 di Tanjung Kupang melibatkan 100 korban nyawa. Selepas kejadian itu, MAS tidak pernah mengalami "major accident" dengan korban mangsa yang besar selama 37 tahun, dalam ertikata lain MAS mencapai piawaian keselamatan pesawat yang kompiten dan diiktiraf oleh ICAO disamping pengemudian pesawat oleh pilot yang berpengalaman luas. Walaubagaimana pun secanggih mana sesebuah pesawat, sebarang kesilapan kecil pun boleh mengundang padah. Hanya takdir menentukan segala-galanya. Salam takziah untuk semua keluarga mangsa MH370 dan yang pastinya MAS tetap dihatiku.

Nor Azizuddin Abdul Manan
UUM Sintok.

Wednesday, March 5, 2014

Rafizi Ramli Buktikan Dengan Cemerlang Bahawa Isu Air Adalah Permainan Politik PKR!!!


Dengan termeterainya MOU penstrukturan air, maka rakyat Selangor sudah mampu melihat  cahaya di hujung terowong.  Walaupun penyelesaian isu air bukan bersifat segera, namun, ia sudah cukup untuk rakyat menarik nafas lega kerana sekurang-kurangnya, penyelesaian adalah hampir pasti. 

Walaubagaimanapun, kelegaan rakyat disambut dingin oleh beberapa pemimpin PKR Selangor. 

Antaranya, Anwar Ibrahim sendiri yang mempersoalkan tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abd. Khalid Ibrahim yang menandatangani MOU tanpa merujuk kepadanya.  Selain itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli juga mempertikai tindakan Khalid dengan mempersoalkan kos yang terlibat. Menurutnya, penstrukturan air di Selangor dengan kerjasama Putrajaya boleh mencecah RM20 bilion, bukan seperti anggaran awal RM9.65 bilion seperti yang diumumkan.

Rafizi menegaskan bahawa PKR tidak bersetuju dengan kandungan MOU yang melibatkan pembinaan loji rawatan Langat 2.

Rafizi menyentuh isu-isu teknikal berkenaan pengambil-alihan empat syarikat konsesi air dan juga pembinaan Langat 2 yang dikatakan tidak menepati jumlah kos yang diumumkan.  Beliau membayangkan yang proses ini bakal melibatkan dana awam, sekali gus menaikkan tariff air. Rafizi kemudian mendesak Khalid mendedahkan butiran MOU kepada rakyat. 

Sekali imbas, Rafizi kedengaran seolah-olah benar-benar prihatin dengan nasib rakyat yang mungkin akan terpaksa menghadapi kenaikan tariff air.   Namun, bila difikirkan semula, prihatinkah Rafizi jika kononnya tidak mahu bebankan rakyat dengan kenaikan tariff air tetapi sanggup pula membebankan rakyat biar tiada air terus?  

Kenyataan Rafizi seterusnya membuatkan kita kembali tersedar bahawa PKR hanya bermain politik dan tidak sedikit pun prihatin dengan nasib rakyat. 

Segala-galanya terdedah apabila Rafizi berkata, “Dengan kelulusan pembinaan Langat 2, kerajaan negeri Selangor kehilangan satu-satunya senjata yang dimiliki untuk berdepan dengan kerajaan pusat dalam isu air.”
Kenyataan tersebut secara langsung membuktikan bahawa PKR telah selama ini sengaja enggan bekerjasama dengan kerajaan pusat dalam menyelesaikan masalah air di Selangor kerana ingin menjadikan isu ini sebagai ‘senjata’ untuk menyalahkan BN.  

Dalam kata lain, PKR sengaja membiarkan rakyat menderita dan sengsara ketiadaan air semata-mata untuk ‘bermain politik’.

Justeru, tidak hairanlah sejak mula mengambil-alih Selangor, PKR beria-ia menafikan yang Selangor bakal menghadapi masalah air walaupun telah diberi amaran oleh pakar.  PKR juga dengan megah mengaku kononnya akan menyelesaikannya dengan cara merawat air lombong, menggunakan teknologi canggih seperti membran, yang kononnya jauh lebih murah dan sebagainya. Untuk itu, PKR telah menjemput pakar-pakar dari Kanada untuk membuat pembentangan dan mengemukakan penyelesaian.   

Namun, akhirnya, ternyata sudah bahawa semua itu hanyalah wayang politik sahaja. 

Apabila masalah air benar-benar meruncing, PKR mula gelabah dan Khalidlah yang menjadi mangsanya. 

Lalu, bagi menyelamatkan diri, Khalid perlu kembali ke pangkal jalan dan memeterai perjanjian dengan Putrajaya bagi membolehkan masalah ini selesai. 

Berdasarkan apa yang berlaku dan juga kenyataan Rafizi, jelaslah sudah bahawa PKR tidak pernah peduli jika rakyat sengsara asalkan mereka boleh memanipulasi isu bagi menyalahkan BN.  

Bayangkan jika Khalid tidak menerima penyelesaian yang dikemukakan oleh kerajaan Pusat, masalah air sudah tentu tidak akan selesai selagi PKR memerintah.  Kini, apabila masalah hampir selesai, PKR tidak segan silu pula menyatakan ketidakpuasan hati dan lebih suka jika rakyat terus menderita demi sedikit ‘modal’ untuk dijadikan ‘senjata’ politik mereka. 

Khalid Ibrahim VS Azmin Ali - Berpatah Arang Berkerat Rotan! #PKRKacauBilau


Isu ‘perang dalaman’ yang melibatkan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dengan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim nampaknya semakin memeningkan kepala Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Walaupun dia sebelum ini dikatakan mampu menyelesaikan konflik tersebut, namun perkembangan terkini isu tersebut nampaknya semakin sulit untuk ditangani. Malah Ketua Strategi parti itu, Rafizi Ramli sebelum ini turut mengakui antara sebab utama mantan Adun Kajang meletakan jawatan adalah bagi membolehkan Anwar bertanding sekali gus menyelesaikan konflik tersebut.

Melalui pendedahan yang dilakukan sebelum ini, masalah dalaman yang melibatkan parti itu bukanlah perkara baru. Ia sebenarnya telah bermula sejak awal tahun lalu dan berterusan sehingga kini.

Isu ini bermula apabila Khalid dikatakan pro kepada kumpulan Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail, manakala Azmin dilihat tetap berdiri teguh di belakang Anwar. Bermula dengan episod sindir menyindir, perbalahan antara keduanya semakin berlarutan apabila keduanya saling ‘membogelkan’ dan menghentamkan secara terbuka antara satu sama lain.

Pelbagai kritikan pedas turut dilemparkan oleh Azmin sehinggakan Khalid dilihat lemah dan tidak cekap mengurus dan mentadbir negeri Selangor. Namun dengan sokongan kuat yang diberikan oleh Azizah, Khalid bingkas bangun dan membalas kembali serangan Azmin yang akhirnya menyebabkan Adun Bukit Antarabangsa itu dipecat dari jawatan ahli lembaga pengarah PKNS.

Tidak cukup dengan itu, Khalid turut meminta agar beliau dilantik sebagai Pengarah pilihanraya PKR bagi PRK Kajang. Sedangkan sekiranya mengikut amalan biasa, jawatan tersebut sepatutnya di sandang oleh Azmin yang juga merupakan Pengerusi PKR negeri Selangor.

Terbaru, Khalid turut mengumumkan akan mencabar Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti Mei ini.

Ekoran perbalahan yang semakin memuncak itu, Anwar terpaksa mengambil jalan selamat dengan menyokong kedua-dua kumpulan bagi mengelakkan para penyokong mereka memboikot kempennya di Kajang.

Malah portal pro-pembangkang turut mengambil pendekatan menyiarkan berita kononnya Azmin dan Khalid telah bersetuju untuk melakukan ‘gencatan senjata’ sehingga PRK Kajang selesai.

Pemilihan PKR yang akan diadakan ini, bakal menyaksikan pertembungan hebat antara dua kumpulan ini apabila masing-masing turut membawa calon pilihan mereka untuk bersaing merebut semua jawatan tertinggi parti.

Menurut sumber, Khalid dipercayai akan bergandingan dengan Nurul Izzah dan Tian Chua sebagai regu utamanya bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib. Bagi jawatan Ketua Wanita pula, kumpulan Khalid akan bergandingan dengan Adun Batu Tiga Rodziah Ismail dan Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong sebagai Timbalan Ketua Wanita.

Bagi kumpulan Azmin pula, dia dikatakan akan menyokong ahli parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Md Akin bertanding jawatan naib presiden. Shamsul yang sebelum ini merupakan Ketua Pemuda PKR Pusat dikatakan akan mengosongkan jawatan tersebut bagi membolehkan lebih ramai penyokong Azmin diserapkan di dalam jawatan tertinggi parti.

Untuk kerusi Ketua Wanita PKR pula, Azmin dikatakan akan memberikan sokongan penuh terhadap ahli parlimen Ampang, Zuraidah Kamarudin yang juga merupakan penyandang bagi jawatan tersebut.

Seterusnya bagi jawatan Ketua AMK pula, Adun Batu Caves, Amiruddin Shaari akan bergandingan dengan Adun Seberang Jaya Dr. Afif Bahardin sebagai Timbalan Ketua AMK dilihat sebagai calon pilihan Azmin.

Kesimpulannya pemilihan PKR pada kali ini bakal menyaksikan pertarungan sengit antara dua kumpulan yang saling tamak dan dahagakan kuasa. Walaupun secara dasarnya PKR akan mendakwa pemilihan pada kali ini adalah merupakan sebahagian dari proses demokrasi parti, namun pada hakikatnya graf sokongan Anwar semakin kian menyusut.

Apa yang jelas, Anwar semakin hilang cengkaman pengaruhnya terhadap parti yang diasaskannya ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...