Bersama Berjuang

Tuesday, September 10, 2013

CHIN PENG: Dahan Dan Pucuk Sedang Berputik, Mengapa "Tunjangnya" Perlu Di Pacak Megah ?


Apabila wujud cadangan untuk membawa pulang Ching Peng, GT senada dengan mana-mana rakyat Malaysia yang cintakan negara ini; tidak mahu perkara ini berlaku. 

PERKASA melalui Naib Presidennya, Zul Nordin menyifatkan bahawa ia akan melukakan hati rakyat. Dan GT sama-sama bersetuju dengan kenyataan ini. 

Sebuah kepastian, bahawa kesengsaraan yang pernah ditusuk ke hati rakyat Malaysia oleh komunis, tidak perlu dibincangkan lagi. Cukup mengambil satu kejadian, bagaimana orang Melayu di berhampiran kawasan Sg Manik, Perak, dibunuh dan digantung di sepanjang sebuah sungai, dengan darah merah mengalir menukar warna air sungai tersebut. 

DAP dan komunis, berpisah tiada. Hubungan yang erat, dengan darah yang mengalir di setiap batang tubuh mereka tidak pernah berubah. Bahkan, darah itu mengalir pula kepada anak-anak muda mereka. Sentimen perkauman "Chauvinist" adalah lumrah masakini, dan diterjemahkan di kertas undi pada PRU baru-baru ini. Komunis moden, tidak lagi perlu berperang di hutan, tetapi dengan memakai seragam parti politik, namun tidak pernah berubah kehendak dan kemahuannya. 

Mekar dan suburnya putik-putik komunis tidak terbendung lagi. Dahan dan pucuk sedang berputik, waima segar membesar, namun syukur, bilamana mereka tidak diizinkan oleh Allah untuk menang pada "pertempuran hebat" yang lalu. Namun, jangan gembira dengan kemenangan ini, kerana Allah juga telah memberi peringatan, dan pengajaran kepada kita. Jelas, nyata dan terang. Dan Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya. 

Tatkala dahan dan pucuknya berputik hebat, rupanya kekuatannya belum bisa memaku di bumi. Dan tentunya mereka faham, bahawa "tunjangnya" tiada. 

Dan membenarkan "tunjangnya" kembali di bumi bertuah ini, pasti akan lebih ampuh. Oleh itu, fahamilah maksud yang tersirat. 

Hakikatnya, bertimbang rasa, tolak ansur, dan menjaga sensitiviti kaum hanya menjadi amalan orang Melayu; kaum yang cukup terseksa sewaktu Komunis mengganas suatu ketika dahulu. 

Seandainya, berdiri megah "akar tunjang" nya, maka bukan sahaja berjuta hati yang terluka, dikhuatiri hati-hati itu nanti laksana "kabus di tengahhari" di bumi bertuah ini. 

No comments:

Post a Comment

Kepada yang "Anonymous", sila tinggal nama glamer dibawah komen anda. DAP beromen, Pas tanggung, berani komen, sendiri tanggung...hehehehe.. Terima kasih!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...