Bersama Berjuang

Thursday, May 31, 2012

Tangisan Ibu Azmin Ali Mula Menunjukkan Kesan "CASH & CARRY"!!!



Kenapa PKR Masih Kekalkan Azmin?

SEHINGGA ke saat ini, nama Azmin Ali tidak henti-henti meniti disetiap bibir rakyat Malaysia yang peka dengan perkembangan politik semasa.  Dari kes makan aiskrimnya, kecurangan isterinya, penderhakaan kepada ibunya sehinggalah kepada pendedahan mengenai pemilikan harta yang tidak munasabah ketika menjadi Setiausaha Sulit Anwar pada 1995 oleh Raja Petra  Kamarudin (RPK).

Lepas satu satu.

Pencacai PKR sudah mula memainkan teori serangan peribadi untuk mengalihkan tumpuan rakyat dari pelbagai kes yang melilit Azmin sekarang ini.  Ini adalah taktik biasa PKR kalau ada kelemahan dari kalangan pemimpin mereka yang didedahkan.  Ambil contoh macam kes video seks Anwarlah, yang dipertikaikan soal Anwar berzina dengan pelacur cina tersebut, sebaliknya yang lebih menjadi isu dikalangan pemacai PKR, rambutlah, perutlah dan sebagainya.

Secara peribadi, ramai yang tidak begitu peduli dengan semua masalah Azmin sekarang kerana Azmin memang bukan bersih pun, malah kerana dia dan Anwar galak menyalahgunakan kuasa di Kementerian Kewangan dahulu, menyebabkan imej kerajaan BN terjejas sehingga hari ini.

Yang perlu difikirkan ialah kenapa dalam semua kekecohan ini, PKR tidak mengambil sebarang tindakan kepada Azmin?  Nak dokumen, dah ada dokumen, nak gambar, dah ada gambar , nak video?  Itu tunggu dulu kot.  Walaupun tidak sampai ketahap memecatnya dari parti tersebut, tapi sekurang-kurangnya ada tindakan lain yang lebih tegas seperti gantung sehingga siasatan selesai, diarah bercuti dan sebagainya.

Ini siasatan pun tak dijalankan, apa cerita nak gantung dan suruh bercuti lagi?

Macam mana PKR nak berlaku adil kepada rakyat Malaysia kalau dalam keadaan PKR belum berkuasa pun sekarang, kesalahan orang-orang tertentu (yang rapat dengan Anwar) sewenang-wenangnya didiamkan dan diambil jalan mudah dengan menuduh ia adalah konspirasi?

Ini cakap pasal Azmin tau, bukan cakap pasal Anwar pun.  Kalau Anwar tu lainlah sebab PKR ialah Anwar dan Anwar ialah PKR, maka itu tidak hairan langsung kenapa hampir kesemua jentera dan ahli PKR bangkit mempertahankan Anwar setiap kali ada skandal yang melibatkannya.  Berbeza dengan Azmin yang mempunyai kelompok pemimpin tersendiri sahaja yang menyokongnya.

Kalau inilah gambarannya, maka wajiblah rakyat Malaysia menolak parti PKR ini dan sekutu lainnya dalam Pakatan Rakyat.  Nampak sangat soal kronisme dan nepotisme begitu menebal dalam Pakatan Rakyat terutama di kalangan PKR dan DAP.  Bayangkanlah kalau Anwar menjadi Perdana Menteri dan Azmin melakukan sesuatu kesalahan.  Pada anggapan kita, agak-agaknya bolehkah Azmin dikenakan sebarang tindakan undang-undang – melihat dari keadaan sekarang?

Ini petanda bahawa akan terjadi, Azmin dan sesiapa juga yang masuk inner circle yang rapat dengan Anwar akan lebih bermajarajalela, bak kata pepatah bersultan di mata, beraja di hati.  Apabila mereka ini dipuncak kuasa, semua agensi dan jabatan kerajaan akan berada di bawah telunjuk mereka.

Hanya rakyat sahaja yang mampu mengubah keadaan ini dengan memastikan hasrat kelompok ini untuk menjajah Putrajaya.

Lagi Skandal Wang Rakyat Disakau Oleh DAP!!! Telus Kepala Bapak Hang!!!



HAKIKAT yang ramai orang lupa, DAP hanyalah sebuah parti politik yang sama standardnya seperti mana parti politik lain yang menjadi kawan dan lawannya di negara ini.  Tujuan penubuhan ialah untuk menubuhkan kerajaan dan mempromosi agenda perjuangannya zaman berzaman.  Kalau PAS berbangga dengan perjuangan Islamnya, DAP pula mempromosikan intergriti dan ketelusan serta apa-apa ayat yang boleh dikaitkan dengan itu sebagai tujuan utama penubuhannya.

Walaupun hakikat sebenarnya mereka mahu menubuhkan kerajaan dengan orang cina sebagai ketua.

Oleh yang demikian, bukanlah suatu perkara yang mengejutkan bila salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP bagi kawasan Kg Tunku dalam negeri Selangor, Lau Weng Sen baru-baru ini berbalas-balas laporan polis dengan salah seorang pembantunya berhubung jenayah penyelewengan (criminal breach of trust-CBT) membabitkan sejumlah wang.

Kisahnya mudah saja. Malah jumlah yang terlibat pun bukan besar mana, hanya RM 5,000.  Kononnya wang ini gagal didepositkan ke dalam akaun ADUN tersebut oleh pembantunya tapi dinafikan oleh pembantu terbabit.  Apa yang susah, tunjuk sajalah rekod deposit kalau benar sudah didepositkan, apa yang nak buat laporan polis apa segala?

Sudah tentu bila ada laporan polis, menunjukkan kes ini sebenarnya serius dan ada sesuatu yang cuba disembunyikan dari pengetahuan rakyat.  Dan seperti mana persediaan untuk tindakan undang-undang yang lebih lanjut, laporan polis perlulah dibuat.  Sebagai ADUN dari parti DAP yang dipenuhi peguam, Weng Sen tahu tentang itu.

Pendek kata laporan polis ini adalah untuk melindungi Weng Sen dari tuduhan lain yang mungkin dihamburkan kepadanya nanti.  Bukan sesekali bermaksud dia mahu bersikap telus.

Maklumat yang diterima menyatakan bahawa, wang RM 5,000 ini adalah sumbangan dari sebuah syarikat pembinaan bagi ‘jasa’ Weng San mendapatkan satu projek dalam negeri Selangor.  Sumber yang sama turut menyatakan bahawa jumlah yang sebenarnya adalah lebih besar lagi tapi diberi secara beransur melalui wakil Weng Sen bernama Dariff Din.

Seorang lagi pembantu Weng Sen yang terlibat dikenali sebagai Evelyn Gan, tapi wanita ini telah dipecat sejak April lepas atas tuduhan menyelewengkan wang yang sepatutnya dibayar kepada Weng Sen.

Tujuan membangkitkan hal ini adalah untuk menyatakan kepada rakyat bahawa DAP tidak kebal dari penyelewengan dan salahgunakuasa.  Usahlah DAP bercakap besar dan menjaja dirinya ke sana sini sebagai parti yang bebas rasuah dan penyelewengan, kalau hal yang sebenarnya mereka juga melakukan hal sama yang sering dituduh kepada UMNO (majoriti tuduhan tidak terbukti di Mahkamah).

Mungkin jumlah yang terlibat ini adalah kecil tapi seperti yang dinyatakan, RM 5,000 itu sepatutnya masuk ke dalam akaun Weng Sen dengan sebahagian besar yang lain masuk ke dalam tabung DAP.  Jenayah CBT ini bukan kira sekecil atau sebesar mana, jenayah tetap jenayah.  Hari ini kecillah pasal yang terlibat pun ADUN dengan pembantu sendiri, bagaimana kalau rakyat beri peluang kepada puak-puak ini untuk memerintah negara kelak?  

Sudah tentu diwaktu itu, RM 5,000 ini hanya jadi bahan gelak.

Ini sepatutnya tidak mengejutkan kerana kes kematian Teoh Beng Hock (membunuh diri), mendedahkan bagaimana amalan tidak sihat seumpama ini dilakukan DAP demi memenuhkan tabung parti tersebut.  Antaranya menyediakan sumber pembiayaan bagi projek-projek kelas F yang dikhaskan semata-mata untuk golongan Bumiputera dan kemudian melahap sebahagian besar dari keuntungan projek tersebut untuk tabung parti tersebut.

Itu setakat yang terdedah, yang didiamkan berapa banyak pula?

Tahniah ABY!!! YDP PERKASA Selangor Yang Baru!!!


Gerakan Timur ingin mengucapkan tahniah kepada Pengerusi PERKASA Daerah Klang, Abu Bakar Yahya (ABY) atas perlantikannya sebagai Yang Di Pertua PERKASA Selangor oleh Presiden PERKASA, Datuk Paduka Ibrahim Ali dan dipersetujui oleh semua Ahli Dewan Tertinggi (ADT) PERKASA dalam satu mesyuarat, semalam.

Perlantikan ini GT anggap tepat berdasarkan kepimpinan beliau yang penuh komited semenjak penubuhannya, sebagai daerah yang paling aktif mengendalikan pelbagai aktiviti termasuklah ceramah kesedaran untuk orang Melayu di sekitar daerah Klang.  

Tahniah juga GT ucapkan kepada seluruh jentera PERKASA Daerah Klang yang tidak jemu-jemu turun padang untuk mempertahankan apa yang termaktub di dalam Perlembagaan.  Pastinya, komitmen dan kerjasama jentera PERKASA Klang telah menyumbang kepada perlantikan ABY ini.  


Apa yang GT harapkan ialah, ABY mampu memimpin PERKASA Selangor agar lebih tegar, tekad dan aktif dalam mengibarkan panji-panji perjuangan sebuah bangsa yang menjunjung tinggi agama Islam.  

Melayu itu bersendikan adat, adat bersendikan syarak, syarak bersendikan kitabullah.  

Syabas ABY dan PERKASA Klang!

Raja Bahrin, Suami Noryn Aziz Cuba "Lepaskan Diri" Dlm Isu Bumbung Stadium Runtuh???



Pagi ini saya baru menerima satu pendedahan dari sebuah blog yang di pos dalam inbox facebook saya, penyulawo.wordpress.com dan adalah pendedahan yang dilakukan penyulawo tersebut :-

SETELAH mengaku bergelumang sekian lama dalam dunia ‘jahiliah’, pelawak Bob Lokman menyertai PAS dengan harapan mahu mencuci dosa.

Dia bukan sekadar diberikan kerusi hadapan di pentas ceramah sebaris dengan pemimpin tertinggi PAS, kecelurapan Bob Lokman menghina dan mencerca adakalanya mendapat tepukan gemuruh penyokong parti itu.

Tidak hairan, jika ada yang membalas sinis perbuatan Bob Lokman sebagai ‘ustaz segera’ dan manusia terlanjur yang kerkapai-kapai mencari syurga di dalam PAS, iaitu sebuah parti ‘tudung tin biskut’.

Barangkali bagi arkitek terkenal Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah tampil lantang di pentas ceramah politik PAS salah satu cara untuk membasuh dosanya akibat runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada Jun 2009 seperti yang dicanang pembohong bersiri iaitu ADUN Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Tatkala pemimpin PAS berlumba-lumba menjadi juara ‘runtuh’ dengan melontarkan pelbagai tuduhan kepada Kerajaan Terengganu serta UMNO, Raja Bahrin yang juga suami kepada artis jazz Malaysia, Noryn Aziz pula menjadi ‘cacing kepanasan’.

Jika sebelum itu, Raja Bahrin tersengih kepuasan setelah berdiri megahnya stadium yang bernilai RM292 juta yang mendapat pujian yang melambung, Raja Bahrin dan syarikatnya, arkitek di Seni Bahri hebat!

Selepas runtuhnya bumbung stadium yang terletak berdekatan Lapangan Terbang Sultan Mahmud itu, Raja Bahrin mendahului panel penyiasat dengan mengatakan beliau tiada kuasa penuh mengawal projek tersebut.

Maknanya, Raja Bahrin mahu memberitahu dunia runtuhnya bumbung stadium itu bukan silapnya sebagai arkitek, tetapi silap orang lain walaupun setiap bulan pihaknya mengaku menghadiri mesyuarat berkaitan perjalanan projek kebanggaan rakyat Terengganu itu.

Mungkin, ini sikap orang yang mahu lepaskan diri dengan harapan rakyat akan mencari orang lain untuk dipersalahkan termasuklah UMNO.

Raja Bahrin yang menjadi arkitek projek berkenaan tidak segan silu menyalahkan pihak lain apabila bumbung stadium itu runtuh dengan alasan menggelikan lubang telinga iaitu pihak lain tidak amanah!

Begitu mudah pengikut PAS diperbodohkan! Seorang arkitek yang pakar dalam dunia senibina menggunakan alasan ‘tidak amanah’ sebab bumbung stadium itu runtuh.

Kenapa Raja Bahrin yang juga Pengerusi Amanah Terengganu tidak menjawab secara teknikal, sebaliknya propaganda politik juga yang diminati.

Adakah Raja Bahrin mahu menunjukkan dia pandai bermain politik setelah dikhabarkan mahu diangkat sebagai calon PAS di Parlimen Kuala Terengganu dan DUN Ladang pada PRU ke-13 nanti?

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Abdul Wahid Endut yang juga penyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu akan memberi laluan kepada Raja Bahrin kerana terlalu banyak komitmen hingga mengabaikan kebajikan rakyat di kawasan itu.

Rakyat termasuk penyokong PAS sendiri merungut, Wahid Endut tidak buat apa-apa untuk Parlimen Kuala Terengganu dan hanya menerima elaun setiap bulan dan setiap tahun.

Di DUN Ladang pula, ADUN PAS kawasan itu, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar ditolak rakyat. Buktinya, pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada tahun 2008, kiraan undi di DUN Ladang menyaksikan PAS tewas.

Walaubagaimanapun, ada juga pemimpin dan penyokong PAS sudah mula mempertikaikan cadangan itu dengan alasan status keahlian Raja Bahrin dalam PAS.

Bagi yang mengenal parti PAS, status keahlian dalam PAS tidak penting, kerana Tun Salleh Abbas yang menang di DUN Jertih pada tahun 1999 dan dilantik EXCO Kerajaan Negeri bukan ahli PAS pada ketika itu.

Bagi yang pandai membaca rentak politik, mereka mahu melihat sejauh mana Raja Bahrin akan diheret oleh pemimpin PAS untuk memenuhi agenda politik parti itu.

Ada yang melihat, penampilan Raja Bahrin bersama PAS dek kecewa kerana tidak mendapat habuan beberapa projek kerajaan termasuklah pembinaan Masjid Negeri.

Jujurlah Raja Bahrin! Menghambur kata dusta di pentas ceramah bersama PAS dan Pakatan Rakyat belum tentu dapat ‘lepas kepala’ daripada dipersalahkan dalam tragedi bumbung stadium runtuh.


GERAKAN TIMUR:
Rupanya dia nih suami kepada Noryn Aziz.. errrmmm...  

Lucu, apabila seorang arkitek tidak membentangkan bagaimana runtuhnya bumbung Stadium secara teknikal, walhal, dialah orang yang paling layak sekali untuk berbuat demikian.  

Jawapannya adalah jawapan politik.  Seolah mahu lepas tangan.  

Akhirnya, UMNO juga yang bersalah.. muahahahahaha... kesian UMNO.... 

DONG ZONG Terus Pertikaikan Perlembagaan!!! Lepaskan Kerakyatan... Kan Senang!!!



Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat agung tahunan Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) yang ke-61 sekali lagi menunjukkan sikap kiasu mereka. Selama ini, organisasi ini telah menuntut segala permintaan yang tidak munasabah, tidak praktikal dan juga perkara yang tidak mungkin boleh dilakukan oleh kerajaan semata-mata untuk memenuhi semangat perkauman mereka. 

Mereka menjelaskan bahawa mereka tidak akan berhenti sehingga tuntutan mereka dipenuhi sepenuhnya. Toleransi dan persefahaman, ataupun rasa hormat seakan-akan tidak wujud dalam kamus mereka. Patriotik, pembinaan negara, praktikal dan juga jawapan yang diberikan oleh kerajaan tidak akan didengari oleh mereka.

Dan kita hanya boleh menggelengkan kepala apabila mereka kini tidak puas hati tentang tempoh kelas pelajaran Bahasa Malaysia (BM) bagi pelajar darjah 4-6 di sekolah-sekolah rendah Cina. Pada masa ini, mata pelajaran BM mengambil masa 6 slot bagi jadual waktu dan akan ditingkatkan kepada 9 slot pada tahun 2014. Dong Zong sudah tentu akan menentang cadangan ini, dan mendakwa bahawa ianya terlalu banyak. Terlalu banyak daripada apa? Terlalu banyak Malaysia? Adakah mereka takut bahawa anak-anak mereka akan menjadi rakyat Malaysia sejati?

Pihak Kementerian semestinya mempunyai sebab-sebab tertentu dalam membuat cadangan untuk peningkatan slot BM di sekolah-sekolah Cina, dan ia tidak sukar bagi kita untuk mencari sebab-sebabnya.

Cuba anda bertanya kepada orang ramai tentang soalan-soalan seperti berapa kali mereka perlu ulang soalan mereka setiap kali mereka kepada pekerja Cina di salun rambut, hanya kerana pekerja tersebut tidak mahir berbahasa melayu, dan juga Bahasa Inggeris.

Dan pengalaman menemani rakan ke showroom kereta dan jurujual Cina tersebut tidak dapat memberikan kami maklumat yang cukup terhadap kereta tersebut dan juga prosedur pembelian hanya kerana dia tidak menguasai BM dan Inggeris! 

Itulah gambaran yang ingin disampaikan tentang orang Cina di Malaysia. Berani mereka mengangkat diri mereka sebagai rakyat Malaysia dan juga mahu mendapat hak Bumiputera!

Dan Dong Zong masih lagi berdegil dan tidak mahu ada sebarang pertalian dengan Malaysia. Guru Cina, Sekolah Cina, Bahasa Cina, Cina sini, Cina sana. Rasis hardcore.

Negara China pun sedar bahawa mereka perlu bekerjasama dengan negara-negara dan bangsa-bangsa lain untuk memperluaskan perniagaan mereka. Walaupun negara tersebut telah berjaya 'menawan' dunia, mereka kini masih lagi bermasalah.

Percaya atau tidak, syarikat-syarikat di China mungkin berjaya meraih keuntungan yang banyak daripada perniagaan di seluruh dunia. Namun, mereka mungkin boleh mendapatkan lebih jika mereka mengamalkan sikap keterbukaan dalam pembelajaran bahasa-bahasa lain dan budaya luar. Orang-orang Cina tidak boleh menerima perkara ini, tetapi terdapat hebat tawaran banyak yang hilang kerana masalah bahasa. Penghantaran yang salah, arahan salah, terjemahan salah, tafsiran yang salah adalah sesuatu yang agak besar. 

Sebagai rakyat Malaysia, kita mempunyai peluang untuk menyaksikan sendiri sikap kiasu orang Cina. Masalah yang timbul dari sikap 'kiasu' atau sombong adalah anda lebih cenderung untuk hilang dari dunia realiti dan akhirnya akan menjadi rugi.

Dong Zong mungkin rasakan bahawa orang Cina kini cukup kuat dan tidak perlu orang lain untuk membuat keuntungan, tetapi mereka lupa bahawa mereka tidak akan kehilangan apa-apa tetapi boleh mendapatkan lebih banyak keuntungan jika mereka bercampur dengan masyarakat. Sebagai contoh, seorang rakan yang ingin membeli kereta sebentar tadi akhirnya membeli kereta di syarikat Bumiputera kerana kecewa dengan sikap jurual Cina dari syarikat yang sebelumnya.

Kesimpulannya, Dong Zong perlu memilih samada mereka mahu kekal dengan kepercayaan mereka terhadap China atau mula bercampur dengan budaya Malaysia. Dalam erti kata lain, Dong Zong tidak mempunyai pilihan tetapi untuk menjadi kurang Cina dan lebih Malaysia, atau berhenti berjuang untuk mendapatkan hak sama rata, atau lebih baik lagi, melepaskan kerakyatan mereka.


Tidak hairanlah apabila seorang rakan berbangsa Tionghua suka melabelkan Dong Zong sebagai "pariah".  Apa yang berlaku sebelum ini seperti diatas belum cukup untuk "mengajar" mereka.  

Barangkali, mereka mahu "lebih" daripada snapshot diatas, anda bagaimana? 

SEMBAH DERHAKA: Dari Meroyan Sehingga Kurang Ajar, Nizar Mental Harus Dikembiri Dan Campak Ke Seberang Tambak!!!



Pemimpin PAS yang juga bekas MB Perak, Nizar Jamaluddin telahpun meminta maaf di atas keterlanjurannya mempertikaikan keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim yang membida nombor pendaftaran kenderaaan WWW1 pada harga RM520,000.00.

Namun masyarakat umum masih sukar untuk melupakan begitu sahaja sikap Nizar yang agak kurang ajar dan tidak beradab kerana dari komennya dalam twitter sebelum ini jelas kelihatan seperti satu cubaan yang secara tersiratnya bermaksud untuk menyemai kebencian terhadap Institusi Raja.

Selepas tidak tahan menerima kecaman ramai, barulah Nizar mahu meminta maaf tapi apa gunanya lagi sedangkan imej Sultan Johor telah tercalar dan ramai juak-juak PAS masih memandang sinis bidaan tersebut dengan mengaitkannya sebagai pembaziran wang rakyat.

Ini bukan pertama kali berlaku kontroversi membabitkan Nizar dan pihak istana. Tiga tahun lepas, Nizar yang ketika itu sedang meroyan kekecewaan pernah memohon sembah derhaka kepada Sultan Perak hanya semata-mata gagal mempertahankan kerajaan pimpinannya.

Hasilnya, hingga kini masih kedapatan ramai penyokong pembangkang cuba memperlekehkan kewibawaan Sultan Perak walaupun keputusan Sultan Perak jelas sah, betul dan sahih baik secara perundangan, perlembagaan mahupun dalam konteks demokrasi. 

Satu perkara yang Nizar gagal fahami dalam isu bidaan nombor pendaftaran JPJ ialah walau berapa tinggi sekalipun harga bidaannya, pulangannya tetap masuk ke kantung kerajaan sepenuhnya. Lagi besar kutipan dapat dibuat, lagi bagus untuk ekonomi negara kerana pulangan kemudiannya pergi kepada rakyat juga.

Ia jauh berbeza dengan proses jual beli kenderaan baru Toyata Camry yang pernah dipelopori oleh kerajaan negeri Perak semasa Nizar memerintah Perak sebelum ini yang mana wang dibelanjakan untuk pembelian tersebut masuk ke kantung pihak pembekal dan hanya 27% sahaja keuntungan bersih yang kembali ke kantung kerajaan dalam bentuk cukai.

Jika pembelian nombor pendaftaran oleh Sultan Johor itu merupakan satu pembaziran, apa pula alasan yang mahu Nizar gunakan bagi menghalalkannya menggunakan nombor pendaftaran AGS 10 yang hingga kini masih menempel pada Toyota Camry milik Nizar? 

Malah Nik Aziz selaku Mursyidul AM PAS yang juga MB Kelantan selama 22 tahun merangkap pemimpin utama kepada Nizar sendiri pun hingga saat ini masih menggunakan nombor pendaftaran istimewa DAT 55, kenapa tidak dipertikaikannya?

Walhal logiknya tentu sahaja plet DAT 55 tersebut diperolehi hasil penggunaan wang rakyat kerana mercedes tersebut dibeli oleh kerajaan negeri untuk kegunaan Nik Aziz sebagai MB Kelantan.

Paling penting, apa yang susah sangat untuk Nizar bertemu muka sendiri dengan pihak Istana Johor untuk memohon ampun maaf diatas keterlanjurannya? Bukankah terlampau biadap bila hanya sekadar memohon maaf melalui twitter sedangkan selaku bekas MB sepatutnya adat dan protokol sepatutnya sudah lama lekat dalam kepala?

Jemputan Majlis "Berkhatan" Pesuruhjaya PAS Selangor Oleh YB Senator Ezam. JOM!!!


Bila GT menulis perkataan "berkhatan", ia sebenarnya merujuk kepada maksud yang sama, itu bersunat, satu upacara wajib bagi kaum Adam yang beragama Islam. 

Tetapi, bukan itu tujuan maksud artikel ini.  Ia tiada kena mengena dengan ibadah tersebut. 

Orang dulu-dulu sering berkata "nanti aku sunatkan kau lagi baru tahu".  

Itu bermaksud, orang dulu cuba mengajar individu (selalunya si anak), yang tidak faham-faham, waima telah diberitahu berkali-kali.  

Orang Melayu memang begitu, bahasanya halus, kiasnya tersusun dengan makna terbahagi-bahagi, kadang-kadang sukar dimengerti oleh kaum lain.   

Dan untuk sekian kalinya, kini tiba giliran YB Senator Ezam Md Noor untuk "menyunatkan" YB Meru sekali lagi yang tak faham-faham akan ancaman yang sedang rancak untuk cuba menitiknoktahkan Agama, Bangsa dan Negara.  

Anda semua dijemput hadir untuk melihat bagaimana YB Dr. Rani Osman "dikhatankan" lagi.  Jom turun, esok!!!




PANASSSS... Confirmed!!! Video Anwar Shamsidar!!!



Senator Datuk S Nallakaruppan hari ini memberitahu kepada media motif utama beliau merakam video ‘panas’ yang membabitkan pemimpin politik dengan isteri orang itu adalah semata-mata untuk tujuan keselamatan.

Pada masa yang sama, video tersebut dakwanya ada hubung kait antara hubungan sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri kepada Azmin Ali, Shamsidar Tahrin.

Menurut beliau, rakaman pada tahun 90-an tersebut dibuat adalah bagi tujuan keselamatan kerana pada ketika itu Anwar merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

“Saya bukan baru kenal Anwar..saya sudah kenal 30 tahun lebih..dia pusing macam mana, saya tahu..tunggu lah…”, kata Senator Datuk S Nallakaruppan ketika sidang media semalam tentang karektor sahabat lamanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam afidavit Musa Hassan Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah pada tahun 1998, Nalla dikenalpasti sebagai orang perantara Anwar dengan wanita-wanita termasuk Shamsidar Taharin, isteri Azmin Ali.

Nalla dalam sidang media semalam mengakui pernah merakamkan aksi panas Anwar dan Shamsidar dalam bentuk VHS berdurasi selama satu jam 20 minit untuk tujuan keselamatan.

"Saya sudah serahkan pada peguam. Nanti pergi mahkamah kita sama-sama tengoklah."


Kenyataan ini timbul apabila Nallakaruppan didesak oleh wakil media ketika sidang media di sini hari ini.

Isu ini berbangkit lantaran dari kenyataan Nallakaruppan yang menyatakan Anwar sebagai seorang biseksual dan tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri ataupun Ketua Pembangkang di parlimen yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 20 Mac 2012.

Lantaran dari kenyataan tersebut, Anwar telah memfailkan saman sebanyak RM100 juta atas nama tiga defendan, Nallakarupan, Utusan Melayu (Malaysia) Bhd dan Datuk Abdul Aziz Ishak selaku Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu.

Justeru, Nallakaruppan telah menyerahkan rakaman pita video selama satu jam 20 minit tersebut kepada peguamnya sebagai bukti pembelaan.

Pssstt.. agak-agak, snapshot di atas tu gambar siapa?  - sekadar gambar hiasan? hehehehe... 

Wednesday, May 30, 2012

Jirat Cina Komersial Di Rizab Melayu - Dulu Kata Boleh Setel, Apasal Teruskan Jugak?



Isu pembinaan jirat Cina komersial di Tanah Rizab Melayu, Karangan, Kulim sudah berlanjutan sejak 2007.   Memang mudah bagi Dato’ Seri Azizan, selaku Menteri Besar menyalahkan kerajaan terdahulu dalam kes ini.  

Tetapi Azizan harus sedar bahawa, kerana marahkan kerajaan terdahululah maka rakyat telah bertindak menukar kerajaan di mana Azizan berpeluang menjadi Menteri Besar sekarang.  Harapan rakyat agar Azizan boleh berbuat sesuatu - memperbetulkan yang silap dan menambahbaikkan apa yang sedia baik.

Namun, harapan kini bertukar menjadi kemarahan.  Azizan bukan sahaja tidak boleh memperbetulkan apa-apa tetapi menambahkanlagi kesilapan dan merosakkan apa yang sedia baik.   Negeri Kedah kini berada dalam keadaan ‘koma’ dan semakin merosot setiap hari.    

Tidak cukup dengan pembalakan mega yang menghancurkan sistem perairan dan menjejaskan ekologi yang mana habis balak-balak yang masih ‘halus’ dibedal oleh kontraktor-kontraktor yang tidak bertanggungjawab.  Suatu ketika Azizan menjawab beliau tidak punya kuasa menghentikan semua itu kerana ia ‘salah kerajaan terdahulu’.   Kemudiannya, kontrak yang lama diperbaharui dan Azizan hanya pura-pura tuli  konon tidak tahu menahu mengenainya.  

Begitu juga dengan Kulim Hi-Tech Park, yang suatu masa dahulu dibanggakan sebagai ‘Silicon Valley’ Malaysia kini muram, tiada pelaburan baru melainkan warga pengurusan Kulim Hi-Tech Park yang baru sahaja yang meriah keluar negara tanpa had.  Ada Azizan kisah?  Tidak, kerana kemungkinan besar beliau tidak tahu menahu apa-apa.  

Sikap yang sama diambil oleh Azizan dalam menangani masalah jirat cina di rizab melayu ini iaitu tidak berbuat apa-apa.    

Tapak tanah yang menjadi kontroversi ini terbahagi kepada 3 lot tanah dan dua daripadanya yang berkeluasan 8 hektar masih berstatus Tanah Rizab Melayu manakala satu lagi pula yang berkeluasan 76 hektar dijual kepada orang Cina pada 1926 iaitu sebelum Akta Tanah 1933 diwartakan.  Tanah ini sehingga kini masih berstatus Tanah Rizab Melayu.   Kawasan inilah yang akan dijadikan jirat Cina komersial di mana pembinaan sedang rancak dijalankan.  

Penduduk-penduduk di sini telah memacakkan papan tanda membantah pembinaan jirat Cina itu.   Perhimpunan aman juga dibuat untuk merayu keprihatinan Menteri Besar untuk menyelesaikan masalah ini.    Mereka mengharapkan agar kerajaan negeri boleh menggantikan kawasan lain kepada pihak terbabit dan mungkin juga memberikan pampasan sewajarnya untuk menyelesaikan masalah ini.  Sebarang bentuk penyelesaian adalah dialu-alukan dengan mengambil kira kepentingan 16,000 penduduk Melayu di kawasan tersebut.  

Sebagai mewakili parti yang menggunakan nama Islam, sikap membisu Azizan dalam perkara ini amatlah mengecewakan.  Isu jirat Cina di kawasan kediaman Melayu bukan isu kecil, apatah lagi di atas Tanah Rizab Melayu.  Isu ini melibatkan sensitiviti agama dan budaya serta mampu mencetuskan ketegangan kaum.  

Keengganan Azizan mengambil isu ini secara serius amat mengecewakan rakyat Kedah.  

Mereka tertanya-tanya, kenapakah Azizan tidak mampu memainkan peranan yang sepatutnya untuk mencari jalan terbaik - mungkin dengan meminta kerjasama DAP untuk merasionalkan perkara ini dengan pihak pemaju projek tersebut.   Atau mungkinkah benar Azizan kecut perut bila berhadapan dengan isu yang membabitkan kaum Cina?  Apakah sudah menjadi ‘prinsip’ PAS untuk mengalah setiap kali berkonfrontasi dalam perkara yang membabitkan kaum Cina?   

Apapun, ini adalah pengajaran kepada rakyat Kedah agar tidak tertipu oleh PAS yang  membawa imej Islam, negara kebajikan dan mewakili Melayu.   PAS bukan tidak ingin membela Melayu, tetapi PAS tidak berani dan tidak tahu caranya

WOOWW: Pakatan Rakyat Sudah Putuskan Siapa Bakal PM Jika Menang??? Tapi Bukan Anwar Ibrahim!!!



Nampaknya isu siapa bakal memegang jawatan Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raua umum ke 13 nanti masih menjadi polemik hangat di kalangan pemimpin mereka.

Satu perkara yang jelas timbul daripada perdebatan siapa PM Pakatan Rakyat ialah Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tidak lagi menjadi pilihan eksklusif PAS dan DAP.

Ini berdasarkan kepada kenyataan Pengerusi Kebangsaan DAP bahawa beliau akan berjuang untuk impian Malaysia mempunyai PM daripada kalangan bukan Melayu akan menjadi realiti pada suatu hari nanti.

Maksud beliau, DAP, dengan bantuan sekutu rapatnya, PAS, sudah berkeyakinan untuk merampas Putrajaya, walaupun tanpa sokongan PKR.

Ini kerana DAP melihat PKR sebagai sebuah parti pembangkang yang penuh dengan masalah dalaman terutamanya yang membabitkan peribadi dan moral Anwar.

Oleh sebab itu Karpal pernah mendakwa masalah terbesar dalam Pakatan Rakyat ialah Anwar lalu memintanya meninggalkan perkongsian tiga serangkai itu serta bertaubat.

Untuk menyemarakkan api perselisihan antara PKR-DAP, Mursyidul PAS, Nik Aziz Nik Mat pula menyokong pendirian Karpal dengan menyatakan cadangan beliau boleh dilaksanakan asalkan calon PM beragama Islam, tidak kira apa bangsa sekali pun.

Dalam polemik PM yang berlaku sekarang, Anwar tidak berani berkata sepatah pun, malah terus membisu dan bersikap seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku.

Kononnya untuk menjaga keharmonian dan keutuhan perpaduan, Anwar tidak mahu memberi sebarang komen, namun hakikatnya beliau kini tidak lagi dianggap pemimpin besar Pakatan Rakyat tetapi lebih kepada bangkai hidup yang terpaksa digalas oleh PAS dan DAP.

Anwar tahu PAS dan DAP telah memainkannya dan menikamnya dari belakang, bukan sekali tetapi beberapa kali.

Perasaan saling tidak mempercayai di antara PKR-PAS-DAP diketahui umum.

Anwar dikatakan telah menyatakan secara peribadi kepada beberapa pemimpin PKR yang rapat dengannya, betapa beliau tidak mempercayai DAP dan merasa sangsi terhadap PAS yang gila kuasa.

PAS dan DAP pula tidak mempercayai Anwar dan tidak menganggap bekas Timbalan Perdana Menteri itu individu paling sesuai menjadi PM.

Bagi Karpal dan Nik Aziz, PKR adalah parti yang membawa paling banyak masalah kepada mereka.

Sebagai parti carca marba dan paling kecil dari segi jumlah kerusi dalam parlimen (setelah lima ahli parlimennya melompat jadi anggota bebas), PKR pula mempunyai nafsu paling besar untuk menerajui Pakatan Rakyat dan seterusnya membolot jawatan PM dengan mengenepikan PAS dan DAP.

PAS dan DAP pula tidak mungkin berdiam diri kerana mereka berfikir sebagai parti yang lebih besar, lebih lama dan lebih tersusun organisasi serta disiplinnya, hak menjadi PM seharusnya jatuh kepada mereka.

Bekas senator dan mantan Naib Presiden DAP, Tunku Aziz Tunku Ibrahim, secara sinis membayangkan senario di mana Anwar, Lim Kit Siang (mungkin juga Karpal) dan Abdul Hadi Awang (atau Nik Aziz) akan bergegas ke Putrajaya untuk menuntut jawatan PM sekiranya Pakatan Rakyat menang.

Akhirnya kata Tunku Aziz lagi, negara akan terjerumus dalam krisis yang amat serius disebabkan perebutan jawatan tersebut yang bukan sahaja menjadi impian Anwar, malah juga Kit Siang dan Abdul Hadi. 

Gambaran ini tidak mustahil berlalu melihat kepada insiden rusuhan yang berlaku semasa Bersih 3.0.

Pembangkang akan melakukan apa sahaja termasuk memporak perandakan negara yang aman dan makmur ini tanpa rasa bersalah sedikit pun.

Sanubari pemimpin pembangkang dipenuhi dengan cita-cita politik rakus dan kepentingan masing-masing.

Bagi mereka rakyat hanya tunggangan yang digunakan untuk meraih undi dan sokongan, dan akan dicampak ketepi pabila mereka sudah menikmati kuasa.

Namun impian Anwar mahupun Karpal atau Nik Aziz untuk mengecapi jawatan PM hanya mainan mimpi di siang hari atau lebih tepat 'syok sendiri'.

Daripada sokongan yang semakin melonjak kepada pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai PM, rakyat sedari awal sudah membuat keputusan bahawa mereka mahukan permata bernilai bukannya kaca tiruan.

Woi Nizar Lambai!!! RM520 Ribu Dibayar Kepada Rakyat!!! Apa Yg Kau Bodoh Sangat???



PADA ketika artikel ini ditulis, ingin dimaklumkan bahawa Datuk Seri Nizar Jamaludin yang mula mempolitik isu ini melalui twitternya sejak malam tadi telah tampil dengan penjelasan – UMNO sengaja membesar-besarkan isu tersebut.

‘Penjelasan’ ini diberikan setelah anakanda Sultan Johor, Tengku Ismail sendiri tampil menangkis tuduhan Nizar bahawa DYMM Tuanku menggunakan wang rakyat untuk membida nombor plat yang mencecah harga sebanyak RM 520,000 – yang juga merupakan rekod dalam sebarang bidaan nombor plat di negara ini.

Seperti biasalah, bila Pakatan Rakyat ada masalah, UMNO akan dijadikan kambing hitam.  Ini bukan masalah besar yang nak dipeningkan sangat.

Soal duit rakyat atau tidak itu bukan isunya kerana sebagai Sultan Johor, baginda mempunyai pendapatan sendiri seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang tubuh negeri Johor, malah turut dinyatakan dalam Perlembagaan Malaysia juga.  Itu baru bercakap tentang pendapatan, belum lagi kemudahan-kemudahan lain yang dikhaskan untuk baginda.

Malah sebelum ini pun baginda adalah Tengku Mahkota Johor untuk satu tempoh yang sangat panjang iaitu 29 tahun, sebelum ditabalkan sebagai Sultan Johor pada 2010 bagi menggantikan Alhmarhum Ayahandanya, Tuanku Iskandar yang mangkat pada 2010.  Jawatan Tengku Mahkota itu juga adalah jawatan rasmi dan bergaji.

Semua inilah yang melayakkan baginda turut serta dalam bidaan tersebut dan motif disebalik tindakan Nizar mempolitikkan isu ini, bukanlah terlalu sukar untuk dibaca.

Nizar cuba membangkitkan sentiment kebencian di kalangan rakyat, kononnya DYMM Sultan Johor ini menghabiskan duit rakyat.  Ini memang sikapnya yang sudah banyak termakan budi dengan DAP yang diketahui ‘membenci’ sistem beraja dan sering mencari jalan untuk menghapuskannya.  Benci dalam erti kata pendapatan yang diterima, tapi kerana hanya orang melayu sahaja yang boleh menduduki jawatan tersebut.

DAP, seperti mana parti induknya PAP di Singapore, lebih suka kalau orang bukan melayu juga berpeluang untuk menjadi ketua negara, disamping ketua kerajaan (Perdana Menteri), yang sedang menjadi topik perbincangan hangat di laman-laman sosial sekarang.

Yang Nizar tidak nampak ialah wang sebanyak RM 520,000 itu dibayar semula oleh Tuanku Sultan kepada rakyat – kalau benarlah tuduhan Nizar bahawa DYMM Tuanku menggunakan wang rakyat untuk membida nombor plat tersebut, kerana Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menguruskan bidaan tersebut adalah sebuah jabatan kerajaan.

Kalau difikir-fikirkan, DYMM Sultan Johor tidak perlu turut serta pun dalam bidaan tersebut, baginda boleh sahaja menggunakan pengaruhnya untuk meminta kerajaan menyerahkan nombor tersebut kepadanya.  Tapi baginda bukan seorang yang begitu, baginda tetap turut serta dalam bidaan tersebut bagi mengelak prasangka yang lebih buruk di kalangan rakyat, terutama dikalangan ahli perniagaan kaya yang turut mengintai peluang untuk menggunakan nombor plat yang mempunyai tarikan tersendiri itu.

Isu ini sebenarnya bukan isu politik pun, tapi kerana sudah namanya Nizar, dia akan cuba juga memastikan ia dipolitikkan, dengan dia sendiri sebagai pemulanya.  Yang penting kepada Nizar ialah komen-komen lain yang menyusul selepas isu ini menjadi sensasi.  Itu yang sebenarnya dimahukan Nizar sebagai balasan kepada DAP yang meletakkannya sebagai Menteri Besar Perak (walaupun PAS hanya mempunyai 6 kerusi di DUN Perak).

"Aku Selalu Memikirkannya, Siapa Dia Sebelum Daku" - Betty Chew ?



Sehingga kini belum ada penjelasan rasmi dari Ketua Menteri Pualau Pinang, Lim Guan Eng mahupun isterinya Betty Chew berkaitan isu melibatkan seorang wanita bernama Ng Paik Kheng yang sedang hangat diperkatakan ramai sekarang.

Khabarnya di antara Ng Paik Kheng dan Lim Guan Eng ada hubungan istimewa sehingga timbul angin panas dalam jiwa raga Betty Chew yang juga isteri kepada Lim Guam Eng. 

Sejauh mana wujudnya hubungan istimewanya tersebut, sukar digambarkan secara jelas tapi bayangan awal rasanya saling tak jauh dari konflik cinta tiga segi.

Mengikut kisahnya lagi, Betty Chew dilaporkan betul-betul terkena sawan angin panas hingga sampai ke peringkat pertelingkahan 'kecil' itu turut melibatkan tangan dan kaki, betulkah? 

Kalau dah tangan dan kaki turut 'berbicara' itu maknanya ada banyak yang tak kena dalam 'hubungan istimewa' Lim Guan Eng dengan wanita tersebut hingga memaksa Betty Chew membuka pencak kungfu.

Jarang benar seorang perempuan mengamuk tak tentu pasal kecualilah ada bukti nyata yang sukar ditempis ataupun bila ianya sudah menggelegak hingga cair tahi telinga mendengar perkhabaran sedemikian rupa.

Di masa lebih kurang sama, agak pelik melihat unit propaganda DAP cuba campur tangan melakukan reverse psycho dengan menyebarkan gambar palsu untuk mengelirukan orang ramai yang tercari-cari wajah wanita yang dikaitkan mempunyai hubungan istimewa dengan Setiausaha Agung DAP itu.

Andaikata cerita-cerita tersebut langsung tidak betul, apa perlunya untuk DAP bertungkus lumus melakukan diversi bagi menangani isu tersebut. Teringat pula kes raba tetek suatu ketika dulu.

Modus operandi kali ini pun tak jauh beza dengan isu raba tempoh hari apabila unit propaganda DAP dengan sengaja menyebarkan gambar pemain catur untuk menutup isu anak Lim Guan Eng.

Apapun, sewajarnya Lim Guan Eng, Betty Chew dan khususnya Ng Paik Kheng sendiri segera tampil menjelaskan keadaan supaya ia tidak lagi menjadi buah mulut orang ramai.

Akhirnya Ambiga Mengaku Kalah - Dialah Ratu Huru Hara Haramjadah!!!



Setelah mengetuai 25,000 orang untuk membuat provokasi terhadap pihak polis di jalanan yang akhirnya berakhir dengan huru-hara, kecederaan, kerosakan terhadap harta awam dan mengotorkan kawasan tersebut dengan sampah-sarap, Ambiga dengan tidak malunya tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang terjadi. Dia mendakwa bahawa dia tidak mengarahkan penyokong-penyokongnya supaya mengganas. 

Ambiga langsung tidak menyesal terhadap tindakannya yang enggan menerima Stadium Merdeka untuk menjalankan perhimpunan aman 'Duduk Dan Bantahnya'.

Apa yang Ambiga mahu adalah publisiti dan sokongan dari parti-parti tententu terhadap bantahan yang dilakukan. Dia berharap agar BERSIH  mampu membantu gologan liberal dalam meraih kuasa. Namun, dia tetap gagal untuk membawa pendekatan ini di jalanan. Sekurang-kurangnya, rakyat sedar bahawa BERSIH seakan-akan menunjukkan bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) tidak akan bersih dan mereka akan menjalankan lebih banyak protes dan mereka juga akan membawa lebih ramai media asing yang akan membantu dalam menjatuhkan kerajaan.

Ambiga pasti menjangkakan bahawa dia akan dikutuk oleh penyokong kerajaan. Namun, dia pasti mempunyai 'kekuatan dan semangat' yang kental. Jadi, apabila semuanya berakhir, dia pasti menjangkakan bahawa rakyat pasti akan sentiasa menyebut-nyebut tentang semangat  'keheroinan-nya'

Dia pasti tidak menjangka bahawa orang-orang biasa atau 'nobodies', akan membantah dan mengamuk akibat daripada kesan BERSIH 3.0. Sebenarnya, mereka tidak berbuat banyak, mereka hanya memasang gerai-gerai dan menari sedikit di hadapan rumahnya, tetapi itu sudah cukup untuk menakutkan Ambiga.

Dalam keadaan panik, dia menyifatkan mereka sebagai bodoh, tidak matang, dan penganggur yang tidak mempunyai apa-apa yang lebih baik untuk dilakukan. Ambiga marah kerana mereka telah mengganggu jiran-jirannya, melanggar hak privasinya dan mengotorkan kawasan rumahnya dengan sampah-sarap di sepanjang jalan di rumahnya.

Apa yang dia tidak sedar adalah dia telah lakukan perkara yang sama terhadap peniaga-peniaga tersebut, lebih teruk lagi, kerana dia telah menganggu pendapatan harian mereka. Dia tidak sedar bahawa terdapat banyak perumahan di Kuala Lumpur dan juga di sepanjang jalan yang dikotori oleh BERSIH pada 28hb April 2012. Penduduk di pangsapuri, tetamu di hotel-hotel yang pasti mempunyai rancangan hari itu bnagaimanapun terkandas, takut dan tertanya-tanya mengapa Ambiga hancurkan rancangan mereka pada hari tersebut.

Semestinya, Ambiga akan memberi alasan bahawa ianya hanya dijalankan selama 'satu' hari. Tetapi, BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 juga dijalankan selama 'satu' hari. Dan kini terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa satu lagi protes akan dijalankan kerana PAS sudah mula meroyan untuk menjalankan 'satu' lagi demonstrasi. Jadi, tiada siapa yang tahu berapa 'satu' hari lagi Ambiga akan jalankan.

Ada yang boleh mengatakan bahawa perbuatan membalas dendam adalah kebudak-budakan. Walau bagaimanapun, kita mehu mengucapkan tahniah kepada yang para peniaga dan yang rakyat yang datang untuk memperjuangkan hak-hak mereka menyatakan bantahan mereka terhadap BERSIH dan melakukannya di tempat yang betul - di hadapan rumah Ambiga.

Ambiga mendakwa bahawa dia mewakili suara majoriti rakyat.Namun, para meniaga tersebut adalah antara mereka yang tidak pernah menyokong Ambiga. Terdapat beberapa laporan polis dan panggilan yang telah dibuat bagi membatalkan perhimpunan BERSIH, dan ianya dibuat oleh rakyat.

Adakah Ambiga dengar akan rintihan rakyat?

Dan bilakah rakyat pernah mengundi Ambiga untuk mewakili kita? Dia semestinya tidak mewakili penulis, keluarga, rakajn sekerja dan rakan-rakan penulis yang kini tidak tahan melayan kerenah dari Ambiga.

Apapun, rakyat perlu bersyukur kerana Ambiga akhirnya belajar dari kesilapan setelah dua lagi kumpulan telah datang ke rumahnya untuk membantah BERSIH. Jadi, setelah menerima segala memo, gangguan dan 'pasar malam aman' di hadapan rumahnya. Ratu LGBT ini tidak mampu bertahan lagi.

Akhirnya, dia meminta maaf!

Kita tidak perlu mempersoalkan seikhlas mana Ambiga dalam memohon maaf.

Dengan ini, kita percaya bahawa Ambiga tidak akan menggangu kita, rakyat Malaysia. Dan jika dia masih berbuat demikian, pasti jiran-jiran Ambiga akan menghalau ratu LGBT ini keluar dari kawasan perumahan mereka.

Woww..Gambar Superimpose Blogger UMNO Di Konvensyen Belia Selangor Didedahkan!!!





GT percaya, gambar di atas adalah superimpose yang dibuat oleh Cybertrooper UMNO berkenaan dengan Konvensyen Belia Selangor 2012 anjuran kerajaan negeri.  


Tak mungkin hanya sekadar 100 orang sahaja.  Pastinya, ini adalah satu lagi pembohongan oleh Cybertrooper UMNO untuk memberikan maklumat palsu kepada rakyat.  

GT tak percaya... sungguh tak percaya... 

Tentunya pada gambar sebenar, Anwar turut hadir...  

Sampai hati Cybertrooper UMNO buat kerja jahat camni.... kesian Adam Adli dan Rafizi Ramli.... 


Ambiga Setaraf Pencuri Besi Penutup Loji Najis??? Muahahahaha...



Lucu sekali melihat bagaimana Ambiga Sreevanesan menggelupur kerimasan apabila terpaksa berhadapan dengan siri-siri perhimpunan aman di hadapan rumahnya.   Beliau dan kuncu-kuncunya pastinya tidak pernah menjangkakan tindak-balas sebegitu rupa oleh rakyat.  

Secara dasarnya, Ambiga enggan mengakui bahawa yang berhimpun di depan rumahnya itu adalah rakyat biasa serta cuba menuduh kerajaan atau UMNO sebagai dalang.  Ini tidak benar.  Namun begitu, siapa jua mereka bukan soalnya.  

Soalnya ialah, kalau pun benar mereka adalah ahli UMNO, mereka juga adalah rakyat yang punya hak untuk menyatakan ketidakpuasan hati terhadap manusia yang telah menyebabkan perniagaan mereka rugi pada 28hb April yang lalu.  

Kini terbuktilah sudah bahawa perjuangan Ambiga dan BERSIH keseluruhannya adalah hipokrit semata-mata di mana hak untuk menuntut hak, hanya ada pada Ambiga dan Pakatan Rakyat.  Mana-mana rakyat yang tidak menyokong mereka tidak ada hak untuk berbuat yang sama.  

Lebih menarik lagi apabila beberapa rakan dan pensimpati Ambiga cuba membantu dengan memberi berbagai-bagai hujah untuk menidakkan hak rakyat untuk berhimpun di hadapan rumah Ambiga.  

Antaranya, A.Samad Said yang merayu rakyat agar jangan mengganggu Ambiga.   Rakan-rakan dan penyokong Ambiga di alam maya juga berusaha untuk memperlekeh dan meremehkan tindakan berhimpun dan berniaga di depan rumah Ambiga, konon untuk merendahkan moral mereka dan mengharapkan mereka bersurai.    

Begitu juga dengan akhbar berbahasa Cina, China Press, yang menyatakan bahawa tindakan peniaga tersebut membalas dendam sedemikian adalah kebudak-budakan dan bodoh.   

Ya, mungkin juga tindakan membalas dendam sebegitu adalah nakal dan kebudak-budakan manakala tindakan BERSIH 3.0 melanggar undang-undang  dan mengganas pula tidak nakal dan tidak kebudak-budakan.  Tetapi ia adalah tindakan manusia dewasa yang jahat, penuh dengan khianat dan sememangnya tersangat bodoh! 

Kerana BERSIH nama negara tercemar, imej negara tercalar, peniaga-peniaga mengalami kerugian serta pihak kerajaan juga menanggung kerosakan harta awam.  Semuanya kerana Ambiga.  

China Press cuba berhujah bahawa Ambiga tidak harus dipertanggungjawabkan untuk membayar balik kerugian yang dialami peniaga.  Alasan mereka, kemusnahan yang berlaku dalam BERSIH 3.0 adalah disebabkan oleh kelalaian dan ketidakcekapan kerajaan, maka gantirugi peniaga-peniaga itu sewajarnya dibayar oleh kerajaan, bukan Ambiga.    Hujah mereka lagi, tempat untuk peniaga itu berniaga dan mendapat keuntungan adalah disediakan oleh kerajaan dengan menggunakan cukai yang diperolehi dari rakyat.  Entah kenapa kita dapat mengesan sikap perkauman di dalam kenyataan ini.   Apakah China Press secara halus ingin memberitahu bahawa  majoriti peniaga yang terlibat adalah Melayu dan pembayar cukai tertinggi adalah peniaga Cina?

Lebih lucu lagi apabila China Press menyatakan bahawa peniaga-peniaga tersebut seharusnya  boleh membuat untung dan bukannya rugi ketika perhimpunan BERSIH 3.0 sekiranya mereka bijak mengambil peluang.   

Justeru, kenapa agaknya BERSIH 3.0 memilih untuk berarak di kawasan peniaga Melayu dan India dan mengelak untuk ke kawasan perniagaan kaum Cina?   Bukankah kerana kaum Cina awal-awal lagi tahu yang perhimpunan sebegitu pasti membawa kerosakan, bukan keuntungan dan  mengambil langkah awal memastikan kawasan kaum mereka berniaga terselamat dari sebarang risiko? 

Contoh yang diberikan pula ialah jika seseorang itu terjatuh ke dalam longkang di bandaraya kerana penutup besinya telah dicuri, maka yang perlu membayar kos perubatan mangsa yang cedera tersebut adalah kerajaan, bukan pencuri tersebut.  

Mungkin China Press terlepas pandang bahawa cukai yang dibayar oleh rakyat digunakan untuk pembangunan negara, bukannya untuk membayar gantirugi ke atas tindakan pihak yang dengan sengaja melanggar undang-undang dan membuat kemusnahan.  Cukai juga digunakan untuk melahirkan rakyat yang berguna kepada negara bukan pencuri, pengganas, pengkhianat atau pemberontak seperti Ambiga.  

Kerana itu, untuk pengetahuan China Press, sekiranya pencuri penutup longkang tadi berjaya ditangkap, pastinya dia juga akan diarahkan membayar gantirugi kepada mangsa oleh mahkamah.  

Lagipun, apakah China Press cuba menyamakan Ambiga dengan pencuri besi buruk?  

Dalam kes BERSIH 3.0, kita tahu siapa penjenayahnya dan lebih dahsyat lagi, penjenayah itu adalah dari pihak pengamal undang-undang, iaitu bekas Presiden Majlis Peguam.  Dia telah diberi peluang untuk berhimpun di stadium di mana keselamatan dan keamanan terjamin.  Dia juga telah diberi amaran awal akan tempat-tempat yang dilarang.   

Tetapi, Ambiga memilih untuk menolak kawasan selamat, dan mengambil risiko berarak di jalanan.  Akibatnya, peserta BERSIH telah melanggar undang-undang  dengan menceroboh ke kawasan larangan.  Kerana kedegilan Ambiga, keganasan yang boleh dielakkan telah tercetus, harta awam musnah dan ramai yang cedera.    

Tidak boleh tidak, Ambiga wajib bertanggungjawab dan memikul kesalahan penyokong-penyokongnya, sebagai seorang ketua yang berprinsip, prihatin dan berintegriti.  Adalah memalukan bagi seorang yang telah menerima beberapa anugerah kemanusiaan dari barat untuk bersikap lepas tangan, malah enggan terlibat langsung dalam menangani kesan sampingan perbuatannya!   

Tahukah Ambiga bahawa seorang Ketua yang baik, akan mempertahankan orang bawahannya dan akan memikul kesalahan mereka sebagai kesalahan sendiri apabila berhadapan dengan masalah?  Jika ini pun Ambiga tidak tahu, maka sesuai sangatlah China Press menyamatarafkan beliau dengan pencuri besi penutup longkang! 

Kempen Jom Bertayammum Sesuai Dianjurkan Di Kelantan!!!



Kejayaan pasukan bolasepak Kelantan The Red Warriors (TRW) menjuarai Piala FA masih lagi menjadi bualan hangat dikalangan ramai rakyat Kelantan sekalipun di peringkat nasional topik tersebut sudah kurang menarik perhatian.

Kehangatan topik tersebut dikalangan rakyat Kelantan khususnya peminat sukan bolasepak tidak sukar diduga setelah mengambil kira inilah julung kalinya Piala FA berada dalam genggaman Kelantan.

Sebagai menghargai kejayaan tersebut, KAFA telahpun bersetuju untuk memberi imbuhan & ganjaran berjumlah RM500,000.00 yang akan dibahagi-bahagikan sesama pemain dan pegawai pasukan TRW.

Manakala kerajaan negeri Kelantan pula melalui EXCO Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Datuk Abdul Fattah Mahmood juga telah menyuarakan hasrat untuk mempertimbangkan pemberian ganjaran kepada para pemain TRW.

Baguslah begitu, menghargai penat lelah dan usaha keras pemain yang mengharumkan nama negeri tentu sahaja berbaloi malah mungkin menjadi rangsangan kuat kepada para pemain untuk terus maju ke depan.

Pun demikian, sukalah penulis menyarankan kepada kerajaan negeri Kelantan sementara menanti keputusan muktamad diputuskan dalam hal ganjaran tersebut, barangkali elok juga dipertimbangkan sama satu peruntukkan khusus untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan.

Bukan apa, balik-balik asyik mengharapkan Kerajaan Pusat saja yang bantu meringankan permasalahan air di Kelantan sedangkan kerajaan negeri pula acapkali berlepas tangan menuding jari, nanti orang kata lebih baik serahkan terus pengurusan air Kelantan kepada Kerajaan Pusat.

Lagipun kalau Kerajaan Pusat saban tahun boleh ambil cakna dan tidak lokek berbelanja puluhan juta ringgit tiap tahun untuk membantu rakyat negeri Kelantan dalam isu air bersih, mustahil pula menjadi kesukaran untuk kerajaan negeri turut sama menyertai usaha tersebut.


Misalnya dalam tempoh berbelas tahun Kerajaan Pusat telah membelanjakan hampir setengah billion hanya dalam isu air sahaja (tidak termasuk pinjaman RM600 juta kepada kerajaan negeri Kelantan).

Terbaru bagi tahun 2011, sejumlah 7,868 buah keluarga di beri bantuan dan masalah bekalan air bersih yang dialami mereka berjaya diselesaikan melibatkan perbelanjaan RM 16.5 juta. 

Untuk sepanjang tahun 2012 ini pula dijangkakan sejumlah 4,639 buah keluarga yang menghadapai masalah sama dapat menjalani kehidupan normal seperti orang lain yang menikmati bekalan air bersih dengan anggaran perbelanjaan sekitar RM 10.4 juta.

Semua yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat itu kerana melihat bekalan air bersih adalah amat penting demi kebaikan & kehidupan rakyat Kelantan. Jadi mengapa tidak kerajaan negeri juga menggandakan usaha untuk menyelesaikan segera permasalahan tersebut?

Kalau dalam hal sukan kerajaan negeri boleh sebegitu laju terfikir untuk mengeluarkan peruntukkan khas menghargai pemain, takkanlah sukar pula untuk mengeluarkan perbelanjaan dalam jumlah tertentu khusus untuk membantu rakyat Kelantan yang hampir 30% belum menikmati air bersih.

Di antara bekalan air bersih yang menjadi sumber kehidupan dan ganjaran untuk pemain bolasepak, rasanya ramai yang waras fikirannya tahu mana satu yang lebih penting dan wajar didahulukan.

Tapi kalau kerajaan Kelantan yang sudah 22 tahun memerintah masih juga melihat masalah air itu boleh diremehkan dan ditangguhkan untuk 17 tahun lagi demi mendahulukan bolasepak, maka terpulanglah pada pengundi di Kelantan untuk menilai setakat mana prihatinnya kerajaan negeri yang selama ini gah mendabik dada mempromosikan slogan negeri berkebajikan.

Mungkin bagi penganut PAS di Kelantan, bertayamum sudah memadai..

Tuesday, May 29, 2012

Projek Lebuhraya Ke Syurga Bermula Di Kelantan Kerana PRU Semakin Hampir!!!



Baru saja disergah oleh Majlis Fatwa Masjidil Haram berkenaan fatwa sesat yang menjanjikan syurga kepada pengundi, hari ini Nik Aziz sekali lagi menjanjikan pahala pula kepada manusia yang menderma untuk pembinaan Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai bernilai RM1.8 billion sepanjang 73km.  

Menurut laporan Berita Harian, Nik Aziz juga mengakui turut menyumbang RM5,000 bagi pihak arwah ibu dan ayahnya sebagai  bayaran pahala kepada mereka.    Nik Aziz berkata demikian selepas majlis pecah tanah pakej Satu lebuh raya itu antara Machang-Kuala Krai yang membabitkan laluan sepanjang 43 km. 

Nik Aziz dengan itu menyeru rakyat untuk menderma bagi memastikan lebuh raya ini siap sepenuhnya.   Derma itu pasti akan digantikan dengan ganjaran pahala, katanya.   

Menarik sekali!  Cuma kita ada sedikit kemusykilan:

Adakah jumlah sumbangan menentukan jumlah ganjaran pahala?  Atau adakah semua yang menderma akan menerima jumlah pahala yang sama tanpa mengira jumlahnya?  Dan bolehkah kita menebus dosa dengan menderma kepada pembinaan lebuh raya ini atau menggunakan sistem kontra iaitu, satu jenis dosa untuk beberapa ringgit derma?   

Bagaimana pula jika ada yang menderma dengan wang haram?  Apakah mereka juga mendapat pahala?   Jika orang bukan Islam yang menderma, apakah mereka akan dikecualikan dari api neraka atau sekadar diringankan siksaan?  

Bagaimana pula dengan orang yang telah mengundi PAS yang telah dijamin syurganya oleh Nik Aziz?  Apakah dengan menderma lagi kepada lebuh raya ini maka mereka akan berpeluang untuk mendapat syurga yang lebih tinggi?  

Kita perlukan sedikit butiran lanjut mengenai perkara ini kerana ramai lagi umat Islam yang tidak mengundi PAS dan mereka ini semua pasti ingin tahu lebih lanjut kalau-kalau derma ini akan membantu memberatkan timbangan pahala ketika dihisab nanti.   

Lebuh Raya Rakyat ini juga dikatakan bakal menyediakan laluan khas untuk binatang seperti gajah dan harimau yang dikatakan melalui kawasan itu.  Tidak pula dikhabarkan sama ada laluan khas untuk makhluk-makhluk lain seperti jin atau bunian juga disediakan dan diasingkan jantina, bagi menepati sifat sebuah lebuh raya ke syurga.   

Apa yang kurang menarik ialah, walaupun lebuh raya ini bersifat ‘saham akhirat’, ini tidak bermakna yang lebuh raya ini akan beroperasi tanpa tol.  Sebelum ini Husam Musa telah membuat kenyataan bahawa “Mungkin akan ada tol nanti tapi kadarnya lebih murah dan berbeza mengikut musim.”  

Nampaknya, walaupun Pakatan Rakyat menjanjikan lebuhraya tanpa tol di Malaysia tetapi Kelantan sebagai Serambi Mekah, sekali lagi mengatasi negeri-negeri lain dalam soal ini di mana tol dihalalkan di sana.  

Maka terfikir juga kita, mungkinkah bayaran tol bagi lebuhraya ini juga akan mendapat ganjaran pahala?   Jika ya, bolehkah Nik Aziz memanjangkan pemberian pahala itu untuk pembayar tol di lebuh raya negeri-negeri lain?   

Kita boleh ketawa geli hati dan menggeleng-gelengkan kepala dengan kesesatan yang dibawa Nik Aziz, tetapi berapa ramai pula yang akan tersesat dengan mempercayai bahawa Nik Aziz benar-benar mampu menjanjikan pahala kepada manusia, terutamanya manusia yang menderma dengan niat inginkan pahala dan bukan kerana ingin membantu mereka yang memerlukan.     

Sepatutnya, sebelum menyeru rakyat menderma untuk membina lebuhraya lebih baik Nik Aziz memungut derma untuk membina masjid yang sudah dijanjikan pahalanya oleh Allah S.W.T.    Bukan rakyat tidak tahu bahawa kerajaan PAS Kelantan hanya mampu membina satu masjid sahaja sepanjang dua dekad pemerintahan.  Masjid-masjid lain semuanya dibina oleh kerajaan pusat.  

Hakikatnya, meminta derma dari rakyat merupakan satu kenyataan rasmi bahawa PAS telah GAGAL TOTAL.   

PAS gagal menjana kewangan negeri dan akibatnya gagal menyediakan kemudahan asas kepada rakyat, gagal membuka peluang pekerjaan, gagal menaikkan taraf hidup rakyat dan kini PAS tidak malu ingin menagih derma dari rakyat pula.   

Rata-rata rakyat Kelantan hidup dalam kemiskinan dan Islam telah mengingatkan bahawa kemiskinan menghampirkan kita kepada kekufuran.   Justeru, bagaimana hendak ke syurga jika miskin dan tak mampu menderma untuk pembinaan lebuhraya?  Bagaimana hendak ke syurga jika kufur?   Apakah hanya dengan mengundi PAS?   

Inikah yang Nik Aziz cuba sampaikan sebenarnya iaitu kempen ‘Undilah PAS’ sempena pilihanraya yang semakin hampir?   

Apapun, apa yang kita nampak ialah Nik Aziz sebenarnya cuba memungut derma untuk menampung dana pilihanraya, bukannya untuk projek lebuh raya.

Scorpene: Setelah Bertahun, Bukti Masih Gagal Dikemukakan Oleh SUARAM!



Isu scorpene ditimbulkan oleh pembangkang ‘di saat-saat akhir’ sebelum pengunduran Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai senjata terakhir untuk memastikan Dato’ Seri Najib tidak akan ditabalkan sebagai pengganti beliau.  Setelah gagal mengubah takdir di mana Dato’ Seri Najib telah dilantik sebagai Perdana Menteri, isu ini diteruskan oleh pembangkang dengan harapan dapat memendekkan tempoh pemerintahan beliau.  

Seperti yang diketahui, pembangkang menggunakan berbagai-bagai jenis penyamaran untuk menyerang BN, antaranya Majlis Peguam, Suhakam, Himpunan Hijau, Suaram dan macam-macam lagi yang semuanya bersikap memusuhi kerajaan. 

Dalam kes scorpene ini, pembangkang telah menggunakan Suaram untuk melancarkan serangan awal bagi pihak mereka.  Sebagai permulaan, Suaram telah memfailkan aduan terhadap DCNS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara ketiga termasuk Malaysia di mahkamah Perancis kerana ‘mengesyaki’ kegiatan rasuah dalam urusan pembelian kapal selam tersebut.  Isu ini dikatakan berkait rapat dengan pembunuhan Altantuya Sharibuu, seorang model Mongolia yang kemudiannya cuba digambarkan sebagai mempunyai hubungan sulit dengan Perdana Menteri.  

Penyelaras Suaram, Cynthia Gabriel dilaporkan berkata, “kes ini spesifik kepada pemberian komisen 114 juta Euro yang diberikan kepada syarikat Perimekar.”

Seperti yang disebut tadi, kita cukup maklum bahawa Suaram sebenarnya bertindak bagi pihak pembangkang yang ingin menjatuhkan Dato’ Seri Najib dengan apa jua cara.  

Tetapi, apa yang dilakukan oleh mereka kali ini adalah tersangat keterlaluan iaitu memfitnah Perdana Menteri terlibat dalam pembunuhan dan membawa perbincangan berkenaan kos pertahanan negara kepada dunia.  

Kos pertahanan negara adalah sesuatu yang sulit di mana segala butirannya tidak boleh dibentangkan secara terperinci.  Setiap kerajaan di dunia perlu menyembunyikan beberapa fakta sebagai strategi keselamatan dan pertahanan negara masing-masing.  Jika soal pertahanan dibentangkan secara terbuka, ia mampu mendedahkan negara kepada bahaya.  

Apa yang tidak pernah disembunyikan oleh kerajaan ialah, kontrak perolehan kapal selam scorpene secara keseluruhannya adalah bernilai EURO 1.084 billion.  

Dari jumlah itu, EURO 969.15 juta dibayar kepada DCNS (Perancis) dan NAVANTIA (Sepanyol) sebagai kos perolehan dua kapal selam Scorpene, pakej Integrated Logistics Suppport (ILS) dan latihan untuk warga kapal selam.

Bakinya, iaitu EURO 114.96 juta dibayar secara berperingkat dalam tempoh enam tahun kepada Perimekar Sdn Bhd sebagai kos perkhidmatan koordinasi dan sokongan kepada Pasukan projek Kapal Selam TLDM di Cherbourg, Perancis dan Cartagena, Sepanyol serta pelatih-pelatih kapal selam di Brest, Perancis.

Semua ini tertulis secara terperinci dalam kontrak yang ditandatangani pada 5 Jun 2002.  

Merujuk kembali kepada aduan yang dibuat oleh Suaram seperti yang dipetik di atas, iaitu “kes ini spesifik kepada pemberian komisyen EURO 114 juta yang diberikan kepada syarikat Perimekar”; justeru, berdasarkan fakta ini, persoalan yang timbul ialah, jika EURO 114 juta itu adalah komisyen, maka apakah ini bermakna Perimekar telah memberi perkhidmatan koordinasi dan sokongan secara percuma?  Ini kerana, dokumentasi transaksi jelas menunjukkan bayaran yang terlibat kepada Perimekar hanyalah EURO 114.96 juta sahaja dan tiada lebihan.  


Secara dasarnya, Perimekar bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan berikut:  
  • menyediakan kediaman lengkap bagi 27 keluarga pegawai di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun. 
  • Menyediakan pejabat urusan dan kediaman lengkap bagi krew kapaal TLDM seramai 156 orang dan 30 staf penyelenggara pengkalan di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh 6 tahun. 
  • Membayar elaun harian dan elaun krew kapal selam sebanyak EURO50 sehari setiap seorang untuk tiga tahun pertama dan EURO60 sehari seorang untuk tiga tahun kedua. 
  • Membiayai kos penerbangan pergi-balik setiap krew kapal selam untuk balik bercuti ke Malaysia setiap empat bulan sekali. 
  • Syarikat ini juga bertanggungjawab memastikan penyertaan syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat yang berpotensi untuk menyertai program offset.  
  • Membantu kontraktor utama berhubung prosedur kerajaan dalam perlaksaan kontrak.  
  • Menyelaras latihan antara krew, kontraktor dan kerajaan. 
  • Menyediakan laporan koordinasi dan lain-lain lagi.  

Maka, sekali lagi kita ingin bertanya, jika benar EURO 114 juta tersebut adalah komisyen semata-mata, bagaimana Perimekar menanggung semua kos perkhidmatan di atas?  

Hakikatnya, bayaran EURO 114 juta itu bukanlah komisyen tetapi bayaran untuk perkhidmatan yang disediakan oleh Perimekar. Ia adalah bayaran yang telus, nyata dan wajar dan tiada apa yang pelik dalam urusniaga ini.  

Yang pelik hanyalah tuduhan Suaram dan pembangkang yang tidak berasas sama sekali.  

Kesungguhan pihak ini untuk menjatuhkan Dato’ Seri Najib sehingga sanggup mengupah penulis yang punya sejarah sakit mental, iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK) untuk mereka-reka cerita mengenai penglibatan Perdana Menteri dalam pembunuhan Altantuya yang konon berkait rapat dengan pembelian kapal selam untuk negara, mula menimbulkan persoalan.  Dari cakap-cakap kedai kopi kini terbau syak wasangka mengenai apakah pembangkang ada kena-mengena dengan pembunuhan tersebut?  

Dengan RPK sudah pun mengakui yang dia hanya mereka-reka cerita sepatutnya sudah cukup untuk membuktikan bahawa bahagian lain dalam ceritanya, seperti isu scorpene ini juga adalah rekaan juga.  

Oleh itu, kita mengalu-alukan siasatan pihak Perancis atau mana-mana pihak juga untuk terus membongkar isu scorpene ini.  Tidak mustahil kita akan menemui sesuatu yang lebih lagi dari sekadar cerita rekaan pembangkang… 

Mujur Suaram bukan berada di Republik Rakyat China mahupun Russia, kerana pastinya mereka telah dihukum mati kerana campurtangan dalam urusan keselamatan negara!

2 Juta Belia Buat Anwar Jadi Hijau Kahak!!! Amek Kawww...!!!



PUTRAJAYA, 27 Mei 2012 – Golongan belia memberikan reaksi positif bagi menyatakan sokongan penuh mereka terhadap kepimpinan Perdana Mentari, Datuk Seri Najib Tun Razak atas semua usaha yang telah beliau lakukan kepada golongan itu. 

Reaksi tersebut sempat dirakamkan oleh jurukamera KL POS selepas Perdana Menteri selesai menyampaikan ucapannya semasa Majlis Pelancaran Hari Belia Negara 2012.

Wakil Belia Sabah, Zyee mengatakan penganjuran Himpunan Jutaan Belia tahun ini merupakan salah satu tindakan bijak kerajaan bagi meraikan para belia dari seluruh negeri sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk berkumpul dan melakukan aktiviti yang berfaedah. 

Sementara itu, Ahmad Syawal wakil belia 4 Malays berkata kepimpinan beliau tidak dapat diragui lagi kerana beliau sentiasa berusaha dalam menjadikan Malaysia kearah negara maju.

“Beliau (Najib) berjaya mengumpulkan golongan belia seramai dua juta orang dan itu membuktikan beliau begitu bersungguh-sungguh untuk memajukan belia. 

Saya berharap program seperti ini dapat dianjurkan setiap tahun kerana ia dapat memberi peluang kepada belia melakukan aktiviti yang berfaedah,” katanya.

Norsyafina Md. Nor yang datang bersama rakan-rakan lain daripada Sabah mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Mentari kerana telah membuat pelbagai usaha terhadap pembangunan masa depan para belia. 

Wakil Belia Manjung, Khairil Azuan Ariffin menegaskan bahawa tiada lagi pemimpin yang terbaik selain Perdana Menteri dan kerajaa sedia ada kerana mereka sentiasa berinovasi dalam menjayakan program yang berkaitan dengan belia.

“Belia seharusnya memberikan komitmen yang baik kepada kepimpinan beliau kerana kita sudah hidup di dalam negara yang aman dan beliau sentiasa melakukan yang terbaik untuk keamanan negara ini, “ katanya yang juga merupakan Pengerusi Belia Lumut. 

Sementara itu, wakil belia Kapar, Amirul Faez Samiran berkata, perhimpunan seperti inilah yang diinginkan oleh belia kerana mereka dapat merasai yang diri mereka dihargai oleh pihak kepimpinan tertinggi Malaysia.

“Terima kasih kepada pucuk pimpinan negara dan kementerian yang terlibat menganjurkan HBN dan kami (belia Kapar) berharap beliau akan terus berjuang untuk kemajuan negara ini,” ujarnya. 

Wakil Belia Pulau Pinang, Mohd. Hafiz Mohd. Ali berkata kepimpinan beliau sungguh bermakna dan berharap semua belia khususnya di Pulau Pinang akan sentiasa maju dengan kepimpinan beliau.

“ Kami sangat yakin dengan kepimpinan beliau dan kerana itulah kami wujudkan ‘Najib Adalah Jaguh Inspirasi Belia’ sempena dengan huruf pertama daripada nama beliau. 

“Harapan kami agar program seperti ini dapat diteruskan kerana secara tidak langsung belia dapat menimba ilmu dan melakukan aktiviti yang berfaedah,” katanya disertai dengan sorakan menyokong Perdana Menteri.

Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram Dibayar Oleh UMNO??? Muahahahahaha...



Jika UMNO yang menyatakan bahawa fatwa yang disebarkan PAS bahawa ‘undi PAS masuk syurga’ adalah sesat, maka PAS akan menuduh UMNO cemburu, jahil, sesat hatta kafir.   

Justeru, kita ingin bertanya ahli-ahli PAS, apakah Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi juga cemburu, jahil, sesat atau kafir juga kerana menyatakan fatwa yang digunapakai PAS itu adalah bodoh, jahil dan sesat?  Kenyataan ini dibuat beliau dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia semalam.  

Jawapan pemimpin-pemimpin PAS mengenai kenyataan Dr.  Sulaiman ini sudah boleh dijangka iaitu “bahawa UMNO telah memberi penerangan yang tidak benar mengenai PAS kepada Sheikh Dr. Sulaiman sehingga menyebabkan beliau salah faham mengenai fatwa tersebut”.    

Ahli-ahli PAS totok pun akan turut berkata yang sama sebagai mempertahankan diri mereka.  Sebahagian ahli PAS yang lain pula iaitu yang mampu menggunakan sedikit akal fikiran, akan menafikan bahawa pemimpin mereka pernah berfatwa demikian sebaliknya UMNO yang sengaja mengada-ngadakannya.  

Apa yang pasti, pemimpin dan ahli PAS akan melakukan apa sahaja untuk menyedapkan hati sendiri setelah menyedari yang mereka telah tersesat.   Ego dan takbur akan menghalang mereka-mereka dari mengakui kesalahan, jauh sekali untuk kembali ke pangkal jalan.  

Kenyataan Sh. Dr. Sulaiman ini amatlah dialu-alukan di ketika umat Islam di Malaysia berpecah-belah dan keliru akibat dari hasutan ulama-ulama jahat akhir zaman.  Namun, usaha untuk memperbetulkan kembali pemikiran umat yang telah dicelarukan ulama-ulama ini bukanlah mudah.  Rata-rata umat Islam yang celaru itu enggan mengakui kecelaruan mereka kerana terpesong jauh oleh emosi benci dan dendam yang tidak berasas terhadap kerajaan.  

Jika dulu, umat Islam di Malaysia dihasut oleh PAS untuk membenci kerajaan kerana tidak menggunapakai undang-undang Islam dan dianggap kafir, tetapi kini PAS masih terus membenci kerajaan walaupun mereka sendiri telah pun membuang negara Islam dari perjuangannya apabila bekerjasama dengan kafir harbi DAP dan pluralis PKR.

Lebih menyedihkan ialah apabila PAS bukanlah dominan dalam Pakatan Rakyat tetapi menjadi pak turut kepada DAP dan PKR.  Maka, sedar tak sedar, PAS kini sebenarnya sedang membantu perjuangan pluralis PKR dan Kristian Evangelist DAP untuk bertapak di Malaysia secara mutlak melalui penguasaan politik.  

Hakikat yang sukar untuk ditelan ialah kesesatan PAS bukan sedikit, tetapi sudah terlalu jauh dan terlalu dalam, berakar umbi sejak tahun 70an, menjadi barah yang semakin parah kepada ummah.  Dalam hal ini, mungkin kerajaan juga berkongsi sedikit kesalahan kerana tidak mengharamkan saja PAS sejak dahulu.  

Jika dulu, kesesatan PAS terlindung oleh imej ekstrem dan fanatik Islam, tetapi kini kesesatan PAS terserlah dengan duduk di belakang golongan liberal yang meletakkan hak asasi kebebasan mengatasi tuntutan agama.  Bertitik-tolak dari itu, pemimpin-pemimpin mereka terpaksa mengeluarkan kenyataan bercanggah dan merapu semata-mata untuk menjustifikasikan kesepakatan mereka dengan golongan ini.  

Walaupun kesesatan mereka kini jelas dan nyata, tetapi kerana fatwa ‘undi PAS masuk syurga’ telah berakar umbi sekian lama, maka ramai umat Melayu yang tetap kekal di dalam PAS semata-mata mengharapkan syurga mudah.    


Syurga adalah nikmat, rahmat yang diberi kepada manusia yang berbuat kebaikan, yang berbudi kepada manusia lain dan alam semulajadi, yang suci hatinya serta ikhlas perbuatannya.  Syurga adalah untuk manusia yang tahu bersyukur akan nikmat Allah kepadanya, yang menggunakan sebaiknya anggota, pancaindera dan akal kurniaan Allah untuk kebaikan diri sendiri, saudara-saudaranya, manusia sejagat dan alam sekitar.  Syurga adalah untuk manusia yang mengamalkan ayat-ayat Allah untuk meneroka dan mencari ilmu dari seluruh kejadian alam dan cakerawala iaitu matlamat utama mereka dicipta.  

Syurga bukan ditentukan oleh manusia, parti, undang-undang atau kerajaan.  Syurga neraka adalah hak Allah S.W.T.  Kerana itu, kita diberitahu tentang kisah bagaimana seorang pelacur boleh masuk syurga hanya kerana memberi makan seekor anjing serta bagaimana seorang Ulama boleh tergelincir ke neraka kerana riak.   

Kita tidak faham bagaimana ahli-ahli PAS yang kononnya amat mementingkan agama tidak mampu memahami perkara asas dalam agama Islam iaitu tentang syurga neraka yang tidak boleh ditentukan oleh manusia.   Kita tidak faham bagaimana begitu mudah sekali sebahagian dari kita untuk terpesong, terpedaya dan tertipu oleh serban, jubah dan kata-kata yang tidak masuk akal.  

Inilah akibatnya jika gemar menolak penggunaan ‘akal’ dalam membincangkan soal agama.  Sedangkan Allah S.W.T telah menegaskan bahawa ‘akal’ adalah kurniaan tertinggi yang diberikan kepada makhlukNya.  Apa guna diberikan akal jika bukan untuk digunakan terutama dalam menghayati ajaranNya?

Sh. Dr. Sulaiman bukan orang UMNO, bukan orang politik dan bukan mewakili kerajaan Mesir atau mana-mana negara Arab.  Beliau bercakap atas kapasiti seorang Ulama yang bertanggungjawab menyatakan kebenaran demi kebaikan ummah.  

Maka, terpulanglah kepada ahli-ahli PAS untuk terjun bersama serban pemimpin mereka atau mendengar nasihat Sh. Dr. Sulaiman dan kembali ke pangkal jalan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...